BAB 4

194 18 0
                                    

"ANGAH... Tolonglah bawakan bagasi aku ni. Berat kau tau tak?" pintaku bersama cebikan di bibir.

"Bukan masalah aku."

"Ish, kau ni kalau aku tampar naya aje."

"Yalah, yalah. Sikit-sikit nak marah. Sini bagasi kau." Dengar sahaja kata-katanya, terus aku menghulurkan pemegang bagasiku kepadanya.

Walaupun setakat heret guna roda, tetap berat bagi kaum perempuan. Fungsi lelaki, terutamanya abang ialah untuk menolong adiknya yang lemah seperti aku sekarang ini.

Masuk ke dalam lif, punat ditekan sebelum pintu tertutup rapat. Tiba-tiba sahaja rasa mengantuk, walhal sekarang baru jam 9 malam. Beberapa kali juga aku menguap. Maklumlah, duduk kondominium tingkat 45 nak turun LG, lama juga tu.

"Aylana Darilyn..." seru angah tiba-tiba.

"Kenapa?" soalku hairan. Pelik benar angah malam ni.

"Kau tak nak kahwin ke?"

"Soalan apa ni ngah? Kau tak tau ke aku takut sejak kejadian tu. Aku rasa semua orang dah sedia maklum tentang itu."

"Tapi benda tu dah lama. Waktu tu kita baru umur 5 tahun. Kau tak boleh lupakan lagi?"

"Aysel Dayren. Bagi kau mungkin nampak biasa sebab kau lelaki, tapi aku perempuan. Aku trauma dengan semua benda tu."

"Okey, aku minta maaf. Aku tak sengaja. Aku tau bukan senang nak pulih daripada trauma."

"Kau tu kenapa tak kahwin lagi?" Sengaja aku alihkan topik. Kalau bercakap pasal aku, memang meleretlah jawabnya, sampai tahun depan tak habis lagi.

"Tak ada orang nak aku."

"Mengada kau ni kan, padahal ada aje orang nak kau. Kau yang jual mahal. Kau ingat aku tak tau ke kau hot stuff dekat hospital? Siap ada fan club lagi..." usikku bersama senyuman nakal. Kening dijongketkan berkali-kali.

"Merepek aje kau ni."

"Oi, kawan aku kerja dekat hospital. Aku tau la berita terkini." Mengekek aku ketawa. Angah menayangkan muka cemberutnya.

Terbuka sahaja pintu lif, kami terus mengorak langkah ke tempat parkir kereta angah. Aku membiarkan angah menguruskan bagasiku manakala aku meloloskan diri ke dalam perut kereta.

✾ ✾ ✾

DIAM sepanjang perjalanan kami pulang ke kampung. Mataku sudah kuyu, terlalu mengantuk tetapi aku mengambil keputusan untuk tidak tidur. Kesian juga angah sebab kena bawa kereta malam-malam, aku nak bawa dia tak izinkan. Jadi aku akan menemaninya sahaja.

"Adik..." Suara angah memanggilku. Aku mencelikkan mata. Baruku tersedar, aku terlelap buat seketika. Aku menggumam bagi menjawab panggilannya.

"Kau dah makan ke?"

"Belum lagi. Kenapa?"

"Kita dekat RNR ni, nak keluar tak? Kalau kau tak nak keluar, aku tak matikan enjin kereta."

"Aku nak keluar," jawabku sambil menggosok mata untuk menghilangkan mamai. Mesti senget benget tudung aku sekarang ni. Tudung juga dibetulkan sebelum keluar dari kereta.

Keluar sahaja dari kereta, laju kakiku melangkah ke tandas. Mahu membasuh muka supaya segar. Kalau aku dah tidur memang sampai pagi esoklah jawabnya, ada bom meletup pun belum tentu aku bangun.

Aku berjalan menuju ke arah angah yang sudah melabuhkan duduk di meja hujung. Angah ni dia pelik sikit, selalu nak menyorok dari orang. Aku pun tak tahu apa masalah dia, mungkin tak mahu gadis-gadis melihatnya. Maklumlah angah ni terlajak kacak, siapa aje yang tak terjatuh hati.

The ProdigyWhere stories live. Discover now