SAMPAI di tingkat teratas bangunan ini, dahiku berkerut melihat pekerja-pekerja kelihatan takut. Tapi kenapa? Perlahan-lahan aku mendekati mereka yang berkumpul setempat itu.
"Cik Lana! Terkejut saya. Lain kali bagilah salam dulu," katanya sambil mengurut dada.
Gadis muda di depanku ini nampak sangat terkejut. Salah aku juga sebab aku sergah dia dengan menepuk bahunya secara tiba-tiba.
"Sorry May. Tapi ada apa semua berkumpul ni?" soalku bersama kening yang terjongket sebelah.
"Masalah besar sebab Cik Danyra mengamuk teruk hari ini. Kami semua lalu depan pintu bilik dia pun dah rasa aura seram. Saya yang PA dia pun tak sanggup nak bersemuka dengan dia, apatah lagi orang lain. Puncanya..."
Tak sempat May nak habiskan kata-katanya, bunyi hentakan bergema di seluruh aras ini. Semua dah ketar lutut cuma aku masih beriak biasa. Faham dengan perangai Danyra yang baran dan kuat melenting itu.
Aku berjalan menuju ke bilik Danyra. Panggilan orang lain aku hiraukan. Aku dah biasa dengan Danyra, jadi aku tak takut. Pintu biliknya aku ketuk dan masuk dengan selamba.
"I dah cakap kan, buat kerja elok-elok! Disebabkan silap you seorang, orang lain pun terpalit sama. Sekarang ni cuba you cadangkan cara nak selesaikan masalah ni!" Kuat suara Danyra menjerkah seorang pekerja lelaki.
Aku hanya selesa memerhati sambil bersandar di pintu. Nampaknya Danyra belum sedar akan kehadiranku.
"Sa... saya minta maaf cik Danyra. Saya jan... ji saya tak akan ulang kesilapan ini lagi." Tersekat-sekat suara lelaki itu menjawab. Kepalanya menunduk ke bawah, merenung lantai.
"Maaf, maaf, maaf. Itu aje yang you tahu. Ini bukan kali pertama tau, tapi dah lebih tiga kali! Kalau I tak ada sifat perikemanusiaan, dah lama I pecat you. Menyusahkan!" Sekali lagi meja itu menjadi mangsa hentakan tangan Danyra.
"Ambil balik proposal ni dan cari silap you sendiri! I tak nak bagitahu mana silap you. Tak tahu tanya orang lain, jangan jadi bodoh sombong. Dah berpuluh kali ajar pun tak reti-reti lagi. Dah keluar!" Kertas kerja itu dilempar tepat ke muka lelaki itu. Terbongkok-bongkok dia mengutip helaian kertas yang jatuh. Kemudian dia bergegas keluar sambil menunduk.
"Okey ke tu?" soalku, sengaja nak mengusik. Padahal dah terang-terang member baru lepas mengamuk. Aku labuhkan duduk di atas sofa yang tersedia.
"Oh Lana... Bila kau masuk? Sorry, tak perasan kau masuk tadi." Aku dengar Danyra mengeluh perlahan sambil memicit dahinya. Dia dah pun tersandar di kerusi kerjanya itu.
"Dah lama, masa kau mengamuk tadi rasanya," balasku sambil tayang muka selamba. Dah biasa kalau Danyra mengamuk. Ini bukan kali pertama aku tengok dia mengamuk.
"Ni yang kau minta hari tu. Aku dah dapat." Aku hulurkan satu sampul surat berbentuk A4 kepada Danyra tatkala dia duduk di hadapanku.
Segera dia ambil sampul itu dan membukanya. Helaian kertas itu diperhati satu per satu sehinggakan dahinya berkerut-kerut.
"Aku dah agak. Memang dari awal lagi aku rasa tak sedap hati dengan budak tu."
"Kau nak buat apa dengan dia. Nak saman ke?" Aku menyoal perlahan. Takut ada manusia curi dengar.
Danyra ni nampak aje dia selamba, tak ambil tahu hal orang dan suka cari pasal... tapi hakikatnya dia licik. Semua benda dia tahu. Diam-diam ubi berisi lah orang kata.
"Sort of. Tapi aku tak nak saman lagi. Aku nak tengok dulu sejauh mana dia nak main game ni." Aku lihat bibir Danyra mula menyenget. Senyum sinis.
YOU ARE READING
The Prodigy
RomanceThe German Twins Series Vol II (slow update) Known as Love Conquers All Atas sebab bersalah kerana telah mencederakan seorang perempuan tanpa sengaja di sebuah restoran, Allen Daryan telah membuat keputusan drastik untuk mengahwininya. Mahu dipendek...