Dari tadi Amanda tidak berhenti menangis.Sesekali dia mengesat air matanya.
Fez meletakkan secawan air coffee panas di hadapan gadis itu.
"Minumlah.Tak adalah tekak kau sakit nanti."
"T-Thank you."Ucap Amanda.
Jika difikirkan kembali,apa sebenarnya yang berlaku kepada gadis itu?
"A-Aku dah tak ada sesiapa dah dalam hidup aku,Fez.Semua orang buang aku.Besar sangat ke kesalahan aku sampaikan diorang buang aku macam ni?"Kata Amanda tiba tiba.Fez memandang sayu kearah gadis itu.Dia tak tahu nak balas apa.Dia hanya mampu mendengar luahan gadis itu sebab dia tak tahu apa yang berlaku.
Amanda benar benar rasa sedih.Dia dibuang keluarga.Selepas itu,dibuang pula oleh tunangnya.
-------
Fez merenung wajah gadis di hadapannya.Dia memang tak silap orang.Gadis inilah yang menunjal kepala Amanda di hospital tempoh hari.Dan...dia kenal gadis itu.
Tapi,kenapa gadis itu mahu berjumpa dengan dia?
"Berapa kau nak?Cakap dekat aku.Asalkan kau halau Amanda dari rumah kau.Aku tahu dia tinggal dengan kau sekarang ni."
"50 ribu.Cukup?"
Fez hanya mendiamkan diri.Oh...seriously.Macam ni ke orang kaya buat persetujuan?
"Satu juta?"
"Aku rasa tak salah dia tinggal dengan aku."Ujar Fez perlahan.
Sylvia tersenyum sinis.
"Charles,aku rasa better kau jauhkan diri dari dia kalau kau tak nak susah nanti.Kau tak kenal dia.Lagipun,aku dah lama tak nampak kau.Kau pergi mana?"Soal Sylvia.Kad miliknya dikeluarkan lalu diletakkan di atas meja.
Fez menjeling gadis itu.Soalan Sylvia dibiarkan tidak terjawab.
"Aku tahu kau suka perempuan macam Amanda.Body meletop.Big boobs.Mesti kau tolong dia sebab kau ada niat lain kan?"Sambung Sylvia lagi.Dia cukup kenal lelaki di hadapannya ini.
"Aku ikhlas tolong dia.Aku dah berhenti buat kerja kotor tu."
Sylvia tersenyum sinis.Dah berhenti?Tak sangka pula.
"Ouh...tak sangka pulak.Perempuan perempuan kat pub tu dah lama cari kau.Sampaikan ada yang puaskan nafsu dia guna gambar kau."Bisik Sylvia.Lelaki itu terkejut.
"Jadi,aku nasihatkan kau halau Amanda dari rumah kau sebelum aku pecahkan rahsia kau."Katanya sebelum melangkah pergi.
Fez menghela nafas berat.Kenapa semua ini harus terjadi?
Air di persisiran pantai itu menyapa kaki Amanda.Dia menangis teresak esak.Sungguh,dia tak kuat.Dia tak kuat hadap semua ini sorang sorang.
Paling dia tak dapat terima ialah Edrian memutuskan ikatan pertunangan dengan dia.Jika diikutkan,minggu depan mereka kahwin.
Kalaulah dia tak buat silap hari tu....mesti dia tak dibuang dari keluarga dan dia takkan putus tunang dengan Ed.
Fez yang kebetulan lalu di pantai tersebut membuntangkan matanya.Amanda?!Apa yang gadis itu sedang lakukan?!
Dia melangkah ke hadapan lagi.Kini,badannya hampir ditenggelami air.Matanya perlahan lahan ditutup sebelum menggelamkan badannya.
"Amanda!"Panggil Fez.Begnya diletakkan di atas pasir sebelum dia berenang untuk mendapatkan Amanda.
Badan Amanda ditarik sehingga ke persisiran pantai.
Fez menepuk pipi Amanda dengan perlahan.Namun,tiada tindak balas.Kedua dua belah tangannya disatukan sebelum menekan dada Amanda beberapa kali.
Masih sama.
Tiada reaksi.
Takkanlah dia nak buat bantuan pernafasan dari mulut ke mulut?
Ergh.Dia tak ada pilihan lain.Dia terpaksa.
Bibirnya disatukan dengan bibir Amanda sebelum menyalurkan nafasnya kepada gadis itu.
Percubaan pertama tidak berhasil.Dia tak putus asa.Bibirnya disatukan kembali.Percubaan kedua dilakukan.
Amanda terbatuk batuk.Dadanya ditekan untuk menghilangkan batuk itu.
"Kau dah gila ke hah?!Tak ada kerja lain ke nak buat?!"
Amanda hanya mendiamkan dirinya.Kepalanya ditundukkan.
YOU ARE READING
UNLUCKY
Romance"Kau dah rosakkan rancangan kita!Kita dah gagal Amanda!Ini semua disebabkan kau!"Kata seorang lelaki.Mata kelabunya tajam merenung gadis itu. Hanya disebabkan satu kesalahan dia dihalau oleh keluarganya. Dia hilang tempat bergantung. Tunangnya,yang...