SELEPAS makan pagi, aku menghidupkan enjin kereta untuk ke suatu tempat. Dah lama aku tak ke situ. Tetapi aku perlu ke situ disebabkan dia dah beberapa kali menelefonku.
Sampai sahaja di destinasi, aku menunggu di ruangan menunggu yang disediakan. Suasana terasa begitu suram disebabkan tempat ini sunyi. Hanya bunyi kipas yang kedengaran.
"Aylana Darilyn."
Namaku diseru menyebabkan aku angkat muka melihat gerangan si pemanggil. Kelihatan seorang jururawat yang sedang memegang carta pesakit menunggu di kaunter. Aku angkat punggung dan membuntutinya sehingga ke bilik doktor.
Jururawat itu membukakan pintu itu untukku dan aku senyum buatnya. Sempat aku ucapkan terima kasih sebelum dia berlalu pergi. Aku tunduk sedikit dan melakarkan senyum apabila sistem penglihatanku disajikan dengan susuk tubuh yang sudah lama aku tidak bersua muka dengannya.
"Assalamualaikum doktor. Lama tak jumpa," ucapku setelah melabuhkan duduk di kerusi berhadapan dengan Doktor Tihani.
"Waalaikumussalam. Dah lama awak tak datang. Saya call banyak kali baru reti nak datang sini."
"Saya sibuk sikit kebelakangan ni. Lupa nak datang."
"Awak bukannya sibuk sangat, Aylana. Awak cuma membebankan diri awak sendiri dengan cara overwork. Tak perlu paksa diri. Nanti awak sakit lagi."
"Few months ago... Yes, I admit. Memang saya kerap sangat kena tapi ajaibnya penyakit tu macam hilang akhir-akhir ni."
Entah, aku juga tak tahu macam mana aku dah tak terkena serangan panik dan anxiety. Kebiasaannya nak bercakap dengan orang yang tak kenal pun aku berdebar-debar macam nak mati. Dan saat itu, aku baru terfikir...
Aku tak rasa takut bila bersama dengan Daryan.
Lamunanku terhenti saat Doktor Tihani memetik jarinya betul-betul di hadapan muka aku.
"Awak dengar tak apa yang saya cakap ni?"
"Hah?"
Dan ya... Memang aku tak dengar apa yang doktor cakap tadi. Mengelamun je banyak, nak jadi apa pun tak tahu.
"Saya cakap esok jumpa saya lagi," katanya lalu pen dicapai.
Dia mula menulis sesuatu di atas kertas. Mungkin laporan tentang aku pada hari ini.
"Doktor, saya nak minta sesuatu boleh?"
Aku menyoal sambil menghalakan pandangan berharap pada Doktor Tihani. Tangannya yang menulis itu automatik terhenti tatkala terdengar suaraku.
"Kalau minta benda yang boleh ditunaikan, InsyaAllah saya mampu."
"Saya nak ambil ubat."
"No. Saya tak izinkan awak ambil ubat. Bila awak ambil ubat, ia akan menyebabkan awak selalu bergantung pada ubat. Lepastu, tak boleh nak hidup tanpa ubat. Macam mana awak nak sembuh balik kalau macam tu Aylana?"
"Saya ada peluang lagi ke nak baiki hidup saya? Hidup saya dah lama musnah, doktor. Kalau boleh saya nak mati sekarang juga. When I'm at my lowest, no one ever stay by my side. It's just me and myself. Just look how pathetic my life is..." Muka aku dah terasa panas. Dada terasa sebu dengan seribu satu perasaan. Ikutkan hati mahu sahaja aku hamburkan tangisan di sini.
"Awak ada peluang Aylana. Trust Him and InsyaAllah everything will be okay."
✾ ✾ ✾
SELESAI sahaja sesi terapi bersama Doktor Tihani, iaitu doktor psikiatri aku, aku segera pulang ke rumah. Doktor Tihani memang pandai memujuk sehinggakan aku yang ingin berputus asa kembali bersemangat.
YOU ARE READING
The Prodigy
RomanceThe German Twins Series Vol II (slow update) Known as Love Conquers All Atas sebab bersalah kerana telah mencederakan seorang perempuan tanpa sengaja di sebuah restoran, Allen Daryan telah membuat keputusan drastik untuk mengahwininya. Mahu dipendek...