SEJAK makan malam tempoh hari, sudah lama aku tidak bersua muka dengan Daryan. Dia juga tak menghubungi aku ataupun menghantar mesej.
Baguslah tu, sekurang-kurangnya dia hormat aku sebagai perempuan. Tak ada mesej setiap hari sebab nak mengurat. Dan aku juga tak suka bermesej dengan lelaki kalau tak ada hal penting.
Aku menjalani hari-hari seperti biasa tanpa sebarang gangguan. Masuk pejabat, naik turun mahkamah, balik rumah dan keesokannya ulang balik benda yang sama. Bosan tu bosanlah jugak. Nak ajak member keluar tak boleh sebab semua tengah sibuk kerja.
Memandangkan hari ini pejabat aku baik hati bagi cuti, jadi aku manfaatkan hari ini untuk ke spa. Dah lama tak manjakan diri sendiri kebelakangan ini. Keluar sahaja dari spa, terasa badan makin segar daripada biasa.
Indahnya!
Aku berjalan sendirian di dalam pusat beli-belah ini. Sambil-sambil itu mata memerhatikan design terbaru koleksi baju di setiap butik. Nak beli tapi tak ada mood dan aku teruskan berjalan.
Lamunanku terhenti tatkala telefonku berdering kuat. Tangan menggagau ke dalam beg tangan untuk mencapai telefon. Ikon hijau ditekan tanpa melihat nama si pemanggil dan terus telefon dilekapkan di telinga.
"Turn around," arahnya dan panggilan dimatikan. Pusing sahaja ke belakang, muncul susuk tubuh yang menelefon aku tadi. Dia berjalan mendekatiku.
"Awak keluar seorang aje ke?" soal Daryan dan dahinya berkerut seribu.
"Tak lah, malaikat ada atas bahu saya ni. Nampak tak?" Aku cuba bersarkastik. Tak nampak ke aku seorang aje ni? Boleh pula dia tanya benda yang dah terang bersuluh.
"Awak ni kelakarlah."
"Huh? Apa yang kelakarnya?"
"Awaklah."
Ah, sudah. Sakit otak aku bercakap dengan mamat ni. Aku kembali berjalan dan membiarkan Daryan di situ. Dia mengejar langkahku dan berjalan bersebelahanku.
"My Lana..." panggilnya meleret. Aku menggumam perlahan, menjawab panggilannya.
"Saya lapar," katanya tiba-tiba.
Langkahku terhenti dan aku pusing menghadapnya. Aku tayang muka tak faham. Memang aku tak faham pun sebenarnya. Mengadu kat aku dapat apa?
"Pergilah makan, awak mengadu kat saya bukannya kenyang pun. Saya ni sibuk mengalahkan perdana menteri tahu tak?"
"Saya tengok awak tak buat apa pun hari ni."
"Sibuklah tu. Dah, saya nak balik."
"Teman saya makan, please. Saya lapar sangat ni. Saya ada gastrik dan saya kena makan berteman, kalau tak nanti tak ada selera." Aku julingkan mata ke atas.
✾ ✾ ✾
DAN di sinilah aku, di restoran bersama Daryan yang sedang menikmati nasi ayam macam sepuluh hari tak makan. Dah dua pinggan nasi dia habiskan. Lapar sangat agaknya.
"Daryan, awak lapar sangat ke? Macam orang membela pun ada..." Ayat terakhir aku perlahankan sedikit, takut dia terasa hati.
"Haah, semalam saya tak makan seharian. Ni pun dah nak pukul empat petang, baru dapat makan," katanya sambil menghirup minumannya.
Tisu aku hulurkan padanya apabila nampak ada comot di tepi bibirnya. Oh patut pun makan banyak sangat...
"Awak dah kenyang ke? Sikit je awak makan tadi." Dia soal aku pula. Aku angguk disebabkan aku memang jenis cepat kenyang walaupun makan tak sampai setengah pinggan nasi.
YOU ARE READING
The Prodigy
RomanceThe German Twins Series Vol II (slow update) Known as Love Conquers All Atas sebab bersalah kerana telah mencederakan seorang perempuan tanpa sengaja di sebuah restoran, Allen Daryan telah membuat keputusan drastik untuk mengahwininya. Mahu dipendek...