Be my woman, amore. Allow me to call myself yours
🥀• بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ •
" Macam mana kau kat sana? Ok?"" Setakat ni..." Qaseh memerhati sekeliling. Kalau Jason nampak dia menghubungi seseorang pasti dia marah. Ini pun sebab Tony beri dia pinjam buat seketika untuk menelefon Izz Haider.
" Saya cuba bertahan, encik. Doakan saya dan anak dalam kandungan berada dalam keadaan sihat sehingga anak ni lahir. Saya tak sanggup nak biarkan dia terseksa berada bersama dengan kami," Ujar Qaseh sebak.
" Apa nak jadi lah dengan si Jason tu. Aku tahu dia ni kejam tapi aku tak sangka dia sanggup bertindak kejam dengan anak kandungnya sendiri,"
" Nasib baik juga pembawakan budak pada dia ni teruk. Dapat saya elak bersua muka dengan dia beberapa harini sebab dia tak boleh dekat dengan saya. Katanya bau badan saya terlalu kuat dan buatkan dia rasa loya," Cerita Qaseh secara teliti.
" Alhamdulillah lah kalau begitu. Apa-apa bagitahu aku semula tapi bukan jangka masa yang terdekat ni. Aku busy,"
" Banyak kerja ke di hospital tu?" Tanya Qaseh mahu memanjangkan perbualan mereka.
" Aku tak balik Malaysia lagi. Pasal hospital tu pergi mampus lah. Aku dah malas nak ambil tahu,"
" Jadi kalau encik bukan di Malaysia, encik di mana?"
" Aku... di Syria,"
Qaseh membuntangkan matanya. " M-macam mana encik boleh ada di sana??"
" Buat misi kemanusiaan je lah. Kan bagus buat benda baru. Asyik duduk terperap dalam hospital je. Ada baik aku pergi berhijrah ke tempat orang dan tolong orang memerlukan dari segi kewangan dan perubatan,"
Qaseh tersenyum mendengar penjelasan Izz Haider. Nampak gaya seperti lelaki ni dah ada pencerahan untuk masa depan.
" Alhamdulillah. Suka saya dengar. Itu memang impian saya daripada dulu tapi encik yang dapat peluang ni. Macam mana encik boleh berada di sana?"
" Itu-..."
" Ketam! Cepatlah. Awak fikir patient ada masa untuk tunggu awak berborak dalam telefon ke?" Suara Medissa mencelah di antara mereka.
" Err..." Izz Haider menggaru belakang kepala.
" Whoever she is, send my regards to her okay? Ok lah. Assalamualaikum," Qaseh tersengih sebelum dia mematikan panggilan tersebut.
" So how is he?" Tanya Tony. Qaseh mengukir senyuman manis.
" He's doing well in life. Mungkin dia dah jumpa malaikat untuk dirinya,"
" So does tuan. He will get his own malaikat. Sooner or later,"
" Insha Allah," Balas Qaseh perlahan. Senyuman bertukar hambar kerana dia tak mahu meletakkan harapan.
" Qaseh?!!" Laungan Jason menyentak kedua-dua orang itu.
" Hati-hati, Qaseh. Sejak dua menjak ni angin dia lain macam," Pesan Tony dengan wajah yang kerisauan.
YOU ARE READING
[C] | TAKDIR QASEH [BAKAL TERBIT]
Romance𝕊𝕋𝔸ℕ𝔻 𝔸𝕃𝕆ℕ𝔼 𝔹𝕆𝕆𝕂 Naif dan polos; itulah yang dapat menggambarkan seorang Qaseh Aulia dalam merentasi detik-detik hidup dalam takdir yang kejam. Hanya disebabkan miskin tanpa sebarang kuasa menjadikan dia seorang insan yang lemah di mata...