BAB 20

177 9 0
                                    

AKU terbangun tatkala terdengar bunyi jam yang aku telah kunci di telefon pintarku sebelum tidur semalam. Jam menunjukkan pukul enam setengah pagi. Aku pandang sebelah, tempat tidur Daryan.

Kosong!

Dia belum balik lagi ke?

Tak menunggu lama, aku terus menapak ke bilik air untuk mengambil wuduk. Solat subuh didirikan. Setelah selesai, aku kembali berbaring.

Bunyi pintu yang dikuak membuatkan aku memandang ke arah pintu. Susuk tubuh Daryan kelihatan. Dia menuju ke bilik air.
Sejadah dibentang sebelum dia mula solat.

"Kenapa tengok saya macam tu?" Soalannya mematikan lamunanku.

Oh, aku tenung dia ke tadi. Maaf, tindakan luar kawalan. Dia sedang duduk berteleku di atas sejadah. Sudah siap menunaikan solat.

"Buat apa nak tengok awak. Baik saya tengok muka sendiri," balasku sedikit memerli. Tapi mata masih lagi melekat padanya.

Aku akui yang dia segak sekarang ini. Tak nak puji lebih sebab angah pun segak juga.

Dia menyimpan sejadah dan duduk di sebelahku. Wajahnya aku tatap, berkira-kira untuk bertanya. Bibir aku kemam rapat.

"Awak nak tanya apa-apa ke?" Bagaikan tahu isi hatiku, soalannya lurus. Tak belok langsung.

"Semalam awak cakap, awak ada kerja kan..." Aku menggantungkan ayatku. Sengaja buat begitu. Dia angkat kening, menyuruhku untuk meneruskan soalan.

"Apa kerja awak tu?"

"Kerja."

"Saya tahulah awak kerja tapi kerja apa?"

"Kerjalah."

Astaghfirullah, boleh gila aku dibuatnya.

Aku tarik nafas dalam-dalam kemudian hembus dengan tenang. Kenapa susah sangat dia nak jawab soalan aku yang mudah itu?

"Dah lah, malas betul bercakap dengan awak. Awak ingat awak dah kahwin dengan lawyer, awak boleh loyar buruk? Never!"

Dia terus ketawa mengekek sambil merenung pada wajahku. Apa yang kelakar pun aku tak tahu. Benci betul!

Aku bangun dan terus mencapai tudung di penyangkut. Turun masak lagi berfaedah daripada layan suami yang otaknya tak berapa nak betul ni. Tiba sahaja di dapur, aku nampak ibu mertuaku sudah siap memasak.

"Kenapa mummy tak panggil Lana? Kalau tak mummy boleh rehat pagi ni," soalku sambil senyum manis.

"Tak nak kacau pengantin baru. Lagipun Acik Siti ada tolong mummy," jawab mummy.

Tanganku ligat mencapai dua teko untuk membancuh kopi dan teh. Kata mummy, dalam rumah ini tak semua minum kopi, salah satunya adalah mummy sendiri. Disebabkan itulah aku sediakan dua jenis minuman.

Tak lama kemudian, semua turun dan kami terus makan. Aku hanya mencelah apabila perlu ketika mereka berbicara. Jujurnya aku masih janggal dengan keluarga Daryan.

Selesai makan, aku dan Daryan naik ke atas semula. Saat itu, aku ternampak lagi sampul surat yang tebal di atas meja. Nampak seperti sampul surat semalam.

Baru sahaja aku mahu capai, Daryan terlebih dahulu mengambilnya. Dan aku tak tahu dia simpan di mana sampul surat itu kerana dia keluar dari bilik.

Selepas beberapa minit, dia kembali semula. Aku pandangnya lama tanpa rasa untuk mengalihkan anak mataku. Ternyata dia sedar akan renunganku tadi lalu menapak ke arahku.

"Apa tu? Kenapa awak sorokkan daripada saya?" Aku soal. Tiada ayat bunga-bunga lagi.

"Sampah. Saya memang dah lama nak buang tapi terlupa. Buat semak bilik je nanti kalau tak buang sekarang." Dia tunduk sedikit supaya menyamai paras tinggiku. Selamba dia menggosok rambutku sehinggalah aku tepis tangannya.

The ProdigyWhere stories live. Discover now