🐺 3 🐺

8.5K 247 9
                                    

Be my woman, amore. Allow me to call myself yours
🥀

• بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ •



                     Indahnya pemandangan daripada tingkat atas rumah agam ini. Boleh nampak matahari terbit di tingkap. Cahaya matahari menyinari hari baharu tidak dapat melegakan hati Qaseh. Dia tak tahu sampai bila dia akan berada di sini. Sampai bila Jason akan menyimpannya?

Tiada guna kalau dia disimpan selamanya di dalam rumah. Apa yang Jason akan buat padanya?

" Qaseh, mari makan,"

Qaseh menoleh ke arah Mak Som. Dulang berisi sarapan itu diletakkan pada meja solek.

" Mak Som, sampai bila lelaki tu nak simpan Qaseh di sini?"

" Itu Mak Som tak tahu. Mak Som pun pelik kenapa dia bawa kamu ke sini. Setahu Mak Som dia tak pernah bawa mana-mana perempuan sebelum ni ke rumah. Jangan kata perempuan. Sesiapa pun tak pernah jejakkan kaki lagi ke sini. Qaseh je orang asing yang dia bawa," Jelas Mak Som panjang lebar.

" Kalau boleh kan, Mak Som... Boleh tak kalau Qaseh nak minta tolong?"

" Kalau berkaitan tentang larikan diri Mak Som minta maaf sangat-sangat. Mak Som tak berani nak ingkar arahan tuan."

" Bukan. Pujuk dia supaya lepaskan ikatan Qaseh ni. Qaseh tak boleh nak hidup macamni. Dah serupa binatang."

" Hm nanti Mak Som cuba,"

Qaseh akhirnya menghela nafas lega. Dia berterima kasih kepada Mak Som ketika ini.

" Qaseh makan lah ya? Kalau tuan Jason tahu yang kamu belum makan, habis dimarahnya Mak Som,"

Qaseh akur lalu menjamu sarapannya. Pertama kali dalam sejarah hidup dia dapat makan makanan yang mahal, berkualiti dan sedap.

" Dia dah bangun ke?" Qaseh bertanya. Tak tahu kata nama apa yang sesuai untuk memanggil Jason. Encik? Tuan? Jason sahaja?

" Dia selalunya pukul 10 pagi baru bangun. Awal lagi ni. Baru 9:10 pagi,"







" Qaseh Aulia?"

Semua orang memandang ke tempat Qaseh yang kosong. Sepanjang dia bersekolah tak pernah sesekali Qaseh potong walaupun dia sedang sakit. Kali ni kosong tempatnya.

" Awak tahu mana Qaseh pergi, Adrelina?"

" Saya pun tak tahu, cikgu. Dia tak bagitahu saya apa-apa pun semalam,"

Cikgu kepelikan seketika. Budak Qaseh ni kalau bukan sebab sakit, mesti sebab ayahnya. Bukan dia tak tahu tentang masalah keluarga yang dihadapi Qaseh. Ini pun dia dapat tahu daripada cikgu kaunseling yang sering dikunjungi Qaseh.

" Tak apa lah. Mungkin dia sakit kot,"

" Entah-entah dah lari kot sebab malu tak mampu bayar yuran sekolah," Ada yang berbisik buruk.

" Tak ada sampai macamtu sekali. Kalau betul dia dah lama buat,"

" Haah kan?"

Cikgu Emy terdengar bisikan itu perlahan mengambil telefon dan membuat satu panggilan. Hatinya tidak sedap bila memikirkan Qaseh.





" Mak Som!" Dari kejauhan dia nampak Mak Som yang sedang menyapu koridor tingkat 2 rumah agam itu.

" Eh, tuan Izz rupanya. Lama betul tak nampak,"

" Biasalah. Busy. Datang pun sebab Jason. Dengar cerita dia mengamuk," Izz Haider memandang sekeliling takut-takut kalau Jason muncul dari entah mana.

[C] | TAKDIR QASEH [BAKAL TERBIT]Where stories live. Discover now