Be my woman, amore. Allow me to call myself yours
🥀• بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ •
" Woi bangun," Kedengaran sayup-sayup suara yang menyapa telinganya. Dia mula sedar daripada pengsan.
" Kau ni pekak ke? Aku suruh bangun tu bangun lah!"
" Argh!" Qaseh tersentak apabila rambutnya ditarik kasar.
" Sakit! Encik, sakit!" Dia memukul tangan lelaki itu dengan kuat. Sejurus itu, Jason melepaskan dengan kasar.
Qaseh yang sudah kering air mata mengalir kembali. Dia memandang ketakutan ke arah Jason yang sedikit berang. Sesekali dia mencuri pandang ke sekeliling. Dia berada di dalam kereta Jaguar yang dia nampak tadi.
" Keluar," Jason meninggalkan Qaseh keseorangan. Lelaki itu selamat masuk ke dalam rumah. Qaseh hanya terpinga-pinga dengan dua orang bodyguard yang setia berdiri di dalam garaj mengawasinya dari belakang kereta.
Nak tak nak Qaseh perlahan keluar daripada kereta. Salah seorang daripada mereka menunjukkan jalan ke arah pintu yang lelaki itu masuk tadi.
Semua orang yang dia jumpa ni memang bisu ke sampai tak dengar sebutir suara? Hanya lelaki itu sahaja yang bersuara sejak awal lagi.
" Ouch," Qaseh memegang pipinya. Terasa kebas dan sakit. Kali terakhir dia ingat adalah dia ditumbuk oleh lelaki bengis tadi.
Apa yang mereka nak daripadanya? Dan kenapa mereka kelihatan sungguh menyeramkan? Dari atas sampai bawah semua hitam. Melihat struktur garaj ni dia andaikan yang lelaki itu seorang kaya raya. Mungkin dia adalah ketua bagi mereka semua.
Masuk sahaja diruangan rumah tersebut, Qaseh hampir ternganga. Dia seperti tak sanggup nak memijak lantai yang dia andaikan nilainya berjuta ringgit. Rumah idaman setiap semua orang. Konsep bertemakan royal klasik berwarna hitam merah menjadikan pemandangan begitu gah sekali.
Tiba-tiba bahunya ditolak daripada belakang. Bodyguard tadi menunjukkan ke satu arah. Rupa-rupanya Jason sudah menunggunya di sofa ruang tamu bertemankan sebotol arak bersama dengan lelaki tidak dikenali yang masih berpakaian kerja.
Nampak seperti orang bawahan Jason.
" Sini," Jason memanggilnya dingin. Qaseh melangkah sebelum berdiri di sebelah Jason.
" Duduklah. Tercegat apa lagi kat situ?" Jason dengan pandangan maut itu membuatkan Qaseh melabuhkan punggung di sofa single.
" Kau tahu tak kenapa kau ada di sini?"
Qaseh hanya diam. Jawapan apa yang dia patut berikan? Dia tahu yang dia dijual. Tapi jawapan apa yang lelaki ini mahu dengar?
" Sebab... ayah jual saya?"
Lelaki itu terus ketawa terbahak-bahak. Qaseh memandang dengan bulu roma yang merinding.
" Pandai."
" Awak tak sedih ke?" Tanya lelaki disebelah Jason itu.
Qaseh menunduk kesedihan. Sedih? Sepanjang dia hidup hanya perasaan itu sahaja yang bermain di minda dan wajahnya. Apa benda terindah yang pernah berlaku dalam hidupnya selain memori bersama arwah mak ketika dahulu?
" Tak ada guna kot saya nak rasa sedih. Tiada sesiapa yang kisah pasal saya di sini."
Jason mendengar luahan gadis itu tanpa riak. Tajam matanya merenung wajah Qaseh. Buat ayat sedih konon. Jijik sial.
YOU ARE READING
[C] | TAKDIR QASEH [BAKAL TERBIT]
Romance𝕊𝕋𝔸ℕ𝔻 𝔸𝕃𝕆ℕ𝔼 𝔹𝕆𝕆𝕂 Naif dan polos; itulah yang dapat menggambarkan seorang Qaseh Aulia dalam merentasi detik-detik hidup dalam takdir yang kejam. Hanya disebabkan miskin tanpa sebarang kuasa menjadikan dia seorang insan yang lemah di mata...