CHAPTER 30

51 5 0
                                    

Amanda tersengih sengih.Wajahnya yang basah itu dilap dengan kain tuala kecil.Dia baru saja lepas mandi.Masih bertuala lagi.

Dia rasa happy semacam pulak lepas confess.Ya,sememangnya dia dah jatuh cinta dengan lelaki itu.

Dia sudah lupa semua masalah dia.Termasuklah Edrian.Sekarang ini dia nak fokus dengan Fez saja.

Air coklat panasnya diteguk perlahan.

"Hm?Kau belum pakai baju lagi?Pakailah baju dulu.Nanti kau sakit.Sekarang ni musim sejuk."Kata Fez apabila dia masuk ke dalam rumah.Amanda menoleh.Senyuman dilemparkan kepada lelaki itu.

"Okey.Oh ya,lepasni aku nak jumpa Scott."

Fez mengangkat keningnya.Tangan gadis itu diraih.

"Kau cakap kau sayang aku.Janganlah buat benda yang boleh buatkan aku cemburu.Kau selalu jumpa dia."Ujar Fez.Amanda tersenyum lagi.Nampaknya,Fez mula menerima dia walaupun pada mulanya dia tidak berapa setuju dengan hubungan ini.

"Kalau macam tu aku stay rumah jelah hari ni.Aku spend time dengan kau okey?"Balas Amanda lembut.Fez tersenyum.Tak sangka Amanda ni sebenarnya jenis yang dengar cakap.

"Aku gurau jelah.Pergilah keluar dengan dia.Aku tak larang pun."Fez membalas lalu mengusap rambut Amanda.

Amanda menumbuk perlahan perut Fez.

"Pandai bergurau ya?Tak apalah,sayang.Aku pergi lain kali je.Alright?Dahlah.Aku nak pakai baju dulu."

Fez tertawa kecil.Hatinya berdebar debar tatkala Amanda memanggilnya 'sayang'.

Mungkin dia patut menikmati masa masanya bersama Amanda selagi gadis itu tidak tahu siapa dia sebenarnya.Lagipun,dia akan cuba berterus terang dengan Amanda.Namun,bukan sekarang.

Kedengaran bunyi ketukan pintu.Fez segera membukanya.Dahinya berkerut.Tak ada orang pun.

Apabila dia hendak masuk ke dalam kembali,dia terlihat ada sampul surat berwarna coklat di bawah kakinya.Dia segera mengambilnya.

Di situ tertulis nama Amanda.Surat untuk Amanda?

"Apa tu?"Soal Amanda.

Fez menoleh.Hm?Belum pakai baju lagi?

"Entahlah.Tapi,ada nama kau kat sini."

Amanda mengambil sampul surat itu dari tangan Fez.Fez memeluk tubuh gadis itu dari belakang.Dia turut melihat isi di dalam sampul surat itu.

Amanda,

Ini hadiah daripada I.

No.12,Rosie Road,Gurinda.

-Lucia

Nota kecil itu dibaca oleh Fez dan Amanda.Kemudian,Amanda mengambil kunci di dalam sampul surat itu.

"Kunci apa ni?"Soal Amanda.Di nota kecil itu juga ada alamat.

"Tak apa.Esok kita berdua cari alamat ni.Kau pakailah baju dulu.Nanti kau sakit.Aku nak siapkan makan malam dulu,okey?"

Amanda anggukkan kepalanya.Kunci itu dimasukkan kembali di dalam sampul surat.







Keesokannya,Fez dan Amanda sama sama menuju ke alamat yang diberikan oleh Lucia.

Amanda memandang rumah di hadapannya.Rasanya,mereka berdua tak silap.Inilah rumahnya.

Lucia beri Villa ini kepada dia? Gila. Tak silap dia inilah Villa yang pernah keluar di televisyen beberapa hari lepas.Dia tak sangka Lucia membelinya.

Huh,mestilah dia boleh beli Villa mahal ini.Asher kan banyak duit.Mesti Lucia belikan Villa ini guna duit Asher.

Amanda memutarkan bola matanya.

"Kau nak tengok dalam Villa?"Soal Amanda kepada Fez.Kalau lelaki itu tak mahu,mereka boleh terus pulang sebab dia malas nak tengok dalam Villa.

"Kalau kau nak tengok,aku okey je."

Amanda menggigit bawah bibirnya.Kalau dia tengok sekejap pun tak ada masalah kan?Lagipun,dia tak merancang nak tinggal di sini.

"Kita tengok jelah."Amanda memberi kata putus.Fez angguk saja.

Mereka berdua sama sama masuk ke dalam Villa tersebut.Amanda memandang segenap ruangan Villa itu.

"Kau tinggallah dekat sini kalau kau nak.Lagipun,mesti kau rasa tak selesa tinggal dekat rumah aku kan?"Ujar Fez perlahan.Yalah,rumah dia kecil.Amanda menoleh.

"Kenapa kau cakap macam tu?Aku takkan tinggal dekat sinilah.Lagi satu,siapa cakap aku tak selesa tinggal rumah kau?Aku lebeh selesa tinggal dekat rumah kau. Aku ni bukannya jenis yang memilih sangat."Balas Amanda sambil mengenggam erat tangan Fez.

Fez hanya membalas dengan senyuman.

UNLUCKY Where stories live. Discover now