Be my woman, amore. Allow me to call myself yours
🥀• بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ •
Sudah sebulan mereka duduk di rumah. Hanya wajah Jason sahaja tatapan dia setiap masa. Membuatkan Qaseh naik bosan. Bukan bosan apa. Cumanya pertengkaran kecil seringkali berlaku walaupun untuk perkara sebesar zarah.
Izz Haider hampir nak beruban melihat keanak-anakan yang ditonjolkan Jason. Qaseh tu lain lah cerita sebab dia masih berjiwa muda dan dia seorang perempuan. Ini yang dah tua bangka pula seperti meminta-minta penampar daripadanya.
Bunyi bising jam loceng membangkitkan dia daripada tidur. Bangun pagi je dia tak nampak kelibat atau bayang si Jason di dalam bilik. Suasana hening di pagi hari itu melonjakkan diri untuk bangun daripada katil.
Tubuh yang terdedah tanpa seurat benang dilindungi dengan mencapai baju yang tergeletak di atas lantai.
Tony di meja makan sedang elok bersarapan. Nampak si botak itu terus dia ukirkan senyuman lebar.
" Good morning, Tony,"
" Good morning to our sleeping beauty too," Balas Tony sambil mengunyah pankek.
Qaseh mencari seseorang. " Mana tuan?"
" Dia ada hal di pejabat. Bulan depan ada event besar yang diadakan di London. Jadinya dia perlu siapkan kerja-kerjanya sebelum rekaannya diperagakan,"
Qaseh membulatkan mata yang bersinar seperti mendapat intan permata.
" Event? Fashion show?? Eee seronoknya!" Qaseh menepuk tangan.
" Let's eat together and then we go out shopping," Ujar Tony sambil menarik satu pinggan mendekati Qaseh.
" Shopping?"
Kad eksekutif berwarna hitam diletakkan atas meja. " Tuan Jason bagi kau untuk membeli belah di bandar,"
" Tak apa ke? Segannya saya," Qaseh menggaru pipi. Dia hanya memerhatikan kad yang berkilat itu di atas meja makan.
" Kau ni memang lain daripada orang lain lah. People mostly love to spend millionaires's money while you acting like he's gonna broke as hell,"
" Saya tak pandai shopping," Qaseh mencari alasan lain.
" But I do," Tony mengangkat kening beberapa kali.
" Baru jumpa jalan rumah ke, muffin?" Jason bercekak pinggang. Tubuhnya masih tersarung baju kerja. Sudah hampir malam baru nak nampak batang hidung mereka berdua.
" Apa nak risau? Tony kan ada?" Qaseh mengerling ke arah Tony disebelah yang sarat dengan beg kertas berjenama.
Itu semua ajaran Tony supaya memilih barang-barang yang mahal. Di sudut pandangan lain Qaseh memang sengaja sebab nak balas dendam dengan Jason. Biar duit dia habis baru dia akan rasa menyesal lepasni. Muehehehe.
Dalam sembunyi, Qaseh sudah tersenyum senget. Jason meneliti barangan yang dibeli. " Sikitnya beli. Kenapa? Tak cukup ke nilai dalam kad tu?"
YOU ARE READING
[C] | TAKDIR QASEH [BAKAL TERBIT]
Romance𝕊𝕋𝔸ℕ𝔻 𝔸𝕃𝕆ℕ𝔼 𝔹𝕆𝕆𝕂 Naif dan polos; itulah yang dapat menggambarkan seorang Qaseh Aulia dalam merentasi detik-detik hidup dalam takdir yang kejam. Hanya disebabkan miskin tanpa sebarang kuasa menjadikan dia seorang insan yang lemah di mata...