CHAPTER 5

44 4 0
                                    

"Kau ke yang beli barang ni?Banyaknya."Soal Fez sambil melihat barang barang yang dibeli oleh Amanda di dalam beg plastik itu.

"Haah.Aku jual rantai aku tadi.Bolehlah belikan barang untuk kau.Kalau kau perlukan apa apa cakap je dekat aku.Aku boleh belikan."

Fez hanya mendiamkan diri.Amanda hanya mengangkat bahunya.Memang dari awal lelaki itu tidak gemar bercakap.Matanya kembali menonton cerita yang bermain di televisyen.

"Aku ada belikan minyak untuk kau tadi.Mungkin boleh hilangkan sakit tu."Kata Fez sambil menghampiri Amanda yang berada di ruang tamu itu.Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Amanda.

Amanda mengangkat keningnya.Aduhai,lelaki ini baik sangat dengan dia.Hm...untung siapa girlfriend Fez.Dia mesti jaga betul betul punya.

"Susah susah je."Ujar Amanda perlahan.

"Pusing belakang.Aku sapukan minyak ni."

Fez hanya mengabaikan kata kata Amanda.Dia cuma kesiankan gadis itu.

Amanda menurut sahaja.Dia terus memusingkan belakangnya.

Dia tahu lebam tu sakit.Dia sedaya upaya untuk menahan tangannya daripada tertekan lebam itu.

"Tak lama lagi hilanglah kesan birat ni.Lebam kau pun dah nak baik."Ujar Fez.Dia masih tertanya tanya.Apa yang sudah terjadi kepada lelaki itu.Tapi,memandangkan Amanda enggan bercerita kepadanya,dia mendiamkan diri saja.

"Okey."

-------

Keesokannya,Fez bangun sedikit lewat sebab tidak bekerja.Hari ini hari minggu.Jadi,supermarket tutup.

Jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi.Tiada tanda tanda Amanda sudah bangun.Dia hanya membiarkan saja.Lebih baik dia sediakan sarapan pagi.

Tidak lama kemudian,Amanda masuk ke dalam dapur sambil membawa tualanya.

"Good morning."Ucap Amanda dengan keadaannya masih lagi mengantuk itu.Dia tak boleh tidur semalam.

Fez hanya mengangguk.

Amanda terus masuk ke dalam bilik mandi.Boleh tahan sejuk air pagi itu.Namun,dia tetap membilas badannya dengan air.

Selepas mandi,Fez mengajak dia bersarapan di atas meja.Gadis itu terus duduk di atas kerusi tanpa memakai baju dulu.Hanya kain tuala saja yang membaluti badannya.

Fez meneguk air liurnya.Dia menundukkan pandangan.

Air teh di dalam cawan diteguk Amanda perlahan sebelum mengunyah roti bakar di dalam mulutnya.Dia merenung kearah Fez.Lelaki itu sudah banyak menolong dia.Dia terhutang budi dengan lelaki itu.Tunggu sajalah bila dia dapat membalas jasa lelaki itu nanti.Dia akan berikan saja apa lelaki itu mahukan.

Kalau tak disebabkan lelaki itu,hidup dia mungkin tidak tentu arah.

"Fez,kau tak kisah ke kalau aku duduk rumah kau lama lama?"Tanya Amanda.Fez mengangkat kepalanya.

"Tak."

"Aku terhutang budi dengan kau,Fez.Terima kasih."Ucap Amanda sambil tersenyum ikhlas.Fez hanya mendiamkan diri.

UNLUCKY Where stories live. Discover now