BAB 10

230 15 0
                                    

AKU tersedar dari lena saat cahaya mula masuk ke dalam mata. Dengan wajah yang berkerut menahan silau, aku bangun dari perbaringan. Tangan naik memicit dahi untuk menghilangkan rasa pening bersama mata yang separa terbuka akibat terlalu mengantuk.

Tiba-tiba aku teringat mimpi aku sewaktu tidur tadi. Mengapa kanak-kanak perempuan itu menyeksa diriku sedangkan aku tak punya salah dengannya? Kenal pun tidak, apatah lagi nak berdendam. Soalan itu aku tanya pada diri sendiri walaupun aku tak ada jawapannya.

"Alhamdulillah. Awak dah sedar. Saya risau kalau ada apa-apa jadi pada awak." Aku berpaling ke tepi tatkala suara itu menyapa gegendang telingaku. Aku pandang sekeliling dan termangu buat seketika.

Aku dalam bilik bos... tapi kenapa?

Dengan seorang manusia bernama Daryan pulak tu.

"Kenapa saya kat sini? Oh whatever, forget about it. That's not the point. Awak buat apa dekat pejabat saya? Dan yang paling penting macam mana awak tahu ni pejabat saya?" soalku bertalu-talu. Dah macam machine gun pun ada tapi aku kena tanya juga sebab aku nak tahu.

"Awak tak ingat ke?" Soalan berbalas soalan.

"What do you mean? Tak apalah, saya memang cepat lupa benda yang tak penting."

"Awak sedar tak yang awak pengsan lepas bergaduh dengan client tadi dan awak boleh pandang remeh sampaikan cakap perkara tu tak penting?" Tegas suaranya kedengaran. Aku pandang dia pelik. Tiber nak marah orang ni dah kenapa?

"Yang awak nak marah sangat ni kenapa? Saya okey aje lah. Tak mati lagi ni ha, sihat walafiat."

"Lana! Cuba awak serius sekejap."

"Saya seriuslah ni! Awak ingat saya main-main ke? Dah lah, baik awak balik aje. Saya tak larat nak bergaduh dengan sesiapa buat masa sekarang."

Aku bangun dan bergerak ke arah pintu.  Balik lagi baguslah!

Tangan memegang tombol pintu dan dipulas dengan cepat, ingin keluar dari bilik bos. Langkahku mati tatkala suaranya sekali lagi kedengaran. Badan kembali dipusingkan untuk melihat susuk tubuhnya.

"Awak pengsan. Muka berpeluh dan awak meracau waktu pengsan. Awak ada mimpi benda bukan-bukan ke?"

"Mind your own business please. Orang luar tak layak tahu apa masalah saya. Kita bukannya kawan. Kita cuma orang asing yang pernah bertembung beberapa kali sahaja. Sila fahamkan dalam kepala otak awak."

"Awak yang nak marah saya sekarang ni. Saya cuma nak tanya keadaan awak aje. Salah ke seorang bos nak tahu tentang pekerja dia?"

"Wait. What do you mean?"

"Ya, macam yang awak fikirkan sekarang ini. Saya bos awak. Pemilik sebenar AD's Lawfirm. Kak Amanda hanya seorang CEO yang menggantikan saya selama ni. I have to reveal the truth right now. It's all because of you."

"Sekarang ni awak nak letak salah atas bahu saya?"

"Saya pun tak nak bergaduh, Lana. Anggap sahaja perbualan kita hari ini tak wujud. Lupakan semuanya. Dah jom keluar, saya belanja semua orang pizza hari ini." Aku terdiam sendiri dan melangkah keluar.

✾ ✾ ✾

"LANA... Tak makan ke? Banyak lagi pizza ni," tegur Misya tiba-tiba.

Semua orang pandang aku disebabkan teguran Misya itu tadi. Aku senyum tipis dan ambil satu keping pizza. Perlahan-lahan aku kunyah sambil mata melirik ke arah Daryan yang berada di hadapanku.

Dia begitu sibuk dengan telefon sampaikan nak pandang aku pun dia tak sudi agaknya. Bercakap pun tak selepas kami bergaduh kecil tadi. Dan aku tiba-tiba dihurung dengan rasa bersalah. Aku terlalu beremosi dan hampir marah dia.

The ProdigyWhere stories live. Discover now