SELESAI solat subuh, aku sambung tidur semula. Aku terlalu penat sehingga tak boleh nak buka mata. Hehe, tak apa nanti aku bangunlah.
Itu tadi, tapi sekarang ini...
"Aylana Darilyn, bangun! Dah pukul berapa ni tak bangun-bangun lagi?" Suara mama memetir. Aduh mama ni, dah tahu dah trick dia. Kalau pukul sembilan dia akan cakap pukul dua belas. Sengaja dia lewatkan masa supaya aku tertipu.
Dengan pantas aku mencelikkan kelopak mata dan bangun dari perbaringan sambil menggaru lengan aku yang rasa gatal akibat tak mandi sebelum tidur.
"Apa ni ma? Ni baru pukul lapan. Nanti adik bangunlah. Penat ni, bagi adik tidur sekejap." Aku cuba tawar-menawar dengan mama. Sesungguhnya setiap saat sangat berharga sekarang ini.
"Dah pukul dua belas tengah hari dik oi! Mengigau apa kau ni dik." Angah masuk dalam bilik aku dan bercekak pinggang. Aku tak percaya angah. Tanganku mencapai telefon yang ada di bawah bantal untuk aku pastikan sekarang ini belum pukul dua belas.
Terbuntang mata aku tatkala melihat angka dua belas di skrin telefon. Aku garu kepala yang tak gatal. Aku ingat mama tipu aku. Tak menunggu lama, aku terus capai tuala dan masuk ke dalam bilik air untuk mandi.
Kereta diparkir betul-betul di belakang rumah keluarga Syaza. Terlupa pula hari ini kenduri kahwin abang si Syaza ni. Habis aku lambat disebabkan angah tak nak bagi pinjam kereta dia. Lima belas minit pujuk barulah angah lembut hati dan menghulur kunci keretanya.
Baru sahaja aku buka pintu kereta, terjengul muka Syaza. Aku urut dada perlahan sambil kerut dahi. Nasib tak kena heart attack.
Dah kenapa berdiri depan ni?
"Lambat! Janji melayu betul. Cakap nak datang sebelum subuh la kononnya, ni tengah hari baru sampai. Sembang kencanglah kau ni Lana."
Ya Allah, semoga tahi telinga aku tak cair dengar minah ni membebel. Syaza kalau membebel kalah mak-mak. Fuh, bismillah.
"Alaaa maaflah. Aku tertidur lepas subuh tadi. Lepas tu nak kena pujuk angah bagi pinjam kereta dia lagi." Aku senyum menampakkan kedua belah lesung pipit bersama puppy eyes. Kedua belah tapak tangan disatukan gaya orang yang bersalah.
"Kau beruntung hari ni Lana sebab aku malas nak membebel. Dah jom masuk. Dua orang tu ada dalam rumah," ajak Syaza selamba.
Aku membuntuti langkahnya bagai perempuan melayu terakhir yang lemah lembut perwatakannya akibat tetamu masih lagi ramai yang menjamu selera di bawah kanopi depan.
Kalau tak ada orang aku main terjah je rumah keluarga dia ni. Keluarga dia pun dah lama kenal aku. Rumah kawan baik ialah rumah anda juga, kan?
✾ ✾ ✾
"HOI buat apa? Gossip eh? Tak ajak aku," sapaku sebaik sahaja ternampak kelibat Saffa dan Safeera duduk bersandar di dinding. Kening dijongket sambil itu aku mengulum senyum. Aku mendekati mereka dan melihat apa yang mereka tatap di skrin telefon.
Berubah seratus peratus air muka aku apabila melihat gambar seseorang. Bukan tak suka tapi pelik. Selalu aje aku bertembung dengan dia. Dia ikut aku ke?
"Weh tiba-tiba aku rasa dia handsome hari ni. But still not my taste," ujar Safeera sambil tayang muka tak bersalah.
"Tapi kan Lana aku rasa muka dia ada iras kau lah. Hmmm, orang cakap muka sama ni jodoh tau," sampuk Saffa pula.
Syaza entah ke mana dia pergi tadi. Layan tetamu kut.
"Aku tak ingin nak kahwin. Tunggu aku tua dulu baru aku kahwin," jawabku malas.
Eleh nak suruh aku kahwin, dia pun belum kahwin. Cis!
"Oh tak nak kahwin ya. Kita tengok siapa yang kahwin dulu. Orang tua-tua cakap, yang tak nak kahwin ni lah yang kahwin dulu. Kan Safeera?" Saffa pandang Safeera kemudian mereka senyum senget ke arahku.
Aku jegilkan mata. Ingat aku percayalah cerita orang tua karut dia tu.
Baru aku nak buka gelanggang perang mulut dengan Saffa, bahuku ditepuk lembut lantas aku mendongak. Aku salam tangannya sambil senyum manis. Kemudian aku peluknya sekejap.
Dah lama tak jumpa mak. Tak pelik jika aku panggil mak Syaza dengan panggilan 'mak' sebab dari kecil lagi aku berkawan dengan Syaza. Begitu juga dengan Saffa dan Safeera.
"Kenapa mak?" Aku soalnya pelik.
Nak kata disuruh makan, aku dah makan tadi. Sekarang aku, Saffa dan Safeera jadi bridemaids sementara. Abang Syaza cakap nak bagi duit kalau kami jadi bridesmaids dia, hehehe.
"Ada orang nak jumpa Lana katanya."
"Nak jumpa Lana? Aik, ni rumah mak bukannya rumah family Lana. Tak apalah, dia kat mana sekarang ni?"
"Kat taman bunga."
"Okey," jawabku pendek.
Kemudian langkah diatur ke taman bunga mini milik mak. Aku kerut dahi melihat tubuh tegap seseorang lelaki yang membelakangai aku tika ini. Dia ke yang nak jumpa aku? Tapi aku bukan tuan rumah. Silap orang kut...
"Encik nak jumpa Syaza eh? Sekejap saya panggilkan dia," ujarku sedikit kuat memandangkan jarak kami terlalu jauh.
Dia tak jawab soalan aku tadi dan memusingkan badannya menghadapku. Terkelip-kelip mata aku pandang dia yang sedang senyum manis itu. Dengan berkemeja dan berseluar slack sahaja gayanya tapi itu tak ubah ketampanannya.
Tersedar dari lamunan aku terus gelengkan kepala. Haha, mabuk ketum sungguh aku ni. Baru jumpa dua kali dah mula berhalusinasi. Nak kena buat temu janji sekali lagi dengan pakar psikiatri ke ni?
"Yang awak geleng kepala tu kenapa? Tercabut kepala kang susah saya nanti nak menjawab dekat mak ayah awak."
Suara pulak. Tadi aku dah terbayang wajah dia. Ha sudah... Aku dah betul-betul gila agaknya. Aku pusingkan badan dan ingin berlalu namun suaranya mematikan langkahku.
"My Lana liebling (darling)... Awak dah tak ingat saya ke? Kecil hati saya tau. Padahal semalam kita dah jumpa dekat RNR," katanya lagi.
Okey, kali ni memang betul si Daryan ni ada depan mata aku. Gelenglah sampai tercabut kepala pun dia akan tetap ada depan aku.
"Habis tu awak nak saya buat apa? Menangis terharu sebab dapat jumpa awak sekali lagi, macam tu ke?" soalku sarkastik.
Apa masalah aku pun aku tak tahu. Orang tanya elok-elok pun aku jawab macam nak menyindir. Aura-aura nak datang bulanlah ni.
"Oh, by the way... Awak stalk saya ke?" Sekali lagi aku soal tapi nada dah tak macam menyindir.
"Eh mana ada. Saya datang sini pun sebab kenduri kahwin kawan. Kawan awak punya abang tu kawan sekerja saya," jawabnya sambil senyum nakal.
Aku tunduk memandang kaki sendiri sambil ketap bibir. Dah tak pasal-pasal kau malukan diri sendiri, Aysara oi! Tulah, tuduh lagi melulu. Kan dah dapat malu.
"Dan saya gembira dapat jumpa awak lagi sebab saya rindukan awak," sambungnya lagi.
Terus aku angkat kaki daripada duduk berdua dengan dia kat taman bunga mak. Gila! Dia rindu aku? Huh, tak masuk akal. Mengarut dan merepek.
Lepas ni aku kena cari cara-cara mengelakkan diri daripada Daryan. Seram pun ada bila dekat dengan dia. Aku perhati dia suka tenung aku lama-lama.
Entah-entah dia ada niat jahat. Lelaki kan fikiran dia lain sikit, tak macam fikiran kaum perempuan yang nak overthinking aje kerjanya setiap masa.
༶•┈┈┈┈┈┈୨♡୧┈┈┈┈┈•༶
28052022

ANDA SEDANG MEMBACA
The Prodigy
RomanceThe German Twins Series Vol II (slow update) Known as Love Conquers All Atas sebab bersalah kerana telah mencederakan seorang perempuan tanpa sengaja di sebuah restoran, Allen Daryan telah membuat keputusan drastik untuk mengahwininya. Mahu dipendek...