BAB 12

145 13 2
                                    

"MAHKAMAH menjatuhkan hukuman mati kepada Aizat bin Jamal akibat kesalahan membunuh tunang bekas kekasihnya."

Setelah itu, mahkamah mula riuh dengan suara keluarga client aku yang mengucapkan syukur. Aku lihat Daryan yang duduk bersandar di kerusi penonton sudah tersenyum ke arahku sambil mengangkat tangan tanda bagus.

Tak sempat aku mahu pergi ke arahnya, ada seseorang yang memanggilku. Aku pusingkan badan ke belakang. Ada seorang wanita tua yang sudahpun mengalirkan air mata. Disebelahnya, ada Suhana iaitu client aku.

"Terima kasih cik. Mak cik tahu anak mak cik tak bunuh tunang dia. Tunang dia baik sangat, takkanlah anak mak cik tergamak nak bunuh orang. Terima kasih. Terima kasih sangat-sangat. Mak cik tak tahu nak balas jasa cik macam mana lagi." Berkali-kali si ibu berterima kasih padaku sambil memegang tanganku. Air matanya masih tak berhenti mengalir. Hati aku mula terasa sayu bercampur terharu.

"Terima kasih cik. Ada rezeki kita jumpa lagi." Aku hanya mengangguk sambil tersenyum pada Suhana.

"Kami balik dulu. Terima kasih sekali lagi Cik Lana. Jom mak, kita balik."

Usai itu, aku menghantar pemergian mereka dari jauh. Lega apabila semua sudah berakhir. Orang tak bersalah sememangnya tak akan bersalah. Barang-barang aku kemas dan melangkah keluar dari bilik perbicaraan.

"You won the case," kata Daryan saat kami berdua menuruni anak tangga.

"I know," jawabku malas.

"That's my girl."

"Siapa girl awak hah?" Aku berhenti melangkah. Automatik kepala pusing menghadapnya.

"Awaklah." Dia silangkan tangan ke dada. Yakin sangat nak jadikan aku girl dia. Aku pun tak ingin nak jadi girl dia. Geli aku.

"Hish! Merepek betul. Ha lagi satu, bukannya ada manfaat pun awak ikut saya hari ni. Baik awak duduk pejabat goyang kaki aje, kan senang macam tu. And you know nothing about law." Aku membidasnya dan ayat terakhir itu sengaja ucapkan untuk mengejeknya. Kini aku pula menyilangkan tangan di dada.

"Awak pandang saya sebelah mata. Saya ada degree in law." Dia kenyit mata ke arahku.

Aku rasa nak pitam dengar kenyataannya tadi. Dia... dia ada degree in law!? Macam mana... Bukan ke dia pelajar business?

Kata-kataku semua mati. Tak tahu nak balas apa lepas dia cakap macam tu. Itulah tadi riak sangat, sekarang dah terkunci mulut. Panas terik langsung tak membuatkan aku bergerak walaupun seinci. Masih lagi nak proses kenyataan dia yang satu itu tadi.

"I'm more capable than that. Banyak lagi yang awak tak tahu pasal saya, Lana. You'll get to know me more, sooner or later."

"Saya tak tahu nak balas apa. Jadi, saya balas oh ajelah. Hehehe."

Dia dah tepuk dahi tatkala mendengar jawapanku dan aku rasa perbuatannya itu tadi comel. Aku pun tak sangka aku boleh jawab macam budak kecil yang baru boleh bercakap.

Entahlah, rasa keliru dengan diri sendiri. Sekejap rasa okey, sekejap rasa nak marah. Mood aku terlalu cepat berubah. Nampaknya aku perlu kawal perasaan bermula dari sekarang. Sekurang-kurangnya sebelum ia jadi makin teruk.

✾ ✾ ✾

AKU pusing ke belakang apabila terasa ada susuk tubuh yang mengekori langkahku. Nafas ditarik dalam-dalam dan dihembus kasar sebelum aku bercekak pinggang di hadapannya.

"Tak bosan ke ikut saya kehulu kehilir seharian? Dah tak ada kerja sangat ke?" soalku kehairanan. Seharian dia ikut aku. Aku pergi mahkamah dia ikut. Nak jumpa client pun dia nak ikut juga.

The ProdigyWhere stories live. Discover now