Be my woman, amore. Allow me to call myself yours
🥀• بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ •
" Hello, beautiful. You must be Qaseh, right? Gibran already told me about you," Terpana dia melihat kecantikan wajah asli melayu Qaseh.
Terkelip-kelip mata Qaseh melihat seorang gadis sebayanya berdiri di hadapan pintu rumah.
" Gibran? So you must be Abigail?" Orangnya seindah nama. Gadis matang yang terhias senyumam lebar yang menawan.
" You are correct!" Dia masuk ke dalam dengan wajah ceria. Qaseh mengikut dari belakang. Tipu lah kalau dia kata hatinya tak melonjak gembira apabila tetamu untuk menemani sepanjang keberadaan dia di rumah ini.
" Gibran ask me to accompany you while master Jason goes to work. He pays me a lot for this part time job," Di akhir ayat dia berbisik. Dia baru habis belajar sekolah menengah tinggi. Jadi sebelum dia melanjutkan pelajarannya ke kolej, dia perlukan duit untuk perbelanjaannya di sana nanti.
Tepat pada masanya apabila Gibran memberitahu tentang perkara itu sebelum dia meminta bayaran untuk menggantikan masanya yang terluang.
" Great! I don't know what to do anymore in this big house,"
" I already wrote down some activities we can do for a month," Abigail menunjukkan senarai aktiviti yang boleh dibuat.
Seperti nak terkeluar matanya dari soket melihat kertas yang dia fikirkan pendek rupanya sudah menjela sehingga mencecah lantai.
" Deal?"
" Deal!" Balas Qaseh teruja. Akhirnya tiada lah dia mati kebosanan.
" Since you are pregnant, you don't have to do heavy work. Let me help you with some chores to do during our girls time!"
" Abigail! You're the best," Qaseh memeluk Abigail erat. Wajah keanak-anakan Abigail ada itu nampak lebih muda daripada usia sebenarnya.
Mereka menapak ke dapur. Qaseh memilih untuk membakar pencuci mulut.
" What do you want to do?"
" Muffin chocolate moist," Tersengih dia dan dalam fikirannya hanya teringat akan Jason.
" You know how to bake?"
Qaseh mengangguk. Dia menceritakan pengalamannya bagaimana dia dapat bekerja di kedai bakeri abang Jamel itu. Tidak lupa juga kenangan mereka bersama.
Dalam hati dihambat rasa sayu sebenarnya. Memori indah diluang bersama-sama sebagai sahabat akhirnya terputus di tengah jalan hanya kerana sebuah kepercayaan.
" You must be really happy back then, right? I can see right into your face," Ujar Abigail.
" Yeah..." Qaseh tersenyum pilu. Indah sebelum kemunculan Jason. Apalah yang sebenarnya tuhan nak tunjukkan kepadanya?
Mereka sama-sama menyiapkan muffin buatan Qaseh dengan suasana riang dan gembira. Tak sangka Abigail ni seorang yang kelakar. Setiap minit dia akan tertawa dengan kelucuan Abigail tunjukkan.
YOU ARE READING
[C] | TAKDIR QASEH [BAKAL TERBIT]
Romance𝕊𝕋𝔸ℕ𝔻 𝔸𝕃𝕆ℕ𝔼 𝔹𝕆𝕆𝕂 Naif dan polos; itulah yang dapat menggambarkan seorang Qaseh Aulia dalam merentasi detik-detik hidup dalam takdir yang kejam. Hanya disebabkan miskin tanpa sebarang kuasa menjadikan dia seorang insan yang lemah di mata...