Be my woman, amore. Allow me to call myself yours
🥀• بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ •
Rasa macam nak menangis tapi ditahan jua. Harinya bakal tiba. Lagi setengah jam majlis akan berlangsung. Sebelum ni dia sudah menghubungi encik Jamel atas jemputan ke sini bersama yang lain. Ardelina tak dapat dia hubungi. Panggilan berkali-kali tapi tiada jawapan. Qaseh hanya reda. Dapat yang ada ni pun dia bersyukur.
Tak sabar dia mahu berjumpa dengan mereka semua.
Qaseh memandang wajahnya di cermin yang didandan oleh MUA yang ditempah oleh Izz Haider. Sudah banyak kali dia menolak tawaran itu tapi Jason tetap Jason. Pantang dibantah mesti kerusi meja yang 'bercakap'.
" Siap. Adik, awak cantik sangat. Seumur hidup akak mendandankan orang, awak gadis melayu tulen paling cantik akak pernah jumpa. Sebelum ni kacukan je,"
" Terima kasih, kak," Ucap Qaseh malu-malu. Dia meneliti dengan perasaan terpukau. Kagum dengan kecantikan diri sendiri. Sepanjang dia hidup dia hanya mengoleskan bedak talkum sahaja di wajah.
" Tuan Jason pasti suka tengok awak. Dengar cerita awak ni kekasih hati dia kan?"
" Err..." Qaseh terbantut percakapan. Apa dia nak jawab? Kalau dia tipu bermakna dia mengiyakan apa yang kak MUA ni cakap. Kalau dia jujur, ada yang menambah masalah dalam hal ni pula.
" Jangan malu-malu. Akak ni dah lama kenal dengan bos tu. Akak ni juga diupah untuk mendandan model-model dia di syarikat. Pertama kali dalam sejarah dia buat majlis secara tak rasmi paling gah tau. You should be proud because you can sit beside him magnificently."
Aduh, makin malu pula dia mendengar pujian yang melambung tinggi itu. Dalam hati dia terharu dengan perbuatan Jason yang mahu menyambut ulangtahun secara besar-besar sedangkan dia boleh je tak sambut.
Kalau betullah Jason tu hanya nakkan tubuh kau takkan dia ada masa nak buat semua ni? Betul tak? Kata hatinya seakan berbicara kepadanya.
Tok! Tok!
Ketukan di pintu membuatkan mereka berdua tertoleh. Kepala Izz Haider menjengah sebentar sebelum dia masuk ke dalam.
Tersemat tuxedo bersama topeng mata masquerade nya berwarna hitam. Menampakkan lagi kekacakan yang sedia ada padanya.
" Are you ready, queen?" Tanya Izz Haider dengan senyuman yang mencairkan hati.
" Sudah. Mana tuan?"
" Dah rindu orang tua tu ke?" Izz Haider mencebik.
" Bukanlah! Sebelum saya turun, saya nak ucapkan terima kasih atas hadiah yang bermakna ni," Qaseh menjeling dalam kejelitaan. Nasib baik lawa, kalau tak jelingan tu bertukar kepada julingan akan Izz Haider buat.
" Oh itu nanti pun boleh cakap. Dia tak ada sekarang. Dia akan datang lambat sikit ke ballroom,"
Qaseh mengangguk. Kecewa sikit. Patutnya dia lah kena ada bersama dengannya. Sudah lah majlis ni dia yang paksa buat. Akhirnya dia pula tak ada.
Izz Haider memerhatikan Qaseh dari hujung rambut yang dilepas anggun bersama solekan semula jadi yang tak tebal dan juga tak nipis.
YOU ARE READING
[C] | TAKDIR QASEH [BAKAL TERBIT]
Storie d'amore𝕊𝕋𝔸ℕ𝔻 𝔸𝕃𝕆ℕ𝔼 𝔹𝕆𝕆𝕂 Naif dan polos; itulah yang dapat menggambarkan seorang Qaseh Aulia dalam merentasi detik-detik hidup dalam takdir yang kejam. Hanya disebabkan miskin tanpa sebarang kuasa menjadikan dia seorang insan yang lemah di mata...