🐺 34 🐺

5.2K 135 1
                                    

Be my woman, amore. Allow me to call myself yours
🥀

• بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ •


4 jam dia menunggu perbicaraan selesai. Hampir nak tertidur tapi digagahkan juga mata kerana dia mahukan kebebasan. Berharap sangat agar takdir berpihak kepadanya.

Baru sahaja dia mahu melelapkan mata, pintu mahkamah 1 dibuka dari dalam. Serentak dia berdiri menunggu gerangan yang dia mahu berjumpa.

" Mama!!" Jason memeluk Aileen Uqasha dengan erat seperti tidak mahu lepas.

Aileen hanya berdiam dengan wajah yang sugul. Tiada tanda-tanda dia berminat dengan kehadiran anak lelakinya itu.

" Mama, mama dah janji mama nak bawa Jason sekali kan?"

" Jason," Dato' Arvian mencelah. Tangan dihulurkan kepada Jason untuk disambut.

" Mama? Mama dah janji..."

" Mama? Siapa mama kau?"

Hati Jason berantakan apabila mendengar balasan yang menyakitkan datang daripada mamanya sendiri.

" Mama...? Mama cakap apa ni? Ini Jason! Mama pernah kata mama nak bawa Jason sekali. Jason nak ikut mama... Jason tak nak duduk dengan papa... Please, mama... Jangan tinggalkan Jason lagi," Rayuan Jason tidak diendah malah dia terus menapak pergi.

Anak itu tidak berputus asa cuba untuk mengekorinya namun malang nasib apabila Dato' Arvian mencapai tangan lalu mengheretnya pergi.

" You don't need that filthy woman. She doesn't want you anymore!"

" So do you! I don't need you either because you don't treat me well as your own son!" Balas Jason berani sebelum merentap tangannya kasar. Dia berlari mendapatkan Aileen yang sudah jauh.

" Mama??! Say something please! Kenapa mama mungkir janji mama?! Apa yang Jason dah buat sampai mama sanggup tinggalkan Jason sendirian?? Please bawa Jason pergi... Jason tak nak duduk dengan papa... Papa jahat, mama. Dia pukul Jason tanpa sebab... 4 tahun Jason tunggu mama untuk ambil Jason kembali... Kenapa mama buat Jason macamni??" Jason menangis tatkala memandang ke arah wajah dingin Aileen. Seolah wanita itu tidak terusik dengan kesedihan yang melanda pada ketika itu.

" Pergilah! Aku tak kenal kau! Kewujudan kau ni satu bala kau tahu tak?! Kau dan adik kau tu menyusahkan hidup aku! Lepasni jangan cari aku lagi! Aku tak ada anak sial macam kau!" Dia menolak Jason sehingga remaja lelaki itu terjatuh di atas tanah sambil menunduk dengan perasaan terkilan.

" Mama... Mama!!" Jason cuba untuk mengejar lagi namun Dato' Arvian pantas menariknya pergi.

" Sekali lagi kau buat hal memang kau kena, Jason!" Ugut Dato' Arvian geram.

" Apa lagi papa nak Jason buat untuk papa sayang Jason semula?!"

" Kau buat lah macam mana sekalipun aku tetap takkan terima kau ni sebagai anak aku. Sebab aku tak pernah anggap aku pernah semburkan benih aku dalam rahim perempuan tak guna tu! Kau faham tak?!"







           " Qaseh?! Qaseh?!" Tony membangunkan Qaseh daripada tidur. Qaseh masih mamai hanya memandang kerut ke arah Tony.

[C] | TAKDIR QASEH [BAKAL TERBIT]Where stories live. Discover now