BAB 6

188 18 6
                                    

AWAL-AWAL pagi lagi aku dah terpacak dalam rumah atuk. Tapi tak adalah awal sangat, dalam pukul sepuluh macam tu. Nasib baik sebelah rumah aje. Ini semua salah sepupu aku, Alya! Kenapa kau nak kahwin masa-masa macam ni. Tak bagi langsung peluang untuk aku berehat.

Nasib makngah guna pakej katering, jadi tak adalah aku kena kupas bawang. Tapi ada beberapa orang wanita yang datang nak membantu siapkan persiapan kenduri esok. Aku agak semua tu kawan mak ngah.

Yalah, mama dan papa baru aje pindah sebelah rumah atuk ni dua bulan lepas sebab rumah baru siap, mana mungkin ada kawan yang menetap di Terengganu ini. Katanya dah tak mahu duduk KL yang sesak itu. Mentang dua-dua dah pencen pindah rumah terus.

Aku yang sedang memegang besen ternampak kakak yang menolong mak ngah. Tiba-tiba ada seorang wanita yang menghampiriku. Aku hanya senyum kekok.

"Lana kan? Ya Allah, dah besar dah budak ni," ujarnya teruja. Yalah mak cik, memang saya makin kecil pun! Dah nampak aku besar panjang ni nak tanya apa lagi? Hesy, geram betul aku dengan mak cik yang jenis macam ini.

"Triplets paling nakal masa kecil-kecil dahulu."

Terlepas besen di tanganku. Perlahan-lahan kedua belah tapak tangan dilekapkan di telinga. Aku terduduk lemah di tepi rumah. Jantungku mula berdegup kencang, badan mula menggigil. Air mataku mengalir tanpa dipinta.

Ya Allah, aku takut...

"Adik! Adik kenapa?" soal kakak yang aku tak tahu bila masa di duduk di hadapanku. Kemudian kakak menjerit memanggil angah. Fikiran aku dah tak stabil.

"Kakak, adik minta maaf..." kataku bersama linangan air mata. Sekarang ini aku yang tak ingat pun boleh jadi ingat.

"Apa jadi kak!?" Suara angah.

"Tak tahu. Kakak sampai adik dah macam ni."

Dapat aku rasakan kakak sedang menepuk belakang badanku. Cuba untuk menenangkan aku mungkin.

"Mak cik cakap apa kat dia?" Aku dengar angah soal mak cik itu tadi. Angah berdecit kuat apabila mak cik itu lambat-lambat menjawab.

"Triplets paling nakal masa kecil-kecil dahulu."

Aku menjerit kuat apabila mendengar mak cik itu mengulang semula ayatnya. Aku tak nak dengar! Tak, aku sepatutnya mati! Aku tak nak hidup. Aku dah menyusahkan semua orang.

Aku ketuk kepala aku sendiri bertalu-talu. Aku bodoh. Ya, aku bodoh. Teresak-esak aku menangis di dalam dakapan kakak sulungku.

"Angah, bawa masuk adik cepat!" Suara kakak cemas dan serak.

Fikiran aku terbang. Tubuh aku rasa ringan. Mata aku berat dan perlahan-lahan aku tutup kelopak mata sebelum aku tak sedarkan diri sepenuhnya.

Pengsan.

✾ ✾ ✾

Perlahan-lahan aku membuka mata. Rasa macam segar aje badan. Ke sebab aku tidur lama sangat? Oh ya tadi aku bawa besen nak bawa masuk dalam rumah atuk, macam mana aku boleh ada dalam bilik pula ni?

"Adik okey? Ada rasa tak sihat ke?" Mama soal aku. Aku geleng. Aku sihat aje ni, tak sakit pun.

Aku bangun dari perbaringan dan ingin keluar dari rumah. Tapi langit dah gelap menandakan sudah nak maghrib. Aku pusingkan badan dan ternampak kakak, angah, mama dan papa yang pandang aku pelik.

"Kau tak ingat ke apa jadi pagi tadi?" tanya angah penuh berhati-hati. Apa yang nak berhati-hati pun aku tak tau.

"Tak ingat. Fikiran aku kosong, memori aku pagi tadi tak ada," jawabku pantas. Memang aku tak ingat satu apa pun yang jadi lepas aku angkat besen.

"Serius kau tak ingat?" asaknya lagi. Kening aku berkerut. Apa benda dia ni?

"Aku cakap tak ingat kan, maksudnya tak ingatlah."

"Tapi..."

"Dah angah. Kira bagus adik tak ingat. Nanti dia stress, tak elok untuk kesihatan. Angah sendiri nampak kan apa yang adik alami selama ni." Papa potong cakap angah pantas.

Aku pula terkebil-kebil sendirian. Tak faham apa yang papa cakapkan. Angah pula dah angguk bila papa cakap macam tu.

Selesai membersihkan diri dan solat isyak, aku rebahkan badan di atas katil. Rasa mengantuk tapi awal lagi ni, baru pukul sembilan. Kalau tidur sekarang, nanti tengah malam aku tersedar dan tak boleh tidur lagi.

Akhirnya aku ambil keputusan nak tengok movie di depan TV. Pintu bilik dikuak sedikit dan aku terdengar sayup-sayup orang yang berbincang. Semua orang ada di ruang tamu dengan cahaya yang malap. Berbincang apa gelap-gelap macam ni. Kut ya pun, bukalah lampu biar cerah sikit.

"Dia tak tahu kebenaran lagi, angah." Keras suara kakak kedengaran. Langkahku terus mati kerana aku ingin curi-curi dengar.

"We should tell her the truth! Sampai bila nak biarkan dia hidup dengan dunia yang dia cipta tu kak? Mama dengan papa tak kesian ke? That was ages ago. Dah sampai masa kita bagitahu perkara sebenar." Angah membidas kata-kata kakak.

"Mama rasa elok kita tak bagitahu. Biar dia ingat sendiri. Mama tak nak paksa nanti lain pula yang jadi." Suara mama membangkang idea angah.

"Angah, sabar dulu. Benda ni bukannya senang. Semua salah papa. Papa minta maaf." Suara papa.

"Papa, bukan tu maksud angah..."

Aku tutup pintu bilik perlahan-lahan, tak jadi nak keluar bilik. Kembali berbaring dan merenung siling bilik yang ada kipas berpusing. Apa yang mereka bincangkan sampai angah naik angin macam tu? Muka angah merah. Aku tahu angah tengah tahan amarahnya daripada meletus.

Rasa ingin tahu membuak-buak tapi aku malas nak ambil port. Tadi nak aje aku join sekali berbincang tu, tapi macam tak ada adab pula sebab mereka tak panggil aku pun. Hmmm, bincang pasal pesakit kat hospital kut sebab tu tak ajak aku.

✾ ✾ ✾

SETELAH semua urusan di kampung selesai, aku kembali semula ke Kuala Lumpur. Aku memerhati kereta angah yang meluncur keluar daripada kawasan kondominium yang aku menetap sekarang ini. Kemudian aku menapak ke arah lif dan masuk dalam rumah.

Segera aku capai beg kerja sebelum kembali turun ke basement parkir kereta. Enjin kereta dihidupkan sebelum aku bergerak ke suatu tempat.

Bangunan yang berdiri megah ini aku pandang sekejap sebelum pintu kereta aku tutup. Dengan yakin aku berjalan masuk ke dalam syarikat yang terkenal ini. Mahu berjumpa dengan seseorang.

Asalnya si dia rasa bersalah sebab suruh aku datang ke pejabatnya ini. Tapi memandangkan aku nak keluar lepas ni, aku datang juga pejabat dia. Dah alang-alang nak keluar tu, buat sekaligus ajelah. Lagipun aku ada benda yang aku nak bagi padanya.

༶•┈┈┈┈┈┈୨♡୧┈┈┈┈┈•༶

maaf lama menghilang, diri ini terlalu busy. selamat berfikir kata-kata angah itu wahai kawan-kawan 💋
btw angah milik saya 🫵🏻😋

05062022

The ProdigyWhere stories live. Discover now