🐺 12 🐺

6.8K 215 1
                                    

Be my woman, amore. Allow me to call myself yours
🥀

• بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ •


               " Tuan! Please saya merayu! Tolong jangan sentuh mereka! Kalau tuan tak puas hati, pukul je saya asalkan mereka yang tak bersalah tak kena," Qaseh memegang kaki Jason yang dari tadi menapak meninggalkan kawasan ruang makan.

Jason merengus kasar. Apa pasal budak ni boleh dengar perbualan mereka? Bahaya betul.

" Kalau aku pukul kau seberapa banyak mana sekalipun bukan kau akan menyesal kan? Lebih baik aku seksa manusia yang kau sayang jadi kau boleh fikirkan keburukan atas apa yang kau dah buat," Jason menolak Qaseh kasar. Dia tak nak lakukan sesuatu yang menyakitkan tapi kalau Qaseh memaksanya dia takkan sesekali menahan diri.

Laluannya sekali lagi dihalang. " Tolonglah, tuan... Bagitahu apa salah saya kali ni? Kenapa sampai nak kena bunuh kawan-kawan saya? Mereka tak bersalah!"

Pipi Qaseh dicengkam hanya dengan satu tangan. " Banyak sangat ke kesalahan kau buat? Kau ni bodoh atau buat-buat bodoh? Aku dah pesan! Jangan goda lelaki dalam rumah aku. Kau tu hak milik aku! Kau tu perempuan simpanan aku! Kau hanya boleh layan aku seorang je!"

Qaseh gugup. Dia sendiri tak faham apa yang dikatakan Jason. " Sejak bila saya goda lelaki, tuan...?"

" Ingat aku ni bodoh ke? Bukan main bertepuk tampar dengan cikgu tu! Hanya jalang je yang buat perangai macamni!"

" Apa tuan cakap ni...? Kenapa sampai macamni sekali, tuan...? Saya tak faham..." Tangisan Qaseh tidak dapat membuatkan hati Jason berlembut. Hatinya keras seperti konkrit.

Jason tersenyum sinis. " Kalau macamni perangai kau, memang kau ni tak ubah seperti mana-mana perempuan yang aku jumpa. Dah bersedia nak ucapkan selamat tinggal pada kawan-kawan kau?"

" Ok! Fine! Tuan cakap tuan nak saya buat apa. Apa sahaja saya ikut! Asalkan tuan tak sentuh mereka. Please..." Qaseh merapatkan telapak tangan bersama.

Rayuan Qaseh sedikit sebanyak memujuk hati Jason. Dia mengeluh kasar seraya menarik Qaseh masuk ke dalam bilik utama; tempat lelaki ini beradu.

" T-tuan...?" Degupan jantung menjadi laju saat Jason mengunci pintu bilik tidurnya.

" Kau cakap kau akan buat apa sahaja kan?"

" T-tapi tuan..." Aduh baru nak rasa takut. Tadi cakap bukan main yakin, Qaseh.

Jason menolak kuat tubuh Qaseh di atas katilnya. Saat ditindih Qaseh pantas menahan dada milik Jason menggunakan tangan.

" Tuan, ini bukan apa yang saya maksudkan. Tolonglah jangan buat benda terkutuk macamni. Saya tak nak," Qaseh merayu kesedihan. Dia menggeleng sambil menangis.

" Diam!!!"

Qaseh menikus seraya menutup mata. Kalau ini yang terjadi dia reda. Ujian tak terduga akan berlaku; menyakitkan hatinya sepanjang masa.

Serta merta tubuh Jason terangkat daripada menindihnya. Qaseh membuka mata dan melihat Jason yang berwajah dingin seperti tiada apa-apa yang berlaku itu.

[C] | TAKDIR QASEH [BAKAL TERBIT]Where stories live. Discover now