CHAPTER 9

32 3 0
                                    

Gaun itu sudah di pakai oleh Amanda di fitting room.Dia memang akui yang gaun itu sangat cantik.

Flashback

Amanda membuka pintu bilik Edrian.Sejak pagi tadi dia tidak melihat kelibat lelaki itu.Kelihatan Edrian sedang membuat sesuatu di atas mejanya.

Dia menghampiri lelaki itu sebelum memeluk leher Edrian.

"Buat apa tu?"Soalnya.Edrian melemparkan senyuman manis kepada Amanda.Tangan gadis itu ditarik supaya duduk di atas pehanya.

"Saya tengah lukis design dress awak.Saya baru je siap lukis.What do you think?"

Amanda melihat lakaran gaun itu.Cantik.Serta merta bibir gadis itu mengukir senyuman.

"Actually,awak tak payahlah susah susah lukis design ni untuk saya.Nanti kita boleh je pergi butik lepastu pilih dress yang sesuai untuk saya.Menyusahkan awak je."Balas Amanda perlahan.Edrian menggelengkan kepalanya.

"Tak menyusahkan pun,sayang.Saya nak awak nampak special bila pakai gaun tu nanti.Well,saya yang buat design ni untuk awak.Hanya awak je boleh pakai.Alright?"

Amanda mengangguk sambil tersenyum.Dia tak sabar nak kahwin pada dua bulan akan datang.Rasa nak kahwin sekarang pun ada.

End of flashback

Gadis itu mengeluh lagi.Air mata di tubir diseka perlahan.Itulah antara kenangan indah dalam hidup dia.

"Gosh!You are so gorgeous! I sukalah design ni! Memang cantik."Kata Emma,si pereka fesyen tadi.Gaun itu ditiliknya.

"Okey dah ni.Dah tak ada apa apa yang nak diubah.Saiz pun dah cun.Tak terlalu besar.Ngam je kat badan you."Sambungnya lagi.

"Unfortunately,I can't wear it at my wedding day."Balas Amanda dengan nada yang rendah.Emma turut rasa sedih dengan kata kata Amanda.Dia harap gadis itu terus bersabar.

"Tak apa,Amanda.Well,hmm...I tetap nak you jadi model majalah butik I. You dengan Ed dah sign contract dengan I."

Amanda mengeluh.Beberapa bulan yang lepas,Emma menawarkan mereka berdua untuk menjadi model majalah mereka setelah mereka berkahwin.Jadi,mereka berdua setuju saja.

Kalau dia tahu hal macam ni akan terjadi,dia tak akan bersetuju untuk menjadi model majalah tersebut.

"I okey je.Tapi,Edrian-"

Belum sempat Amanda ingin menghabiskan ayatnya,Emma memotong.

"Kawan you kat luar tu....he's fine tho.I like him.You cubalah bincang dengan dia.Manatahu dia nak.Bolehlah,ya?"Pujuk Emma.Amanda mengangguk saja.Nantilah dia cuba pujuk Fez.Manatahu lelaki tu nak.

-------

Fez mengelap rambutnya yang masih basah itu dengan kain tuala kecil di tangannya.Kata kata gadis yang menegur Amanda tadi masih terngiang ngiang di fikirannya.

Majlis perkahwinan gadis itu lusa tapi sudah dibatalkan?

Patutlah dia menangis macam orang gila sejak beberapa hari lepas.Tapi,hal itu terjadi selepas gadis itu pergi ke hospital beberapa hari lalu.Siapa yang dilawat oleh Amanda?Dia tertanya tanya.

Dia juga masih terfikirkan tentang kata kata Sylvia dua hari lepas.

"Fez,aku nak mintak tolong kau boleh?"Soal Amanda sebaik saja lelaki itu keluar dari bilik setelah memakai baju.

"Apa dia?"

"Aku nak mintak tolong kau jadi partner aku untuk photoshoot majalah butik perempuan tadi."

Fez mengangkat keningnya.Dia bersandar di dinding sambil meneguk air oren di dalam gelas.Gadis itu direnungnya.

Amanda mengeluh.

"Aku terpaksa mintak tolong kau sebab bekas tunang aku takkan datang photoshoot tu punya.Lagipun,aku dah sign contact.Kalau aku tahu benda ni akan jadi,aku takkan sign contact tu."Amanda merendahkan nadanya apabila menyebut ayat dihujung itu.

"Masa dekat kedai aiskrim tadi,aku dengar wedding day kau lusa.Kenapa kau putus tunang?"

Amanda menelan air liurnya.Kelat.Sudah tentu lelaki itu mendengar perbualan dia dan Emma tadi.

"Keluarga aku tak restu aku kahwin dengan dia."Nafi Amanda.Gila ke nak bagitahu hal sebenar?

Fez terus masuk ke dalam dapur setelah mendengar jawapan daripada gadis itu.

"Kau setuju tak?"Soal Amanda dari ruang tamu.

"Tengoklah macam mana."

Amanda harap lelaki itu setuju nanti.

UNLUCKY Where stories live. Discover now