CHAPTER 2

66 5 0
                                    

Fez membuka pintu bilik wad itu.Keningnya diangkat.Di mana gadis itu?Katilnya kemas.Elok saja tersusun bantal di atas katil itu.

"Encik?Ini untuk Encik."Tegur seorang jururawat.Sehelai kertas kecil dihulurkan bersama dengan seutas rantai.

"Siapa bagi ni?"Tanya Fez keliru.

"Cik Amanda.Dia dah discharge pagi tadi."

Fez mengangguk.Jururawat itu terus pergi selepas memberikan kertas kecil itu.

Thank you untuk bil dan baju.Rantai tu sebagai ganti duit kau.

Amanda

Fez mengeluh.Menyesal pula dia tak melawat gadis itu semalam.Rantai di tangannya dilihat sekilas sebelum memasukkannya ke dalam poket seluar.




Amanda memegang perutnya.Lapar.Dari tadi dia duduk di bangku ini sambil menikmati angin yang menyapa di pantai ini.Tenang sungguh rasanya.Tanpa disedari,hari kian gelap.Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam.

Tiba tiba datang sekumpulan lelaki menghampiri Amanda.Amanda cepat cepat beredar.Dia tak mahu kejadian hari itu berulang lagi.Dia boleh saja berlawan.Tapi dengan keadaan dia yang lemah sekarang,dia tak boleh.Tak pasal pasal bertambah luka di badannya nanti.

Salah seorang daripada mereka sangat pantas berlari.Dia merentap dengan kasar tangan Amanda.Sekelip mata gadis itu berada di dalam dakapan lelaki itu.

"Lepaskan aku!"

Amanda meronta ronta.Badannya yang sakit itu hanya dihiraukan.Tak guna punya lelaki.Kalau dia tak lemah sekarang ini,mati lelaki itu dia kerjakan.

"Woi!Kau tak serik serikkan?Nak aku patahkan leher kau macam bulan lepas ke hah?!"Jerit satu suara.Lelaki itu melepaskan Amanda.Mereka terus berlari.

Nampaknya,sekumpulan lelaki itu kenal dengan lelaki ini.Melalui percakapannya saja Amanda sudah tahu.Amanda berdiri dengan bantuan lelaki tersebut.

"Amanda?Kau buat apa kat sini?"Tegur Fez.Malam malam macam ni merayau dekat pantai.Bahaya.

Amanda berhenti mengibaskan pakaiannya yang terkena pasir tadi.Kepalanya menoleh kearah lelaki tersebut.

"Ouh...it's you."

Tak sangka pula terjumpa dengan lelaki yang menolong dia di sini.

"Rumah kau kat mana?Aku hantar kau balik."

Amanda terdiam.Rumah?Dia tak ada rumah.

"A-Aku tak ada rumah."

Fez mengerutkan dahi.Tak ada rumah?

UNLUCKY Where stories live. Discover now