PINTU bilik kerjaku diketuk dari luar. Aku mengarahkan untuk masuk kerana sibuk dengan kertas kerja. Lantas aku mendongak untuk memandang gerangan yang telah masuk ke bilik kerjaku. Serta merta aku bangun dari dudukku dan menunduk hormat kepada Puan Amanda selaku bos di tempat kerjaku ini.
"Lana, ni ada pekerja baharu syarikat ini dan dia dipilih untuk menjadi PA awak. Awak dah lama tak ada PA kan sejak PA yang dulu berhenti kerja." Aku mengangguk walaupun masih tercengang mendengar kata-kata bosku ini.
"Orang lain PA dia sama jantina, tapi kenapa PA saya lelaki. Perempuan tak ada ke?" soalku lembut, tanda hormat kepada bos. Tangan yang menggigil segera aku genggam di bawah meja.
"Maaf Lana, akak bukannya apa tapi memang Mark ini aje yang ada untuk jadi PA Lana," kata Kak Amanda. Cara bertutur juga sudah bertukar kepada santai, tidak lagi formal seperti tadi.
"Tak apalah kak, saya okey aje," ujarku sambil menayangkan senyuman nipis.
Kak Amanda mengangguk dan keluar dari bilik kerjaku. Aku menyuruh Mark duduk di sofa. Mahu berkenalan dengannya walaupun aku tidak minat, tetapi perlu juga kenal dengannya apabila teringatkan bahawa dia ialah pembantu peribadiku.
Tak, aku tak okey! Aku hanya berpura-pura okey dihadapan Kak Amanda. Hati aku berdebar-debar sekarang ini dan jantung mengepam lebih laju dari biasa.
Aku takut...
Punggung dilabuhkan di sofa berhadapan dengan Mark. Badan disandarkan di belakang sofa dan kaki bersilang. Gaya diva!
"Okay, so introduce yourself," kataku dingin. Wajah ditegangkan. Mood profesional sudah datang. Perasaan takut serta merta hilang.
"Saya Mark, umur 23 tahun dan graduate di University Of Westminster in Bachelor of Laws."
"Mudanya awak grade... Tapi kenapa jadi PA je? Tak rasa rugi belajar law susah-susah tapi kerja PA? Gaji pun ciput aje, baik jadi lawyer."
Muda betul budak ni graduate, masa aku umur 23 tahun masih lagi terkial-kial untuk menyiapkan assignment.
"Saya ambil IGCSE umur 16 tahun dan sambung belajar umur 17 tahun. Itupun saya banyak cuti, itu yang grade lambat. Sepatutnya umur 20 tahun saya dah grade. Saya tak minat pun nak belajar law, tapi keluarga yang paksa dan saya terpaksa belajar law."
"Wait a minute." Kelima-lima jari kananku dikembangkan dihadapan wajah Mark.
"Mark tu nama betul awak ke?"
"Eh takpun, cuma nickname saya aje," jawabnya sambil tersengih ke arahku.
"Okey... Kalau macam tu awak hanya perlu ikut arahan saya memandangkan awak ni PA saya. So, as you know I'm the ace lawyer here known as Lana Arilyn and of course I'm older than you. But please don't call me 'akak', I'm way to young to be call 'akak'. Awak boleh panggil saya Lana," ujarku selamba.
Aku tidak suka orang memanggilku 'akak'. Hello, aku ni tidaklah tua sangat nak dipanggil 'akak' bagai. Umur baru sahaja 26 tahun, tua ke? Itupun belum official 26 tahun sebab belum birthday, hihi.
"So dah tak ada apa dan awak boleh keluar. Saya nak pergi lunch ni," kataku seraya melihat jam di pergelangan tangan.

YOU ARE READING
The Prodigy
RomanceThe German Twins Series Vol II (slow update) Known as Love Conquers All Atas sebab bersalah kerana telah mencederakan seorang perempuan tanpa sengaja di sebuah restoran, Allen Daryan telah membuat keputusan drastik untuk mengahwininya. Mahu dipendek...