Fez dan Amanda baru sahaja tiba di hadapan perkarangan Villa yang dihadiahkan Lucia kepadanya.Amanda membuka pintu Villa itu sebelum melangkah masuk ke dalam.
Fez hanya mengikuti langkah gadis itu.
"Kau tengok tengoklah Villa ni.Aku nak tengok kawasan belakang Villa kejap."Ujar Amanda.Fez hanya menurut.Dia pun belum tengok kawasan Villa ini sebenarnya.
Fez kemudiannya berjalan kearah tangga.Namun,matanya tertancap pada lif yang terletak tidak jauh dari situ.Eh,ada lif.Fez mengangkat keningnya.Rasanya,tak salah kalau dia naik lif kan?
Dia terus menghayunkan kakinya kearah lif tersebut.Butang nombor 2 ditekan.Lif tersebut mula bergerak.
Pintu dibuka apabila sudah sampai di tingkat 2.Fez segera keluar.Dia nak mandi.Badan dia rasa lesu pula.Lagipun,dia belum mandi lagi.
Tidak jauh darinya,terdapat sebuah bilik mandi yang agak besar.Dindingnya pula transparent.Fez mengangkat keningnya.Pelik betul cita rasa orang kaya.Kenapa bilik mandi tu transparent?Sudahlah bilik mandi ini berada di luar.Kalau dalam bilik tak apalah.
Hmm...apa apa sajalah.Di dalam bilik mandi itu sudah ada kain tuala.Lebih baik dia mandi terus.
Amanda menaiki tangga ke tingkat atas.Dia mencari kelibat Fez.Telinganya dapat mendengar bunyi pancuran air yang datang dari bilik mandi.Fez mandi ke?
Dia segera menghampiri bilik mandi yang berada tidak jauh darinya.Amanda membesarkan matanya.Bibirnya diketap.Dia tak pernah tengok body Fez secara menyeluruh macam tu.
Amanda mengetuk pintu bilik mandi itu.Eh,pintu pun tidak dikunci?Teruk betul Fez ni.Sudahlah mod gelap tidak diaktifkan.Fez ni memang sengaja ke apa?
Bibirnya tersenyum nakal.Dia menolak pintu bilik mandi.Tubuh Fez yang membelakanginya itu dipandangnya.Lelaki itu hanya menggunakan boxer.
"Fez."Panggil Amanda.
Fez menoleh.Dia sedikit terkejut.
"Kau memang sengaja nak suruh aku tengok kau mandi ke apa?"Tanya Amanda sambil mengangkat kening.
"Hm?Mana ada.Bilik mandi ni memang transparent.Aku tak berani nak masuk bilik suka hati je.Yalah,ni bukan rumah aku."
Amanda menggelengkan kepalanya.
"Apa pulak bukan rumah kau?Ini pun rumah kau la.Janganlah cakap macam tu.Lagi satu sayang.Bilik mandi ni memang transparent tapi kita boleh aktifkan mod gelap.Macam ni."Amanda mengetuk dinding kaca itu sebanyak dua kali.Maka,dinding kaca itu berubah menjadi warna kelabu.
Fez tersentak.Kepalanya yang tidak gatal itu digaru.Amanda sudah ketawa di depan pintu itu.Lawak betullah Fez.
"Dahlah pergi sambung mandi.Nanti pergi pakai baju dekat bilik sebelah.Banyak baju dalam almari yang aku jumpa tadi.Oh ya,your body looks so damn hot sayang."Ujar Amanda sambil menggigit bibirnya sebelum dia keluar.Dia sengaja nak usik Fez.
Fez hanya berdiri kaku di situ.Dia terkejut dengan kata kata yang dilontarkan oleh Amanda.Dia tahu gadis itu masih ada keinginan untuk bersama dengannya walaupun Amanda tidak bercakap mengenai hal itu.
Fez menghela nafas berat.Dia harap dia boleh tunaikan keinginan Amanda.Tapi,dia tak boleh.Dia bukannya lelaki yang sempurna buat gadis itu.Andai suatu hari nanti Amanda sudah tahu tentang kisah silam dia,dia percaya gadis itu akan meninggalkan dia.
-----
Selesai memakai baju,Fez terus turun ke bawah untuk mencari Amanda.Kelihatan gadis itu sedang khusyuk menonton televisyen.Jam menunjukkan pukul 11 pagi.Lebih baik dia memasak.Tidak lama lagi pukul 12.Sebelum itu,dia nak minta kebenaran dengan Amanda dahulu.Mana boleh guna dapur orang sesuka hati.
YOU ARE READING
UNLUCKY
Romance"Kau dah rosakkan rancangan kita!Kita dah gagal Amanda!Ini semua disebabkan kau!"Kata seorang lelaki.Mata kelabunya tajam merenung gadis itu. Hanya disebabkan satu kesalahan dia dihalau oleh keluarganya. Dia hilang tempat bergantung. Tunangnya,yang...