MALAM ini adalah makan malam syarikat yang dianjurkan oleh syarikat keluarga Daryan. Daryan menyuruh pemandunya mengambil aku di rumah. Katanya senang nak hantarkan aku balik sebab perempuan tak elok memandu seorang diri waktu malam.
Sampai sahaja di hotel mewah tempat majlis ini akan diadakan, aku berdiri di sebelah pintu masuk. Mahu menunggu Danyra.
Mata memerhati kawasan luar hotel ini sambil meneguk liur yang terasa kelat. Walaupun aku mampu untuk menetap di hotel ini tetapi harganya terlalu mahal. Tengok dekorasi luaran sahaja dah tahu yang ini memang tempat untuk orang kaya.
Seketika, aku nampak kelibat Danyra yang begitu menawan dengan dress labuh yang meleret. Dia berlari anak menghampiriku. Aku tersenyum. Comel Danyra ni. Patut pun Daryan selalu kutuk dia.
"Cantik kau pakai dress ni. Pandai jugak abang aku pilihkan dress perempuan. Special for his lover..." Dia berbisik halus di telingaku.
Bukannya aku tak pilih dress yang aku mahu tapi harganya tahap kayangan. Jadi aku cakap aku tak nak mana-mana dress pun semasa di butik mewah itu tempoh hari. Dan tiba-tiba sahaja Daryan belikan untuk aku. Sebersalah juga aku dibuatnya walaupun dia cakap dia tak kisah.
"Merepek aje kau ni. Dah la jom pergi lobi."
"Alele, nak alih topik la tu." Dia senyum sambil mencucuk lenganku dengan kedua belah jari telunjuknya.
Aku alihkan kepala dan memandang ke arah lain. Laju kaki meninggalkan Danyra seorang diri di situ.
Terlalu ralit aku melihat dekorasi dalaman sehingga tidak sedar namaku diseru. Lantas aku pusingkan wajah ke belakang. Kelihatan Daryan yang segak memakai suit hitam dan kemeja putih.
"Kenapa awak pandang saya macam tu?" soalku hairan. Dia pandang aku tak lepas sambil tersenyum.
"Yellow looks good on you. Well, I did a good job," katanya tiba-tiba. Nampak sedikit riak di situ tapi tak apalah. Soalan aku tadi langsung tidak berbalas.
"Riaknya awak ni. Malas nak layan."
"Bukan riak tapi kenyataan. Jom saya kenalkan awak pada Darrien, bakal adik ipar saya."
"Danyra nak kahwin?" Mataku membulat. Daryan hanya mengangguk sebagai balasan.
Terkejut. Boleh culture shook aku kalau macam ni. Banyak betul kejutan sejak aku tahu yang mereka berdua adik-beradik kembar.
Aku mengikut langkah Daryan dari belakang. Dari jauh aku sudah nampak Danyra sedang berbual-bual dengan seorang lelaki. Itulah bakal suami dia kut, yang keluar shopping sekali tempoh hari. Daryan berjabat tangan dengan Darrien.
"Tengok tu, ada orang tu guna handbag mahal dia. Lepas dapat handbag baru terus dia sengih-sengih. Macam orang gila aje aku tengok." Daryan pandang Darrien sambil mulutnya sibuk mengata adik sendiri.
Danyra dah ketap bibir dan matanya bagaikan ada api. Tanda Danyra akan meletup tak lama lagi. Darrien masih beriak selamba dan tenang. Dia kut yang bagi Danyra handbag mahal tu.
"Lana, jom saya kenalkan awak dekat mummy dan daddy saya," ajak Daryan. Aku agak dia sengaja ingin alihkan topik. Aku angguk dan mula membuntuti langkahnya.
Dalam hati dah berdebar macam nak tercabut jantung. Kebiasannya, orang kaya tak suka bila anak lelakinya berkawan dengan perempuan biasa-biasa. Namun aku tetap berfikiran positif.
Harap-harap semuanya akan okey, InsyaAllah.
Aku menunduk saat berlaga mata dengan Puan Sri Darya dan Tan Sri Ahmad Dafiq iaitu ibu dan bapa Daryan. Tika ini jantungku mula mengepam darah dengan lebih laju. Tak semena-mena tangan aku juga mula menggigil.

YOU ARE READING
The Prodigy
RomanceThe German Twins Series Vol II (slow update) Known as Love Conquers All Atas sebab bersalah kerana telah mencederakan seorang perempuan tanpa sengaja di sebuah restoran, Allen Daryan telah membuat keputusan drastik untuk mengahwininya. Mahu dipendek...