🐺 18 🐺

7K 188 5
                                    

Be my woman, amore. Allow me to call myself yours
🥀

• بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ •


  Naviglio Grande

 Tidak ramai yang menyedari bahawa Milan sebenarnya mempunyai dua terusan, salah satunya adalah Naviglio Grande

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tidak ramai yang menyedari bahawa Milan sebenarnya mempunyai dua terusan, salah satunya adalah Naviglio Grande.

Terusan ini terbentang dari Porta Ticinese ke sungai Ticino kira-kira 50km ke barat. Dibina pada asalnya pada tahun 1177, terusan itu telah diusahakan selama bertahun-tahun dan terus berkembang menjadi seperti sekarang. Bahagian terusan yang terletak di dalam pusat bandar adalah tempat yang hebat untuk berjalan dan dipenuhi dengan bangunan lama serta pelbagai kedai dan restoran.

Bersiar-siar di bahagian laluan air dan kagumi bahagian lain di Milan ini yang jarang dilihat atau disenaraikan dalam pemandu pelancong.

" Look at the camera," Ujar Izz Haider. Qaseh masih terpukau melihat pantulan wajahnya di air terusan tersebut.

" Woi pekak ke," Herdik Izz Haider menyebabkan Qaseh menoleh. Sengihan terukir lebar sebelum tanda peace diangkat.

" Masuk lah dalam gambar dengan dia," Izz Haider menolak bahu kawannya. Jason menggeleng tak nak. Zaman bila sial tangkap gambar kenang-kenangan di tempat sendiri? Geli.

" Jason! Sini lah," Ajak Qaseh sambil melambai-lambai.

" Ha cepat. Muffin kau dah panggil," Tersengih lagi lebar Izz Haider mengusik lelaki itu.

" Bising lah dua ekor ni." Langkah juga dia ke arah Qaseh. Dengan wajah yang bengang, dia berdiri bersebelahan Qaseh.

" Make it quick. Buat malu je," Arah Jason.

Qaseh lantas menggayakan diri. Jarinya dibengkokkan berupa separuh hati lalu diletakkan di pipinya. " Awak buat lah juga,"

" Tak nak," Tolak Jason mentah-mentah. Dia mengeraskan tangan yang tersemat dalam kocek baju tebalnya.

Qaseh tidak peduli. Sebelah lagi tangan dia yang bebas terus digayakan sama sepertinya di pipi Jason. Lelaki itu seolah tidak bernyawa apabila mengambil gambar.

" Cepat, encik Izz!"

Klik!

Izz Haider hanya mentertawakan wajah cemburut Jason di dalam gambar. " Bro, macam kena paksa kahwin aku tengok muka kau ni,"

" Lama lagi ke? Terik-terik panas macamni lah nak ajak pergi sini," Omel Jason. Dah serupa orang tua apabila dipaksa oleh anak-anak untuk menjelajah tempat.

[C] | TAKDIR QASEH [BAKAL TERBIT]Where stories live. Discover now