CHAPTER 11

40 2 0
                                    

"Amanda,bila photoshoot tu?"Tanya Fez sebaik saja dia keluar dari dapur.Amanda yang sedang khusyuk menonton televisyen itu menoleh kearah Fez.

"Esok.Kalau kau sibuk,tak apa.Aku tak paksa.Nanti aku bagitahu Emma."Amanda tidak mahu lelaki itu terpaksa ikut photoshoot tu.Lagipun,dia malas nak ganggu Fez.Dia tahu lelaki itu sibuk bekerja.

"Aku ikut.Aku ambil cuti esok."Balas lelaki itu pendek.Amanda angguk saja.Syukurlah lelaki itu mahu membantu dia lagi.





Keesokannya...

Fez dan Amanda sudah tiba di butik Emma seawal pukul 8 pagi.Dari jauh Amanda melihat sekumpulan lelaki lengkap dengan baju kot menjaga di luar butik.

Huh?Apa yang orang orang Smith buat di sini?

Apabila dia masuk ke dalam,dia sangat terkejut apabila terlihat Edrian dan Sylvia berada di dalam.Fez juga terkejut melihat Sylvia.

Kelihatan Sylvia sedang memakai gaun milik Amanda.Dia menilik badannya di cermin.Bibirnya tersenyum sinis tatkala melihat Amanda berada di belakangnya.Dia memusingkan badannya.

Amanda mengenggam erat tangannya.Tak guna.Emma yang berada di tepi itu tidak mahu masuk campur.Jadi dia diamkan diri saja.

"Kau buat apa kat sini?"Tanya Edrian kepada Amanda yang baru saja keluar dari fitting room.Dia baru saja menyarung baju kotnya di dalam bilik itu.

Lelaki itu memandang Amanda dengan wajah yang tiada perasaan.

Mata Amanda melihat Edrian dan gaun itu silih berganti.Dia memberi pandangan simpati kepada Edrian.Edrian bagi gaun itu kepada Sylvia?

"I rasa dia ada dekat sini sebab photoshoot tu."Jawab Sylvia.Matanya memandang Amanda dari atas ke bawah.

"Tell her,Emma.Orang macam dia ni tak layak masuk majalah butik kau.Tak pernah dibuat cerita orang miskin macam dia ni jadi model.Lagipun,gaun ni sesuai dipakai untuk orang kaya je.Baru ada class."

Emma hanya mendiamkan diri sambil menunduk.Kata kata Sylvia memang menyakitkan hati.Namun,dia malas nak ambil kisah.Apa yang dia kisahkan ialah Edrian.Sedikit pun lelaki itu tidak mempertahankan dia.

"J-Jom balik."Ujar Amanda perlahan.Fez menurut.Dia membuntuti langkah Amanda menuju ke pintu butik.

Fez mengeluh.Dia kesian dengan Amanda.Kenapa bekas tunang dia dan Sylvia tergamak berbuat sedemikian?Mereka tiada perasaankah?

"Sorrylah.Susah susah bawak kau datang sini.Aku tak tau pulak jadi macam ni."Kata Amanda.Sejujurnya,dia tak sangka Edrian bagi gaun itu kepada Sylvia.Dia ingat nak simpan gaun itu sebagai kenangan.Tapi,lain pulak yang jadi.

"Eh...tak apa.Aku pun tak sangka pulak jadi macam ni.Kau okey tak?"

Amanda mengangguk kepalanya perlahan.Mesti Fez risau dengan apa yang baru sahaja berlaku tadi.

"Aku okey."




Angin malam sangat sejuk malam ini.Amanda duduk di luar rumah sambil memerhatikan bintang di langit.Dia mengeluh lagi.

"Kalau kau nak kongsi masalah dengan aku,aku tak kisah.Aku tengok apa yang kau tengah hadap sekarang macam berat je."Kata Fez yang berdiri di muka pintu itu.Dia dah lama di situ sebenarnya.Cuma dia malas nak tegur Amanda dulu.

Lagipun,lepas apa yang dah jadi di butik tadi dia rasa fikiran gadis itu terganggu lagi.Entah kenapa dia ambil berat sangat dengan gadis itu.

Amanda menoleh.Bibirnya tersenyum nipis.

"You sure?Of course.Duduklah sebelah aku.It would be easier for me to talk to you."Balas Amanda.Tiba tiba dia rasa bersemangat pula ada orang sudi dengar masalah dia.

Dia hanya perlukan pendengar.

Dia tak nak pendam.Tak kisahlah Fez tu siapa.Walaupun mereka baru saja kenal,dia selesa dengan lelaki itu.

Fez duduk di sebelah gadis itu.Dia sedia untuk mendengar.

"Lelaki dekat butik tadi sebenarnya,bekas tunang aku,Edrian.Aku putus tunang dengan dia sebenarnya bukan sebab keluarga aku tak restu hubungan kitorang.Tapi,sebab dia dah ada perempuan lain.As you can see masa dekat butik tadi.Perempuan tu nama dia Sylvia,sepupu aku.Aku tak sangka pulak dia tikam belakang aku."

Amanda menarik nafasnya.Kemudian dia menghembuskannya perlahan.Dia rasa sebak.

"Lepas aku kena halau,aku ingat Ed akan bela aku.Tapi tak.Aku silap.Ed dah tak nak aku.A-Aku dah tak ada apa apa Fez.Tak ada sesiapa nakkan aku."

Air mata gadis itu mula jatuh.Amanda segera mengesatnya.

Fez mengusap belakang gadis itu perlahan.Dia bersimpati atas apa yang dah terjadi kepada gadis itu.Dia tak sangka Edrian tergamak buat macam tu.

"Aku masih cintakan dia,Fez.Tapi,aku tau aku tak boleh bersama dengan dia lagi.Aku nak move on.Tapi,aku tak boleh lupakan dia."

Fez mengeluh.

"Amanda,move on ni bukan melupakan dia ataupun benda yang dah jadi.Kau kena terima benda yang dah jadi dan teruskan hidup.Tak ada guna kau kenangkan orang yang dah buang kau.Lebih baik kau fokus dengan hidup kau sekarang."Fez memberikan nasihat kepada Amanda.Gadis itu masih lagi menangis.

UNLUCKY Where stories live. Discover now