"CIK okey ke?" tanya pelayan itu kepadaku. Aku mengangguk bagi menjawab pertanyaannya. Lenganku disorokkan ke belakang.
"Aduh, macam mana boleh terlanggar ni. Sorry, saya betul-betul tak sengaja," ucap lelaki yang berpakaian korporat itu. Suaranya kedengaran resah.
"Tak apa encik, lagipun salah saya juga sebab berjalan laju masa tengah bawa sup panas. Saya pergi dulu ye encik dan cik," kata pelayan itu seraya membongkokkan badannya sedikit sebelum berlalu pergi.
Mataku mencerlung memandang lelaki yang berada di hadapanku. Dia juga memandangku. Belum sempat aku mahu angkat kaki, dia bersuara, "Awak tak okey tu. Saya rasa lengan awak melecur disebabkan saya."
"Memang pun. Semua salah awak. Disebabkan awak berjalan tapi mata tengok skrin telefon, lengan saya jadi mangsa sekarang ni."
"Jom saya bawakan awak ke klinik," pelawanya sopan. Aku menggeleng tanda tak mahu mengikutnya.
"Tak apalah, saya boleh pergi sendiri. Kawan saya ada untuk tolong saya."
"Tapi saya tetap bersalah."
"Lana..." panggil Safeera perlahan. Aku memusingkan badanku bagi menghadapnya. Keningku dijongketkan.
"Pergi je lah klinik tu, nanti makin sakit."
"Tak nak aku, dah la dia tu stranger. Kalau dia ada niat jahat macam mana?" Perlahan suaraku menjawab.
"Pergi Lana. Please, kita orang tak sanggup tengok kau terseksa lagi. Kau dah banyak terseksa dan kau pilih untuk pendam semuanya. Aku merayu Lana, pergi klinik dengan dia." Suara Syaza kedengaran lirih.
"Okey, okey. Aku pergi tapi nanti tunggu aku datang sini balik. Jangan balik tanpa aku." Aku terpaksa mengalah dan mendengar katanya. Beg tangan aku capai sebelum aku membuntuti langkah lelaki itu.
Tenang Lana, tenang. Dia cuma nak tolong kau je. Tak ada apa pun. Hati mula berbisik. Semoga semua baik-baik sahaja.
Terpegun sekejap apabila melihat kereta mewah lelaki itu. Lamborghini Aventador. Mesti orang kaya ni. Aku yang pakai Mazda ni pun nak tersedak liur sendiri tiap-tiap bulan nak bayar. Huhu.
"Awak tengok apa dari tadi?" Tersentak aku apabila mendengar suaranya. Ralit sangat memerhati keretanya sampaikan pintu dah terbuka pun aku tak sedar.
"Oh tak ada apa-apa," jawabku seraya memboloskan diri ke dalam perut kereta. Agak-agak kantoi tak eh aku usha kereta dia?
Masuk sahaja ke dalam kereta, lelaki itu mula memandu. Sesekali aku mengerlingnya, cuci mata sikit. Boleh tahan handsome juga ya dia ni.
Tiba-tiba jantungku mula berdebar. Tanganku mula sejuk. Hatiku mula rasa gusar. Badanku seakan-akan menggigil. Aku memejamkan mata dan bersandar di seat kereta.
Oh tolonglah, jangan datang sekarang. Aku tak sanggup. Seksanya hanya Allah yang tahu. Rasa macam hampir mati. Pening kepala sehinggakan rasa nak termuntah.
"Sakit sangat ke lengan awak tu?" soalnya. Lantas aku mencelikkan mata.
"Sakit tapi tak ada lah sakit sangat. Cuma pedih aje," jawabku bersahaja.
"Tapi dahi awak tadi berkerut-kerut. Macam sakit aje tu, dah la banyak sup panas tu kena lengan awak."
"Bukan sakit tu. Sakit lain."
"Sakit apa?"
"Saya ada panic attack and anxiety, tapi paling teruk anxiety. It hurts like hell. Saya rasa baik saya mati aje daripada kena hadap anxiety ni." Lirih suaraku berkata.

YOU ARE READING
The Prodigy
RomanceThe German Twins Series Vol II (slow update) Known as Love Conquers All Atas sebab bersalah kerana telah mencederakan seorang perempuan tanpa sengaja di sebuah restoran, Allen Daryan telah membuat keputusan drastik untuk mengahwininya. Mahu dipendek...