Be my woman, amore. Allow me to call myself yours
🥀• بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ •
" Awak ni tak elok tau cakap macamtu dengan adik awak sendiri,"
" I don't wanna talk about her right now," Jason mengambil alih untuk dodoikan Qaila memandangkan anak itu asyik merengek setiap malam jika Qaseh yang mendodoinya.
" Listen to me first, Jason. Dia jahat atau tak awak sebagai abang dia kena jaga kebajikan dia. Itu kan amanah awak kena galas sebagai seorang abang,"
" Aku tak pinta pun nak ada adik. Dan aku tak pinta untuk lahir bersama dengan dia di rahim yang sama pada waktu yang sama. Geli!" balas Jason masih ego.
" Tak banyak pun. Bagi dia duit untuk kelangsungan harian dia pun ok. Tak luak mana pun harta yang awak ada kan?"
" Can you stop being too nice to people? You don't have to be a people pleaser, Qaseh. She obviously doesn't care about you and Qaila,"
" She's just... have no one else except her own family members. She reminds me of myself. Yang tiada tempat untuk bergantung lagi. Tapi syukur alhamdulillah saya masih ada awak walaupun awak layan saya buruk. Sekurang-kurangnya awak lagi baik daripada ayah yang menjaga saya," Qaseh menunduk memandangkan kuku tangannya. Tidak berani untuk membalas renungan tajam Jason.
" Please don't use that trick again..." Jason menggeleng. Dia perasan yang Qaseh seringkali menggunakan nada picisan sebegitu dan mengaitkan dengan kehidupan buruknya untuk mendapatkan simpati daripada lelaki ini.
" Jason..." Meleret suara Qaseh untuk memujuk. Jason keluh berat.
" Ini ke apa yang dia cakap dekat kau sebelum aku sampai wad semalam?"
Qaseh mengangguk perlahan. Jadi Qaseh dah tahu apa tujuan Jeanne datang ke sini. Memang dia mahu dapatkan duit daripada Jason untuk kelangsungan hidupnya.
" Saya tahu awak masih marahkan dia. Tapi sampai bila, Jason? Awak berdua tu bukannya muda lagi untuk bergaduh,"
" Kau cakap senang lah, Qaseh. Kau tak ada di tempat aku. Waktu aku merayu minta pertolongan daripada dia, apa dia buat? Dia buat bodoh je. Dia rela tengok aku kena seksa depan mata tanpa rasa bersalah. Aku kena seksa tak bagi makan, dikurung dalam bilik bawah tanah yang gelap sedangkan dia berseronok di atas makan yang sedap-sedap, dapat tidur di bilik yang selesa bersama dengan Anthony hanya untuk kepentingan dirinya," Nada Jason mendatar dan dingin. Jika sesiapa yang mendengar seperti sedang mendengar cerita hantu.
Qaseh menyentuh bibirnya. Perasaan kasihan menyelinap masuk ke tangkai hati. Kerasnya hati Jason sekarang disebabkan mereka yang zalim terhadap lelaki ini.
" Aku yang zalim ke, Qaseh? Aku ke yang jahat dalam cerita hidup aku ni?"
" Saya minta maaf. Saya tak tahu... Saya tak tahu perkara silam tentang awak. Saya bukan nak hukum awak, Jason. Tapi saya tahu masih ada sisa kebaikan pada diri awak. Saya nak tengok sisi tu. Sisi bahagia awak,"
Qaila dikendungan sudah ketiduran lantas diberikan pada Qaseh. Suasana hening yang terbias dengan pencahayaan malap itu dapat dia lihat wajah Jason yang kosong tanpa emosi.
YOU ARE READING
[C] | TAKDIR QASEH [BAKAL TERBIT]
Romansa𝕊𝕋𝔸ℕ𝔻 𝔸𝕃𝕆ℕ𝔼 𝔹𝕆𝕆𝕂 Naif dan polos; itulah yang dapat menggambarkan seorang Qaseh Aulia dalam merentasi detik-detik hidup dalam takdir yang kejam. Hanya disebabkan miskin tanpa sebarang kuasa menjadikan dia seorang insan yang lemah di mata...