BAB 21

203 6 2
                                    

REAKSIKU hanya biasa setelah sampai di rumah Daryan. Sememangnya rumah besar, tipikal rumah orang kaya. Tak hairan kerana rumah keluarga mertuaku pun seperti istana. Kereta mahal juga tersusun elok di bawah garaj.

Seluruh rumah aku perhatikan, kemas tanpa sebarang habuk. Aku naik pula ke tingkat atas. Ada beberapa bilik tapi mataku menangkap bilik paling hujung yang aku agak ialah bilik tidur utama. Baru sahaja tangan ingin memulas tombol pintu, pinggangku ditarik buatkan aku menjerit terkejut.

"Tu bukan bilik kita," kata Daryan selamba. Tiada gaya bersalah selepas muncul secara tiba-tiba.

"Habis tu mana biliknya?" soalku pelik.

"Tingkat tiga, kat situ ada bilik kita je. Tingkat dua ni boleh jadi bilik anak-anak kita. Ada sepuluh bilik, jadi kena ada sepuluh orang anak. Okay tak? Kalau okay kita proceed."

"Anak ramai-ramai siapa nak jaga? Malas saya." Aku gulingkan bebola mata ke atas. Tahu minta saja, padahal tak jaga pun nanti.

"Sayalah yang jaga. Anak menangis pukul dua pagi pun saya sanggup bangun."

"Tak ada, tak ada. Biar saya tentukan bila kita nak ada anak."

Terus aku berjalan menuju ke tingkat atas iaitu bilik tidur kami. Daryan yang merengek aku biarkan sahaja di situ. Dia dah dewasa bukannya budak-budak yang kena pujuk.

"Awakkk.... Saya nak kembar!"

Ewah, banyak cantik muka dia. Mahu sahaja aku lempang dia. Tapi fikirkan dosa, aku batalkan saja niatku itu. Daryan ini suka betul buat aku marah.

Pintu bilik aku tolak luas-luas dan mataku membulat melihat keluasan bilik ini. Sangat besar seperti seluruh rumah kondo aku. Mata meliar ke sekeliling, memerhati setiap sudut.

Tiba-tiba tubuhku dipeluk dari belakang menyebabkan aku tersentak lalu menyiku perutnya. Automatik aku berpaling saat mendengar suara Daryan.

"Aduh! Kenapa siku perut saya?"

"Sorry, saya tak sengaja. Siapa suruh peluk saya?" Serba-salah aku jadinya. Sudahlah aku jenis cepat terkejut. Lekas-lekas aku tarik tangannya lalu kami labuhkan duduk di atas katil.

"Kuat sangat ke saya siku tadi?" soalku gelisah.

"Boleh tahan kuat jugalah."

"Lain kali jangan buat macam tu. Saya tak suka. Risau kang terbunuh ke apa."

"Berani ke awak nak bunuh saya?"

Kalaulah awak tahu Daryan...

Teringatkan soal itu buatkan aku mahu hilang dari muka bumi ini. Jari mula memegang erat hujung baju, dalam erti kata lain— aku resah. Memori itu sangat menyakitkan. Jika bisa, aku mahu disuntik ubat untuk menghilangkan ingatan seumur hidup.

Tanpa sedar satu keluhan terlepas. Wajah yang tadi menatap Daryan aku palingkan ke arah lain. Sepi buat seketika sehinggalah aku terdengar dia bersuara.

"Awak nak makan apa malam nanti? Nak saya masak?" soalnya.

Mataku terkelip-kelip merenungnya. Tidak percaya. Tak pernah aku jumpa lagi lelaki yang boleh memasak. Ini kali pertama. Papa dan angah cuma pandai masak maggi sahaja. Kalau aku cuti dan balik kampung memang kerja akulah yang masakkan makanan untuk mereka berdua tengah-tengah malam buta, heh!

"Ada barang masak ke?" soalku pula.

"Ada. Awal-awal lagi saya dah beli."

"Okey, kalau awak nak masak nanti kejutkan saya tau. Saya nak tidur sekejap."

"Jangan lama-lama. Tidur petang tak baik untuk kesihatan. Saya nak pergi mandi lepas tu nak keluar. Ada hal. Boleh?"

"Ya, pergilah mandi tu. Saya pun dah mengantuk sangat-sangat ni. Dah tak boleh celik mata."

The ProdigyWhere stories live. Discover now