BAB 17

135 10 0
                                    

SEJAK kejadian Daryan melamar aku tempoh hari, aku terus menyekat nombornya. Mungkin orang akan anggap aku kerek dan overreact tapi aku ada sebab yang tertentu.

Sebab yang pertama, aku rasa dia bergurau sahaja. Kedua, aku tak bersedia lagi nak kahwin. Ketiga, keadaan dah jadi kekok. Dan banyak lagilah sebabnya sampaikan kalau buat senarai pun tak cukup sehelai kertas.

Aku pulang ke KL dengan menaiki kapal terbang. Dah tak sanggup nak bersua muka dengan Daryan. Maka, aku mesej Danyra dan beritahu yang aku akan pulang sendiri.

Hari ini aku tak tahu bagaimana nak berdepan dengan Daryan di pejabat. Harapnya dia tak ada dekat pejabat lah. Keluhan terlepas tanpa sedar. Pintu kereta ditutup selepas aku selesai mengambil semua barang.

Langkah dipercepatkan tatkala aku sudah masuk ke dalam pejabat. Dengan tergesa-gesa aku masuk ke dalam bilik kerja. Habis berpeluh satu badan. Aku yang reject dia tapi aku yang ketar lutut ni dah kenapa?

Komputer riba aku on dan kerja yang tertangguh tempoh hari aku akan selesaikan hari ini. Saat ini, aku baru tersedar bahawa aku boleh terlupa tentang benda penting yang sentiasa ada bersama aku.

Kopi.

Serabut punya pasal, aku tak sempat nak singgah beli Starbucks tadi. Terpaksalah aku ke pantri dan bancuh kopi sendiri. Lekas-lekas aku keluar untuk ke pantri.

Baru aku ingin masuk ke ruang pantri, langkah kaki aku terhenti. Setapak demi setapak aku mengundur ke belakang.

"Masuklah. Saya tak nak kacau awak. Kita buat je macam kita tak pernah kenal." Suara itu menegurku tetapi wajahnya langsung tidak terarah padaku.

"Okey..." Lambat-lambat aku membalas.

Dapat aku rasakan auranya berubah menjadi dingin dan beku. Tegak habis bulu roma sampaikan nak bercakap pun tak terkeluar suara. Usai itu dia terus beredar meninggalkan aku berseorangan.

Wow! Seram gila. Boleh terkencing aku kalau hari-hari macam ni. Aku lebih suka perangai mengusik dia daripada dia beku macam ni.

Pandanganku terus terarah pada tempat Daryan berdiri tadi. Renunganku semakin dalam menembus dinding dan aku membayangkan Daryan jika dia masih ada di situ.

✾ ✾ ✾

MASA berlalu begitu pantas, sudah dua minggu hidup aku tak keruan. Adakah ini balasan kerana aku telah menolaknya? Tapi tak salah kalau aku tolak, bukannya berdosa pun.

Disebabkan fikiran aku terganggu, kerjaku semua tidak berkualiti. Aku tidak fokus semasa membuat kerja. Aku telah mendapat jawapan untuk solat istikharah tetapi aku masih tidak yakin.

"Macam mana boleh terlepas!? Aku tak ada takkanlah korang tak boleh buat kerja? Nak harapkan aku je ke?" Kuat suara itu melalui gegendang telingaku. Liur diteguk perlahan dan aku keluar dari bilik kerjaku.

Aku tak salah dengar. Itu memang suara Daryan dan sekarang ini aku lihat dia sedang bercakap telefon. Mukanya merah padam. Aku pula yang takut tapi dia tak nampak aku disebabkan aku intai dia dari celahan bidai bilik kerjanya.

Nafas ditarik dalam dan aku ketuk pintu biliknya. Apabila tidak mendapat sahutan, aku buka terus pintu. Aku masuk dan terkebil-kebil aku lihat mejanya yang bersepah dengan fail.

"Awak nak apa?" soalnya dingin tetapi masih lembut percakapannya.

"Yes," jawabku sepatah.

"Apa yang yes?"

"Jawapan kepada soalan awak beberapa minggu lepas."

"Yang mana satu?"

"Kahwin." Selesai mengungkapkan itu, aku terus berlari keluar dari pejabatnya sebelum dia bertanya lebih. Cepat-cepat aku ambil barang dan pulang ke rumah. Entah kenapa aku berasa malu.

✾ ✾ ✾

KEESOKANNYA, aku terhendap-hendap sebelum masuk pejabat. Apabila aku sudah memastikan yang Daryan tak ada, barulah aku masuk dengan tenang. Kalau diikutkan, dah macam pelarian aku ni.

Aku tak tahu berapa lama aku buat kerja sehinggakan tidak sedar ada orang mengetuk pintu bilikku. Suara Mark kedengaran ingin memberitahu aku ada tetamu mahu berjumpaku. Aku membenarkan tetamu itu masuk.

Aku angkat wajah dan serta-merta pen ditanganku terlepas dari pegangan. Mataku sedikit membulat. Susuk tubuh itu selamba duduk di sofa tanpa menghiraukanku.

Aku naik pelik tapi aku abaikan sahaja. Nanti pandailah dia lari walaupun aku yang rasa nak lari sekarang ni.

"Duduk depan saya." Tegas dia mengarah. Aku mencebik dan terus melabuhkan duduk di sofa berhadapannya.

"Are you sure with your decision? Nak teruskan juga perkahwinan kita?" tanyanya sambil mata merenung tepat anak mataku. Aku angguk.

"Apa yang mengubah fikiran awak?" Dia tanya lagi.

"Saya nampak awak dalam mimpi beberapa hari lepas saya solat istikharah. You are my soulmate, I guess?" Entah jawapan apa yang aku berikan, asalkan jawapan. Tapi betullah, dia muncul dalam mimpi aku. Bukan sekali, tapi banyak kali!

"Then why are you running away from me? Setiap kali kita bertembung awak akan lari. Awak tak suka sangat ke dengan muka saya ni? Saya tahu..."

"Sebab saya malu! Awak orang pertama yang ajak saya kahwin, Daryan. Saya tak tahu nak bagi reaksi yang sesuai. I was confused and I'm scared," potongku dengan suara yang hampir tersekat di kerongkong sebelum dia membebel macam mak nenek.

"Apa yang awak takut? Takut dengan saya?" Aku diam tak menjawab. Rasa tak selesa mula menguasai diri. Jari-jemariku mula mengenggam seluar. Kepalaku menunduk merenung kaki yang tersarung kasut tumit memijak lantai. Bibir diketap rapat.

"Hey, my Lana. Kenapa tunduk? Saya tak boleh pegang awak lagi, nanti dah kahwin saya pujuk awak sambil pegang. Saya nak kita bercinta lepas kahwin. Perlahan-lahan sesuaikan diri masing-masing, lepas tu baru kita fikir hal lain. Kalau ada masalah, kita sama-sama selesaikan. Okey?" Aku hanya mengangguk apabila mendengar tutur katanya. Aku akan percayakannya.

"Awak sibuk tak sekarang?"

"Yes but not really. Kenapa?"

"Kita lunch dulu boleh? Ada banyak benda saya nak bincang dengan awak. Awak tenangkan diri dulu, saya akan mesej alamat restoran tu." Kemudian dia terus bangun dan keluar. Tinggal aku seorang dalam bilik ini.

Mahu tercabut jantung aku sekarang ini. Pelbagai emosi yang dapat aku rasakan. Takut, tak bersedia, bimbang dan seangkatan dengannya. Semoga semua baik sahaja.

✾ ✾ ✾

SAMPAI sahaja di restoran yang dipilih oleh Daryan, aku mencari kelibatnya. Dua minit mencari barulah aku dapat melihat susuk tubuhnya yang membelakangiku.

Terus sahaja aku duduk di hadapannya. Langsung tak ada rasa nak bersuara. Dia senyum, aku buat muka biasa.

"Awak nak cakap pasal apa?" soalku terus.

"You and me."

"Okay, teruskan."

"Saya tak nak awak rasa terbeban dan saya tak akan kongkong awak lepas kita kahwin. Awak bebas buat apa-apa, as long as you inform me about your day then it'll be alright. Saya harap awak tak bergantung pada saya sebab saya tak akan selalu ada dengan awak."

Aku hanya mendengar apa yang dikatakan oleh Daryan tanpa membuka mulut. Dia yang pujuk aku dan dia lah yang menenangkanku apabila aku diam disebabkan rasa tak senang hati.

"Saya nak tanya sesuatu." Aku berkata dan berjeda buat seketika. Dia angkat kening menyuruh aku sambung percakapanku.

"Awak yakin pertemuan pertama kita sekadar coincidence?"

Dia hanya diam, tak menjawab soalanku itu. Dan aku biarkan sahaja dan tak memaksa agar dia menjawab.

Mungkin ini adalah jalan yang terbaik untuk aku lupakan semuanya, dengan cara mulakan hidup baru bersama orang baru.

༶•┈┈┈┈┈┈୨♡୧┈┈┈┈┈•༶

02042023

The ProdigyWhere stories live. Discover now