SETELAH majlis resepsi selesai, Daryan menyuruhku naik ke bilik hotel dahulu. Disebabkan kakiku dah lembik macam jeli akibat memakai kasut tumit tinggi buat masa yang lama, aku turutkan sahaja arahannya itu. Daryan masih lagi di dewan hotel, tempat majlis resepsi kami berlangsung tadi kerana masih ramai lagi tetamu yang datang untuk bertemunya. Sudah tentu semuanya ahli korporat.
Pantulan wajahku di cermin, aku lihat sambil tersenyum. Mekapku sangat cantik sehinggakan aku sayang untuk membuangnya. Cantik juga ya aku hari ini. Seri pengantin agaknya.
Tanganku mula bergerak untuk membuka perhiasan di kepala, namun perbuatanku terhenti tatkala pinggangku dipeluk dari belakang. Wangian lelaki mula menusuk ke dalam hidung membuatkan aku kejung. Dagunya berlabuh dibahuku.
Beberapa detik kemudian, dia pusingkan tubuhku supaya menghadapnya. Tersergam indah wajah Daryan dihadapanku. Mataku mula menilik seraut wajahnya disebabkan kedudukan kami begitu rapat. Hidung kami hampir bertemu.
Jantungku mula berdegup pantas apabila dia mula membuka veil serta perhiasan di kepalaku. Setelah itu, dia mula membuka pin selendangku. Aku hanya memerhatikannya tanpa niat untuk menghalangnya. Dia sungguh kacak hari ini dengan berbaju melayu off white. Matanya terserlah cahaya kegembiraan.
Terasa rambutku mula terlepas dari ikatan dan perlahan-lahan jatuh mengurai. Sepasang matanya masih lagi menatap wajahku. Lama kami berkeadaan begitu. Deruan nafasnya mula terasa di leherku membuatkan aku memejamkan mata dengan rapat.
Sehinggalah...
"Go take a shower," bisiknya tepat di telingaku.
Serentak itu, mataku terus terbuka. Tangan menolak dadanya dan kaki melangkah menuju ke bilik air.
Gila!
Tak pernah lagi kami duduk serapat itu. Pipiku mula panas apabila teringatkan momen tadi. Cik jantung, kenapa kau berdegup dengan sangat pantas?
Usai bertapa di dalam bilik air, aku keluar dan Daryan tiada di sini. Bagus, bagus. Kalau dia ada, mungkin jantungku akan tercabut terus. Dia suka buat aku terkejut dengan perlakuannya.
Aku tak mandi pun sebenarnya, malas. Hanya nak larikan diri daripada Daryan.
Dua jam aku tunggu Daryan, namun kelibatnya masih tak kelihatan. Akhirnya aku baring sambil mengskrol Instagram. Tak lama kemudian, aku terlelap.
Lenaku terganggu tatkala ada yang bermain dengan rambut dan wajahku. Aku mendengus, marah kerana kacau aku tidur. Pantang betul aku bila ada yang usik aku.
"Apa main muka orang ni, orang nak tidurlah," ujarku dengan mata yang masih terpejam.
Aku tepis tangan yang gatal bermain dengan rambutku itu. Badan dipusingkan menghadap ke kiri. Baru sahaja nak ke alam mimpi, pinggangku ditarik menyebabkan aku terpusing. Tercelik aku dibuatnya.
"Dah maghrib, tak baik tidur waktu macam ni," ujar Daryan.
Dia mengelus pipiku lembut. Aku hanya mematung. Tak boleh bergerak, rasa macam kena sumpah. Sengaja dia dekatkan lagi wajahnya, automatik mataku terbeliak. Aku bangun mengejut. Dia turut sama bangun.
"Awak dah kenapa Daryan? Tak sampai sehari kahwin dah miang!" marahku. Boleh pula dia sentuh-sentuh aku. Geram betul!
"Garang betul. Itupun nak marah. Bukannya buat benda tak elok. Pegang pipi aje pun."
"Tak suka, geli."
"Oh geli ya. Tak apa nanti saya lah orang yang awak paling suka sentuh nanti. Entah-entah setiap masa minta dipeluk."
Aku buat muka mendengar ujarannya. Tolonglah, selama ini elok sahaja aku hidup tanpa ada lelaki yang bergelar suami takkan sekarang dah ada suami tiba-tiba jadi manja.
YOU ARE READING
The Prodigy
RomanceThe German Twins Series Vol II (slow update) Known as Love Conquers All Atas sebab bersalah kerana telah mencederakan seorang perempuan tanpa sengaja di sebuah restoran, Allen Daryan telah membuat keputusan drastik untuk mengahwininya. Mahu dipendek...