CHAPTER 6

37 3 0
                                    

CHAPTER 6

"Kau nak pergi mana?"Soal Amanda apabila melihat lelaki itu memakai kasutnya di luar rumah.

"Aku nak keluar kejap."

Amanda mengangguk.Selepas beberapa minit berlalu,dia bercadang untuk mengekori lelaki itu.Saja nak tengok...apa yang dia buat.Lagipun,dia tengah bosan.

Jauh di satu sudut,kelihatan Fez memasuki kedai roti.Kemudian,dia keluar bersama sama dengan plastik berisi roti dan air di dalamnya.

Buat apa dia beli banyak banyak roti tu?

Fez berhenti di hadapan lelaki yang sedang meminta sedekah tidak jauh darinya.Dia menyapa lelaki itu sebelum menghulurkan roti dan air.

Amanda tergamam.

Dengan keadaan Fez yang serba kekurangan itu,dia masih lagi menolong orang yang susah.Dia?Sewaktu dia kaya pun,kalau ada orang meminta sedekah di sebelahnya,dia hanya lalu saja.

Dia malu dengan diri sendiri.

"Kau memang baik hati,Fez.Aku tak pernah jumpa orang macam kau."Bisik Amanda perlahan.

Tiba tiba matanya tertancap pasa satu figura yang dia amat kenali sedang berjalan memasuki hospital.

Sylvia?

Apa gadis itu buat di hospital?

Lebih baik dia ikut gadis itu.

Pada masa yang sama,Fez melihat Amanda sedang berlari melintas jalan.Apa yang gadis itu kejarkan?

Entah mengapa dia terasa ingin mengikuti gadis itu.Dia melihat ke kiri dan ke kanan sebelum melintas jalan.



Amore mengintai Sylvia disebalik dinding.Siapa yang Sylvia lawat di hospital ini?

Setelah Sylvia masuk ke dalam wad,dia terus berjalan menuju ke hadapan wad tersebut.Malangnya,ada dua orang bodyguard yang menghalang dia.

Mereka berdua agak terkejut dengan kehadiran gadis itu.Mereka berdua ingat gadis itu sudah mati.

"Siapa ada kat dalam?Let me in."

"No,Miss Amanda.Encik Edrian tak nak jumpa sesiapa sekarang.Lebih baik Cik pergi."Balas salah seorang daripada mereka.Apabila Amanda mendengar nama 'Edrian' disebut,dia terus membuntangkan matanya.

Lelaki itu ada di dalam?Thanks god!Lelaki itu boleh tolong dia.

Amanda cuba untuk merempuh masuk tapi dihalang oleh dua orang lelaki tadi.

"Bagi aku masuk sebelum korang menyesal."Ugut Amanda.Mereka berdua memandang sesama sendiri.Mereka tak berani nak ambil risiko.Amanda bukan calang calang orang.

"Cik Amanda,tolonglah beri kerjasama.Kami cuma jalankan tugas."Kata salah seorang daripada mereka berdua.

Fez mengintai dari jauh.Apa yang sedang berlaku di sana?

Amanda memutarkan bola matanya.Dia terus merempuh masuk ke dalam.Dia tergamam.Apa yang sedang dia lihat?

Sylvia sedang berkucupan dengan Edrian.Adakah dia sedang berkhayal?

"E-Edrian?"

Sylvia memandang kearah Amanda dengan wajah menyampah.

"Apa kau buat kat sini?"Tanya Sylvia.

Amanda sedaya upaya cuba melepaskan dirinya daripada pegangan pengawal itu tadi.

"Edrian!Apa semua ni?!"

Amanda memandang tajam kearah lelaki itu.Dia meminta penjelasan.Soalan Sylvia hanya dibiarkan.

"Guards,Sylvia.Beri kami privasi sekejap."Kata Edrian.Mereka menurut.Termasuklah Sylvia.

Edrian mengeluh.Dia membalas renungan Amanda.

"Kau dah sia siakan kerja keras Smith selama lima tahun ni.Kau dah dibuang keluarga Amanda.Kau tak sedar lagi ke?Wake up,Amanda.Kau tu dah tak ada apa apa."

Amanda terdiam.Panggilan 'saya' dan 'awak' selama ini sudah bertukar menjadi 'aku' dan 'kau'.

Semudah itu saja lelaki itu membuang dia?Dia tersenyum tidak percaya.Air mata di tubir matanya mulai jatuh.Kata kata yang amat tajam menusuk pada hatinya.Orang yang dia sayang selama ini melontarkan kata kata kasar kepadanya.

"Aku dah buat keputusan.Mulai hari ni,kita berdua putus tunang.Semua majlis aku dah batalkan.Jangan muncul depan aku lagi.Aku tak nak tengok muka kau.Aku dah muak.Plus,aku dah ada Sylvia.She's much better than you."Kata Edrian.Buat apa dia nak teruskan hidup untuk orang yang dah tak ada apa apa?Selama ini,dia cuma gilakan harta Amanda saja.

"Semudah tu?"

Edrian hanya mendiamkan diri dan langsung tidak menoleh kearah Amanda walau sedikitpun.

Amanda menggenggam erat tangannya.Nafasnya ditarik sebelum dihembus perlahan.Baiklah.Jika ini yang Edrian mahukan...dia tidak akan muncul di hadapan lelaki itu lagi.

Hati Amanda sangat sakit.Dia tak sangka Edrian pun 'buang' dia.

Pintu bilik dibuka sebelum melangkah ke luar.Bibir Sylvia yang tersenyum mengejek itu hanya dibiarkan.

Dia juga tak sangka gadis itu menghianati dia.

"Kau tak malu ke?Lepas apa yang kau dah buat,kau masih berani tunjuk muka dekat Edrian.Huh,dasar perempuan tak sedar diri.Sedar Amanda,sedar."Sylvia menunjal nunjal dahi Amanda.Dia dah lama geram dengan perempuan ni.

Amanda hanya mendiamkan diri.Dia hanya membiarkan dirinya diperlakukan sebegitu.Fikiran dia serabut.Dia masih terasa dengan apa yang dikatakan Edrian kepadanya tadi.

"Amanda!"Panggil satu suara.Puas Fez melihat 'drama' yang sudah terjadi tadi.Dia tak sanggup lihat Amanda diperlakukan sebegitu.

Fez menghampiri Amanda lalu menarik dengan lembut tangan gadis itu supaya gadis itu berjalan mengikut langkahnya.Entah mengapa dia ambil kisah sangat dengan Amanda sedangkan mereka berdua bukannya kenal antara satu sama lain.

"Find information about that man.Bagi pada aku secepat yang mungkin."Kata Sylvia kepada dua orang lelaki itu.Dia macam kenal lelaki itu.Dia tahulah apa yang nak dibuat nanti.

UNLUCKY Where stories live. Discover now