Hari ini hari sabtu.Jadi,Amanda tidak bekerja.Ketika Amanda sedang ralit menikmati roti bakar di tangannya,bunyi ketukan pintu membuatkan kunyahannya terhenti.
Baru saja dia ingin berdiri,Fez keluar dari dapur lalu membuka pintu.
"Hi!Morning,Fez!"
Ah sudah.
Itu suara Lucia.
"Morning.Masuklah."Kata Fez.
Lucia mengangguk.Gadis itu terus mendapatkan Amanda sebaik saja dia masuk ke dalam.
Dia duduk di tepi Amanda.Senyuman lebar dilemparkan kepada gadis itu.
"Amanda,Mama cakap you datang majlis I nanti.Hari ni kita beli dress untuk you nak?I belanja."Ujar Lucia.
Amanda tergamam.Dia tak cakap apa apa pun.
Tapi dia tak boleh kecilkan hati Lucia lagi.Nanti mampus dia kena dengan Mama.Nak tak nak,dia terpaksa juga datang.
Lucia merangkul lengan Amanda.Dari tadi dia tak berhenti senyum.Amanda pula menyampah tengok muka Lucia.Bola matanya diputarkan.Penting sangat ke dia datang majlis itu?
Sekarang ini mereka berdua berada di shopping mall.Nak pergi butik di tingkat atas sekali.
"Hish,jangan pegang akulah."Kata Amanda seraya menepis tangan Lucia.Namun,Lucia langsung tidak kecil hati.Malah,dia terus senyum.
Sampai di sana,Amanda hanya melihat Lucia memilih gaun untuknya.Dia tidak berminat nak pilih.
"Jangan pilih yang mahal mahal.Aku tak ada duit nak bayar."Ujar Amanda walaupun dia tahu yang Lucia akan membayar untuk dia.Dia saja cakap macam tu.Biar Lucia sedar yang dia tu bukan orang kaya.
"Eh...janganlah cakap macam tu.You pilihlah mana yang you nak.I belanja."Balas Lucia.
"Kau pilihlah.Aku tak kisah.Asalkan aku tak telanjang je masa datang majlis kau nanti."
Amanda terus duduk di sofa yang berada tidak jauh dari situ.Ergh,ingatkan hari ni nak rehat selepas lima hari bekerja.Hancur begitu saja niatnya.
------
Lepas membeli gaun,Amanda terus pulang.Dia mahu rehat.
Gaun dan baju kot diletakkan di atas katil.Kemudian,dia menghempaskan dirinya di atas tilam.
Lucia yang membelikan kot ini untuk Fez.Katanya,saiz Fez sama saja dengan Asher.Jadi dia ikutkan saja.
Apalah nasib dia nanti bila tiba di Villa nanti.
YOU ARE READING
UNLUCKY
Romance"Kau dah rosakkan rancangan kita!Kita dah gagal Amanda!Ini semua disebabkan kau!"Kata seorang lelaki.Mata kelabunya tajam merenung gadis itu. Hanya disebabkan satu kesalahan dia dihalau oleh keluarganya. Dia hilang tempat bergantung. Tunangnya,yang...