CHAPTER 3

55 2 0
                                    

"Masuklah."Kata Fez sambil menapak ke dapur.Amanda melihat segenap ruangan di dalam rumah itu.Rumah ini kecil.Masuk saja terus nampak dapur.

"Kau duduklah dulu.Aku nak mandi."

Amanda mengangguk.Setelah lelaki itu masuk ke dalam bilik mandi,dia terus melabuhkan punggungnya di atas sofa.

Setelah mandi,lelaki itu terus masuk ke dalam biliknya.Fez hanya menggunakan seluar pendek pada malam itu.Dia memandang Amanda yang berada di ruang tamu itu.

Kemudian,dia memandang sekilas pistol yang berada di atas meja kecil disebelah katilnya.Dia terjumpa pistol itu pada peha Amanda sewaktu membawanya ke hospital.Kebetulan,gaun yang dipakai oleh Amanda ketika itu terselak sedikit.Pistol itu diletakkan pada holster.

Gadis itu siapa sebenarnya?

Kenapa dia memiliki senjata api?

Amanda bukan calang calang orang.Hanya orang kaya saja yang mempunyai senjata api.Dan,tak semua orang kaya mempunyai senjata api.

Daripada berfikir pasal itu,lebih baik dia lihat lebam pada belakang badan Amanda.Agak teruk juga keadaan gadis itu sewaktu dikerjakan ke hospital.

"Amanda."Panggil Fez.Gadis itu menoleh.

"Sini kejap.Aku nak tengok belakang kau."

Amore hanya menurut.Dia tahu lelaki itu tidak akan mengapa apakan dia.Lagipun,lelaki itu sudah menolong dia beberapa kali.

Amanda duduk membelakangkan Fez.Fez mula menyelak belakang baju Amanda lalu membuka kain kasa yang membaluti tubuh gadis itu.

Banyaknya kesan lebam.Macam kena sebat saja.Kejam betul orang yang memperlakukan gadis itu seperti ini.

Fez menyentuh lebam itu dengan perlahan agar Amanda tidak berasa sakit.

"Sakit?"Tanya Fez.

"Tak sakit pun.Tak lama lagi baiklah tu."

Fez mengangguk perlahan.

"Kenapa dengan kau sebenarnya?Kena dera ke?"Fez membetulkan kembali kain kasa tadi sambil menunggu jawapan daripada Amanda.

Amanda terdiam.Lidahnya kelu untuk bersuara.

Fez setia menunggu jawapan daripada mulut Amanda.Tetapi,tiada tanda tanda gadis itu mahu menjawab soalannya.

Pistol di belakangnya diambil lalu diberikan kepada Amanda.

"Kau punya kan?"

Amore mengangkat kepalanya dari menunduk.Ouh...pistol itu.Perlahan lahan pistol itu diambil.Tetapi,diberikan kembali kepada Fez.

"Simpankan untuk aku boleh?"

Fez mengangguk.Pistol itu diletakkan di dalam rak.Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam.Rasa mengantuk pula.

"Kau tidurlah.Aku tidur kat luar."

Fez mengambil bantal dan selimut miliknya lalu hendak dibawa keluar.Belum sempat lelaki itu ingin melangkah ke luar,Amanda menahan lengan lelaki itu.

"Eh,tak apa.Aku tidur kat luar."

Takkanlah dia nak suruh lelaki itu tidur di luar?Ini rumah dia kot.Sudahlah dia diberi makan secara percuma.Kini,diberi tempat tidur selesa pula.

Lelaki itu hanya mengabaikan Amanda.Pintu bilik ditutup sebelum melangkah keluar.

UNLUCKY Where stories live. Discover now