BANGUN sahaja daripada tidur, tiba-tiba aku rasa rajin mahu kemas rumah. Daripada tingkat tiga sehinggalah tingkat bawah semua aku bersihkan. Penat jugalah tetapi seronok disebabkan aku bosan.
Kaki melangkah ke arah bilik kerja suamiku. Dia buat apalah dalam tu dari pagi sampai ke petang. Tak semena-mena aku rasa nak jenguk dia.
Disebabkan pintu tertutup rapat, aku ketuk terlebih dahulu. Namun, tiada sahutan dari dalam. Pintu aku buka dan aku lihat Daryan sibuk dengan kertas yang berselerak di atas meja.
"Hai!" Aku angkat tangan dan lambai sedikit ke arahnya. Setelah mendengar suaraku, barulah dia angkat kepalanya.
"Hai, buat apa kat sini?" Dia senyum tetapi nada suara mendatar. Macam orang tak ada perasaan. Stress kerja kut.
"Saja melawat kawasan. Banyak lagi ke kerja tu?" Aku dah selamat labuhkan duduk di atas sofa yang terdapat dalam bilik kerjanya ini. Siap bersandar lagi. Mata merenungnya yang sibuk menanda kertas.
"Dah nak siap ni. Awak bersiap dulu, nanti saya nak bawa keluar lepas Asar. Pakai sport attire."
"You know what, I've no chemistry with sport. So nope! Awak pergilah sorang, saya nak duduk rumah." Aku bangun kerana ingin keluar. Memang taklah aku nak ikut. Aku tak suka bersukan. Kalau terpaksa sangat barulah aku akan ikut serta acara sukan.
"Saya tak ada bagi pilihan pun tadi. Maknanya awak kena ikut walaupun terpaksa."
"Kenapa pula kena ikut awak? Suka hati sayalah. Orang tak suka tak perlu nak paksa." Tanganku serta-merta menyilang ke dada sambil menjeling Daryan.
Dia bangun dan berjalan ke arahku. Senyum sinis terukir di bibirnya seraya kening terjongket sedikit. Kaki aku berundur beberapa tapak. Tanpa amaran dia pikul aku macam seguni beras.
"Hey! Apa ni!" Aku menjerit marah. Pening kepala disebabkan kepalaku ke bawah, ditambah lagi dengan rambut yang berhayun seperti langsir ditiup angin.
"Guna cara halus tak jalan, saya guna cara kasar. Dulu sebelum kahwin saya tak boleh pegang kalau awak memberontak, sekarang saya nak humban kat mana-mana pun boleh," jawabnya panjang lebar. Nada suara tetap tenang walaupun jemariku sibuk mencubit tubuhnya.
Diturunkan tubuhku setelah sampai ke bilik tidur. Aku buat muka buruk. Tak suka dengan perbuatannya tadi yang buatkan rambut aku berserabai. Daryan ambil tualaku dan letak atas kepala aku. Terus sahaja dia tolak aku masuk dalam bilik mandi.
"Mandi cepat! Jangan nak berangan lama sangat!" laungnya dari luar.
Aku hentak kaki walaupun dia tak dapat lihat. Sengaja aku hentak kuat-kuat supaya dia dengar. Sekali lagi suaranya kedengaran,
"Ha hentaklah! Tak runtuh pun rumah ni! Saya tak rugi apa-apa, kaki awak je yang dapat sakit."
"Ish!" Malas mahu bertekak lagi aku mandi sahaja. Tak guna betekak dengan anak sulung. Asyik dia sahaja yang nak menang. Sebiji perangai kakak sulung aku waktu dia muda dulu.
Siap mandi, aku pakai juga pakaian sukan yang disuruh Daryan tadi. Sempat aku cantikkan wajah dengan memakai make up. Hari ini aku buat clean look make up. Shawl pula hanya style ikat belakang sebab itu sahaja style yang aku suka.
Bunyi pintu yang dibuka dari luar membuatkan kepalaku menoleh. Daryan sudah lengkap berpakaian sukan serba hitam sama seperti aku. Rambutnya masih basah. Mandi dekat bilik air lainlah tu.
"Yanyan, cantik tak saya?" Aku soal dia.
"Yanyan? Awak tanya saya ke?" Soalan berbalas soalan.
"Yalah. Takkan tanya malaikat kiri kanan awak pula." Bola mataku naik ke atas.
"Jangan panggil saya macam tu dah. Tak pernah lagi orang panggil saya dengan nama panggilan pelik-pelik. Malulah saya nanti. Panggillah nama yang nampak sado sikit, ini nama macam budak-budak je." Dia tayang muka geli dan jijik.
"Tak kisah. Tak mahu dengar cakap awak. Nak panggil awak Yanyan juga. Sekarang jawab soalan saya. Saya cantik tak?"
Aku nampak dia kecilkan mata. Tak suka aku wujudkan nama baru dia. Tapi tetap juga dia melayan aku.
"Isteri saya sentiasa cantik!" Dan aku... blushing. Panas pipi mendengar kata-katanya.
SELESAI Daryan memarkir kereta, kami keluar dari kereta bersama-sama. Tak tahulah ke mana dia bawa kerana aku terlelap tadi. Daryan pegang tanganku dan kaki mengikut sahaja jejaknya.
Nampak sahaja beberapa orang yang sedang tekun memanah, aku sudah mula gelisah. Jangan cakap dia mahu ajar aku memanah!?
"Okey, hari ini awak kena belajar memanah!" ujarnya ceria. Aku pula sudah rasa mahu menangis. Tak mahu!
"Nak balik, tak naklah. Kan saya cakap tak suka. Lagipun benda tu berat. Saya tak larat nak angkat. Kita balik jom?" Laju aku mencipta alasan sambil menggeleng. Lengan Daryan aku goncang perlahan supaya dia berubah fikiran.
"Listen here, Aylana..." Dia bersuara lembut. Badanku dipusingkan agar menghadapnya. Dia tunduk sedikit kerana aku lebih pendek. Mata kami berlaga.
"Saya bukan ajak awak ke sini bukan suka-suka, tapi sebab nak awak tahu cara untuk defense diri sendiri in case anything happens. Bukan senang nak dapat cikgu handsome macam saya ni. Lagipun memanah seronok tau."
"Tapi saya tak pandai." Alasan lagi!
"Benda boleh belajar. Saya dulu pun tak pandai juga. Lepas dah berlatih banyak kali barulah pandai. Walaupun tak macam pemain profesional, tapi boleh lah daripada tak ada."
"Yalah, yalah. Poyo betul." Akhirnya aku ikut juga permintaannya. Aku takut kesabaranku hilang jika dia masih memaksaku. Sempat juga aku mengutuk dia depan-depan.
"Tak baik kutuk suami." Aku menjelingnya dan dia ketawa sambil merangkul bahuku.
Busur panah diangkat dan aku halakan ke arah target. Tiba-tiba Daryan meletakkan tangannya di atas tanganku, badannya pula dibelakangku. Tak semena-mena jantungku berdegup lebih laju dari biasa.
"Badan jangan bongkok nanti tersasar. Now, shoot."
Anak panah terlepas tanpa aku sedar. Tepat mengena di tengah pemuka sasar target. Aku pandang wajah suamiku itu.
"You did a good job my wife."
Dia usap kepalaku dan memberikan satu senyuman manis. Baru aku sedar, boleh tahan kacak juga wajahnya.
"Jangan puji lagi, kita belum habis belajar. Nanti balik rumah boleh sambung puji saya." Mata dikenyitkan padaku, meremang habis aku dibuatnya.
"Euw, siapa entah nak puji awak." Sengaja aku berkata sebegitu untuk menutup debaran yang menggila di dada.
Aku teruskan latihan memanah seperti yang diajar oleh Daryan. Apabila aku sudah sedikit mahir, Daryan hanya melihatku dan langsung tidak kacau aku. Seronok pula bila aku betul-betul fokus. Lepas ini, boleh datang lagi kut untuk hilangkan stres.
baru dapat spirit untuk menulis, doakan i ada idea macam air terjun. almost a year i tak update. see y'all in next chapter.
YOU ARE READING
The Prodigy
RomanceThe German Twins Series Vol II (slow update) Known as Love Conquers All Atas sebab bersalah kerana telah mencederakan seorang perempuan tanpa sengaja di sebuah restoran, Allen Daryan telah membuat keputusan drastik untuk mengahwininya. Mahu dipendek...