BAB 18

146 14 0
                                    

BILA aku nyatakan hasratku untuk berkahwin dengan Daryan, orang tuaku hanya bersetuju. Langsung tak tanya lebih apatah lagi membantah. Mama dan papa kelihatan lebih suka aku bakal berkahwin. Adik beradik aku juga langsung tak terkejut mendengar berita ini. Dah bosan agaknya nak jaga aku.

Semua persiapan mama yang uruskan. Aku tahu kalau aku yang uruskan memang mama tak berkenan. Sering kali aku bergaduh kerana tak sehaluan dengan pendapat mama.

Dan seperti sekarang, aku berperang dengan mama di butik busana perkahwinan. Daryan tak ada maka mama yang teman aku. Sibuk katanya dan aku sedikit kecewa sebab bukan dia yang teman.

"Mama yang nak kahwin atau adik yang nak kahwin?" soalku serius. Aku kecilkan mata dan sengaja buat muka berkerut. Pandang mama kemudian julingkan mata ke atas.

"Mama suruh ambil dress yang kat depan itu. Tak nak dengar sudah. Yang itu lagi cantik mama rasa." Mama buat suara menyampah bila dengar aku berkata sebegitu. Aku yang nak kahwin, dia pula yang lebih. Mak-mak memang macam ni ke bila anak dia nak kahwin?

"Tak nak lah. Tak cantik. Adik nak baju kurung yang ada lace dekat hujung lengan dan puffy shoulder. Kalau mama nak yang tadi itu ambillah, adik bayarkan."

Terus mama ambil dress yang dia berkenan tadi. Sekelip mata. Ikut suka mamalah, asalkan mama gembira. Lagipun belanja ibu bapa dapat pahala tahu kalau nak dibandingkan dengan mereka yang jaga anak-anak dari kecil sampai besar. Memang tak boleh bayar guna duit dengan usaha mereka itu.

Selesai fitting pakaian, aku berlalu ke kaunter membuat pembayaran. Bukan main lebar lagi senyuman mama bila aku belanja baju. Setelah itu, mama terlebih dahulu pergi, ingin bertemu kawan katanya. Maklumlah, dah lama tak balik Kuala Lumpur. Kami datang ke butik dengan kereta yang berasingan.

Keluar saja daripada butik, mataku sedikit terbeliak melihat gerangan yang ada di depanku. Daryan. Jeling dia macam nak tembus. Aku berjalan melepasinya dan menuju ke tempat parkir di basement.

Cepat sahaja langkahnya mengejarku dan dia berdiri di depanku.  Tangannya dihulurkan ke arahku. Aku jongketkan kening.

"Kunci kereta," ujarnya tak bersalah.

"Mana kereta awak?" balasku malas. Ini dah kenapa minta kunci kereta aku.

"Saya tak bawa kereta. Driver hantarkan tadi." Dia senyum manis. Eye smile!

"Okay then? Baliklah dengan driver awak." Mudah aku menjawab. Kaki kembali melangkah ke arah keretaku yang diparkir di hujung kanan. Malas mahu layan.

"Whats with that long face? Awak merajuk saya tak dapat temankan awak?"

"No. Why would I?" Nada suaraku mendatar, sedikit lain tak seperti kebiasaannya.

Atau dengan erti kata lain, aku menyampah. Mana taknya, dia dah janji nak pergi sekali tapi dia batalkan janji dia bila aku dah bersiap. Tebal muka aku suruh mama teman sedangkan beberapa hari yang lepas, aku dengan berlagaknya berkata Daryan temankan aku dan mama boleh duduk diam.

Terus sahaja aku campak kunci kereta ke arahnya. Dengan pantas dia menangkap kunci itu. Berjalan lagi sehingga sampai di depan kereta. Bila dia dah unlock, aku masuk ke dalam kereta. Pintu dihempas kasar, tanda protes.

"Awak garang, nanti tak ada orang nak kahwin dengan awak sebab takut," katanya setelah enjin kereta dihidupkan. Kepalaku terus berpaling merenungnya saat suaranya kedengaran.

"That's too harsh." Aku menjawab dengan suara yang dibuat-buat sedih, mengejek dia. Sekali dengan mimik muka lagi.

"Tapi saya nak kahwin dengan awak. Awak nak marah saya setiap hari pun tak apa."

The ProdigyWhere stories live. Discover now