CHAPTER 20

42 3 0
                                    

Amanda melangkah masuk ke dalam rumah.Kelihatan Fez sedang menonton televisyen di ruangtamu.

"Ouh,Amanda.Tadi,Lucia datang.Dia suruh kita berdua datang ke majlis kahwin diorang tak lama lagi."Ujar Fez sebaik saja gadis itu masuk ke dalam rumah.

Amanda mengerutkan dahinya.Majlis kahwin?Lucia nak kahwin dengan siapa?Setahu dia gadis itu tak ada teman lelaki.

"Ni kad yang dia bagi."

Amanda mengambil kad itu dari tangan Fez.Nama pengantin lelaki dilihatnya.

Asher Marlique Riguez Smith

Amanda tergamam.

Patutlah.

Patutlah Asher melayan Lucia dengan baik.Tak pernah marah dia walau apa pun yang gadis itu lakukan.Asher selalu sokong apa yang gadis itu nak buat.

Sewaktu Lucia mendapat tawaran untuk ke luar negara,Mama dan Asher siap beli rumah lagi untuk Lucia tinggal di sana.

Dia pula?

Dia ada juga dapat tawaran ke luar negara.

Tapi,Asher tak benarkan dia sambung belajar.

Katanya,dia akan menyusahkan mereka.

Akhirnya,cita citanya untuk menjadi seorang doktor terkubur sahaja.

Senang cerita,si anak angkat itu mendapat layanan yang lebih baik daripada si anak kandung.

Sadis bukan?

Setitis air matanya jatuh pada kad itu.Amanda segera mengesat air matanya.

"Tak guna."Katanya sebelum melangkah pergi.

Fez mengeluh.Kenapa dengan Amanda?Apa yang membuatkan hati gadis itu begitu sakit sehingga dia menangis melihat kad kahwin itu?





Lepas Amanda mandi,dia terus berkurung di dalam bilik.Fez tertanya tanya.Apa yang membuat gadis itu sedih sangat lepas tengok kad kahwin tadi?

Fez menguak perlahan pintu bilik Amanda.Kelihatan gadis itu sedang baring di atas tilam membelakanginya.

"Kau tak nak makan?Aku dah panaskan lauk tadi."Kata Fez.Amanda mengubah posisinya dari baring kepada duduk di atas tilam.

"Kau makanlah.Kejap lagi aku makan."

Fez melangkah merapati Amanda.Dia duduk di hadapan gadis itu.

"Kau okey tak?"

"Aku okey.Aku cuma terkejut bila dapat tahu yang Lucia nak kahwin."Balas Amanda.

"Kau sepatutnya rasa happy sebab adik kau nak kahwin.Tapi,kenapa kau sedih?Ceritalah dekat aku.Manatahu aku boleh tolong hilangkan rasa sedih kau tu."

Amanda menghela nafas berat.Mata Fez direnung sedalam dalamnya.Tak salah kalau dia nak cerita dekat Fez.

"Lucia tu adik angkat aku.Dia nak kahwin dengan abang aku.Kau ingat lagi lelaki yang kita berdua jumpa dekat wayang hari tu?"

Fez mengangguk.

"Dia Asher.Abang kandung aku.Lucia pulak adik angkat aku.Dari kecik,aku tak pernah dapat layanan yang baik dari Mama.Aku seolah olah tak wujud dalam keluarga aku.Mama dengan Asher selalu ambil berat pasal Lucia.Lebih lebih lagi Asher.Dia tu baik sangat dengan Lucia.Apa yang Lucia nak,semua dia bagi."

Amanda menghentikan percakapannya buat seketika.Rambutnya dikuakkan kebelakang.Nafas ditarik sebelum dihembus perlahan.

"Mesti kau tertanya tanya selama ni.Aku mesti datang dari keluarga yang kaya.Ya,aku memang dari keluarga yang kaya raya.Tapi bukan aku.Hanya Mama,Asher dan Lucia.Mesti kau tertanya tanya kenapa aku benci sangat dengan Lucia tu kan sedangkan dia baik dengan aku.Aku benci dia sebab sepatutnya aku yang dapat layanan yang baik daripada Mama dan Asher.Bukan dia.Dia cuma anak angkat."

"Tak kira apa pun yang aku cuba untuk buat Mama dan Asher bangga dengan aku,diorang takkan ambil kisah.Hidup aku dengan Lucia tak sama.Lucia belajar dekat private school.Aku pulak belajar dekat sekolah biasa je.Sampai satu tahap,aku dapat anugerah kecermelangan dan aku ditawarkan belajar dekat luar negara.Tapi,Mama aku tak bagi aku masuk.Katanya,nanti aku menyusahkan dia.Jadi,aku tolak tawaran tu.Impian aku nak jadi doktor musnah macam tu je.Lepas habis sekolah,aku habiskan masa aku untuk bekerja sebagai pelayan dekat restoran.Kalau aku tak kerja,aku tak ada duit."

Amanda mengesat air matanya.Sungguh dia rasa tidak kuat bila dia bercerita pasal keluarganya.

"Aku tak sangka Asher dengan Lucia nak kahwin.Patutlah Asher layan dia baik baik je selama ni.Aku tak sangka selama ni diorang tu bercinta."

Amanda mengeluh.

"Kalau kau nak datang majlis tu,datanglah.Aku tak nak pergi.Aku tak rasa Mama dengan Asher nak tengok muka aku dekat majlis tu nanti."

Wajah Amanda merah akibat menangis.Entah mengapa Fez tiba tiba memeluk tubuh gadis itu.Hatinya tak kuat melihat Amanda menangis.Niatnya hanya nak menenangkan Amanda sahaja.

"Aku tak sangka ahli keluarga kau sanggup buat kau macam tu."Kata Fez.Dia tak sangka Amanda ada masalah begini selama ini.Tapi,apakah punca gadis itu dihalau dari rumah?Dia masih tertanya tanya.

"Jangan risau.Aku ada dekat sini."Sambung Fez lagi.

"Terima kasih."Ucap Amanda.Pelukan dieratkan.

UNLUCKY Where stories live. Discover now