KEADAAN pejabat sememangnya sedikit tak terurus. Seperti kata Lisa tadi, sofa yang baru sahaja sampai semalam telah pun lingkup. Aku menggeleng kepala perlahan sebelum mencari kelibat semua orang.
"Mana peguam tu. Sini berdepan dengan aku!" Jerkahan seseorang membuatkan bahuku terhinjut. Nak luruh jantung, terkejut punya pasal.
Cepat-cepat aku mengorak langkah ke meja penyambut tetamu. Rakan-rakan sekerja aku semuanya ada di situ. Aku menghampiri mereka sambil kepala terjenguk mencari punca jerkahan tadi.
"Kau dah sampai tapi sengaja buat-buat lambat..." kata lelaki itu. Dia memandang tepat dan tajam ke arahku. Aku berjalan dan berdiri di hadapannya. Ini client aku yang buat appointment dua hari lepas.
"Kenapa encik cari saya ya? Maaf lambat sampai sebab saya cuti hari ini." Aku memberitahunya ramah. Terlakar senyuman di bibirku. Senyumlah walaupun dalam kesakitan.
"Bukan ke aku cakap nak semuanya selesai minggu ni? Hari ini belum buat kerja lagi apahal?" Kasar dia menyoalku.
"Eh, seingat saya encik tak cakap pun nak selesaikan minggu ni. Encik kata hujung bulan ni. Ini baru 1 May. Lambat lagi hujung bulan."
"Aku cakap minggu ni, minggu ni lah. Melawan pulak. Aku yang bayar kau. Ikut ajelah cakap aku."
"Encik tak cakap pun encik ada masalah apa. Dua hari lepas encik nak saya jadi peguam encik dan encik terus pergi. Kita tak bincang secara terperinci pun."
"Lana dah. Biar aku uruskan. Step back."
Aku dengar perlahan suara Afiq ingin menghentikan peperangan mulut di antara aku dan client lelaki di hadapanku ini. Namun aku menggeleng, ini hal aku sendiri. Takkan aku nak libatkan orang lain yang tak tahu apa-apa.
"Melawan aje perempuan ni. Aku cakap buat tu buat ajelah!" Makin lama makin tinggi nada suaranya.
Kemudian dia menarik lenganku yang berlapik baju. Aku merentap lenganku kasar. Main pegang-pegang pula kau. Tampar karang, bisu sampai akhir hayat nanti.
"Apa pegang-pegang ni? Kita bincang elok-elok."
"Aku nak hak penjagaan anak aku. Aku nak semua selesai minggu ni juga tak kira apa pun yang terjadi!"
"Saya bukan family lawyer. Saya criminal defence lawyer and corporate lawyer."
"Habis tu apa masalahnya? Peguam juga kan? Takkan tak tahu kut cara buat kerja?"
Ya Allah, panas pulak hati aku. Dia tak tahu ke peguam ni ada banyak jenis. Bukannya semua peguam sama. Nak aje aku cekik-cekik leher dia kalau aku ni bukan peguam.
"Encik kena faham. Tak semua peguam buat kerja yang sama. Kami ada banyak jenis peguam." Lembut aku menasihati dia.
Sabar Lana, jangan marah. Orang cantik dia tak akan melenting dan bertindak melulu.
"Kau cakap kau boleh tolong aku. Ni apa ni, tak reti buat kerja."
"Saya tolong encik sebab dah tak ada orang lain. Yang lain semua sibuk dengan client mereka. Tak ada pula encik nak bagitahu masalah apa."
"Menjawab!" Dia mula menarik lenganku semula. Pamphlets yang ada di atas meja menunggu dia ambil dan campakkan ke wajahku.
"Lana!" Suara Afiq kedengaran cemas.
"I'm good, it's okay," jawabku perlahan. Semua orang mula pandang ke arahku dan wajah mereka pucat lesi. Kenapa?
Aku masih diam ketika lelaki itu mengheretku ke dinding. Sejurus itu, tubuhku terus dihentak kuat. Aku menahan sakit menyebabkan muncul kerutan di dahi. Tangannya mula mencekik leherku. Kedua belah tanganku menggapai bagaikan mencari oksigen walaupun aku tahu tindakan itu tak bawa apa-apa kesan.
Apabila rakan-rakan sekerja aku mula berkerumun di hadapan kami, dia lepaskan leher aku dan pusing ke belakang. Aku urut leher yang terasa sakit dan terduduk mencari nafas bersama dada yang turun naik.
"Kau orang jangan dekat, kalau tak aku bunuh perempuan ni." Dia keluarkan pisau dari poket belakang seluarnya. Pisau itu diacu pada rakan-rakan sekerja aku.
"Encik, turunkan pisau tu. Kami janji kami akan bantu encik. Saya merayu encik. Jangan buat kawan sekerja saya macam ini." Misya mula berdiplomasi kerana dia pernah belajar dalam bidang psikologi.
"Aku tak kisah. Tepi semua!" Dia pegang kedua belah bahu aku dan memaksa aku untuk bangun. Pergerakan badanku dikawal sepenuhnya oleh si dia. Aku tersandar lemah di dinding.
Dia mencampak pisau itu ke lantai. Beberapa saat kemudian, dia pandang aku dan senyum sinis padaku. Tangan diangkat tinggi ke udara dan...
Pang!
Satu tamparan tepat mengena pipi kanan aku menyebabkan kepala aku terteleng ke kiri. Hampir berair mataku. Menyengat sampai boleh bergegar otak. Aku tak larat nak melawan semula.
Sekali lagi dia angkat tangan dia ke udara. Ingin menampar aku lagi nampaknya. Dengan senyuman tipis aku hulurkan pada semua orang dan aku merelakan dia tampar aku buat kali kedua. Kepala ditundukkan ke bawah, merenung lantai.
"Dah rasa diri tu hebat sangat ke sampai nak pukul perempuan? Tak ada rasa bersalah walau sebesar zarah?" Sinis suara itu masuk ke dalam gegendang telingaku. Suara itu macam aku pernah dengar.
"Kalau macam ini lah perangai, memang hak penjagaan anak memang tak akan jadi milik kau." Dingin suara itu berkata lagi.
Aku angkat kepala dan penglihatanku disapa dengan wajah Daryan merenung tajam lelaki itu. Tangannya menahan tangan lelaki itu, menghalang daripada si dia menamparku.
"Siapa kau? Lepaskan tangan aku!" Dia membentak kuat. Namun, aku lihat Daryan mengetatkan lagi pegangan. Kepala aku mula berpusing akibat terlalu penat dan akhirnya mataku tertutup rapat.
✾ ✾ ✾
BUNYI raungan kanak-kanak membuatkan aku menoleh ke tepi. Ada dua kanak-kanak lelaki di mana kedua belah tangannya dirantai. Seorang meraung dan seorang lagi sudah terbaring lemah.
"Mama!"
"Papa!"
"Adik!"
Kuat kanak-kanak itu menjerit memanggil ahli keluarganya. Mukanya pucat lesi menandakan tiada darah yang mengalir di wajahnya. Tangan kecilnya menggigil ingin membuka rantai besi itu.
Aku bergerak ke arah kanak-kanak itu dan mencari kalau-kalau ada kunci rantai besi yang ditinggalkan di situ. Namun, hampa tiada apa pun yang ada. Wajah dia aku pegang tetapi ianya seakan halimunan.
Apabila aku pegang wajah dia, tangan aku menembusi badannya. Aku tak tahu sama ada aku ataupun kanak-kanak itu yang tidak wujud. Sekali lagi aku ingin pegang wajah dia tapi malangnya ia tidak membuahkan hasil.
Aku pandang pula kanak-kanak lelaki yang terbaring lemah di lantai di sebelahnya. Muka dia juga pucat. Mata kami bersabung dan aku seperti pernah melihat wajahnya. Mata dia... cantiknya.
"Kakak... kenapa kakak tak selamatkan adik?" Aku mencari punca suara itu. Toleh sahaja ke kiri, ada seorang kanak-kanak perempuan menghampiriku. Dia mencerlung tajam ke arahku. Matanya bagaikan ada api kemarahan.
Aku berundur beberapa tapak ke belakang bila dia semakin dekat. Tak tahu kenapa tapi aku rasa takut dengannya. Dia senyum senget dan tanpa apa-apa amaran, dia menyepak kuat perutku.
Automatik aku jatuh dan bibirku mula mengeluarkan cecair merah. Tak cukup dengan itu, kepala aku dipijaknya pula.
"Kau jahat! Kaulah puncanya! Sepatutnya kau mati! Hidup menyusahkan orang!" jeritnya kuat dan bertalu-talu kepala aku dipijak dan disepak. Kolam mataku mula terasa panas dan cecair jernih mula menuruni pipi.
Apa salah aku sehingga aku dilayan sebegini rupa?
I've been broken before...
And now, I'm completely broken.
I don't think people can fix me nor myself.
༶•┈┈┈┈┈┈୨♡୧┈┈┈┈┈•༶
hola guys. sihat ke tu? nah new chapter💋
see ya next week...18062022

ANDA SEDANG MEMBACA
The Prodigy
RomanceThe German Twins Series Vol II (slow update) Known as Love Conquers All Atas sebab bersalah kerana telah mencederakan seorang perempuan tanpa sengaja di sebuah restoran, Allen Daryan telah membuat keputusan drastik untuk mengahwininya. Mahu dipendek...