Fez sudah keluar rumah awal pagi untuk mencari kerja.Untuk menghilangkan rasa bosan,Amanda pergi keluar berjalan jalan.
Ketika dia sedang melewati kawasan parking di bahagian bawah shopping mall,dia terdengar bunyi orang bergaduh.Amanda mengintai disebalik kereta.Tidak jauh darinya,terdapat sekumpulan lelaki sepertinya sedang memukul wanita.
Amanda mengamati wajah gadis tersebut.Macam kenal saja.
Lucia?!
Ergh.Itulah tak pandai mempertahankan diri.Dasar.Mama dan Asher terlalu memanjakan dia sehinggakan dia tidak dibenarkan belajar cara berlawan.Oleh sebab itu setiap kali gadis itu mahu keluar pasti akan ada beberapa bodyguard menemaninya.
Amanda berdecit.Ingat dia nak tolong?Lantak Lucia sendirilah.Pandai pandailah kau hidup.Tulah gatal sangat nak keluar sorang sorang.Kan dah kena.
Baru saja beberapa langkah Amanda berjalan,dia berpatah kembali.Nak tak nak dia kena tolong juga.Lucia dah banyak tolong dia.Hish!
Amanda dengan pantas menyepak belakang badan salah seorang dari kumpulan lelaki tersebut sehingga menyembah lantai.Kemudian,dia menarik kolar lelaki di hadapannya sebelum menghentak kepalanya di dinding beberapa kali sehingga mengeluarkan darah.
Pada masa yang sama,dia ditumbuk dengan kuat oleh lelaki yang di sepaknya tadi.Amanda jatuh di atas lantai.
"Amanda!"Lucia terjerit kecil sambil cuba membantu Amanda untuk berdiri.
Lelaki di hadapan dia ni memang nak kena dengan dia.Amanda memandang lelaki di hadapannya dengan tajam.
Salah seorang daripada mereka hendak menumbuk Amanda tetapi dengan pantas gadis itu memusingkan tangannya dan sekelip mata badan lelaki itu meniarap di atas lantai.Tangan lelaki itu dipusing sehingga mengeluarkan bunyi 'krek'.Lelaki itu meraung kesakitan.
Kemudian,Amanda beralih pada yang tinggal.Amanda tersenyum sinis.Lelaki di hadapannya ketakutan lalu melarikan diri.Huh,baru sikit terus nak lari.Perompak apa macam tu.Sial.
"Amanda you okey tak?Bibir you berdarah tu.Jom I bawa pergi klinik."Ujar Lucia sambil memegang lengan Amanda.Amanda lantas menepis tangan Lucia.
"Jangan pegang akulah.Tak perlu susah susah nak bawa aku pergi klinik.Setakat luka sikit ni apa je.Huh.Ni yang kau gatal sangat keluar sorang sorang di dah kenapa?Kau memang nak kena marah dengan Asher ke apa,lembap?"
Lucia tersenyum.Amanda ambil berat juga tentang dia walaupun gadis itu macam tak kisah dengannya.
"Sorrylah.I bukannya sengaja keluar sorang sorang.I sebenarnya nak belikan hadiah untuk Mama.Hari ni kan birthday dia."
Amanda tersentak.Birthday Mama hari ini?Oh,dia terlupa pula.Dia tidak boleh membencikan orang tuanya walaupun macam macam yang Mama telah lakukan kepadanya.Mama juga yang membesarkannya dahulu.
"Bodoh.Keluar sorang sorang semata mata nak beli hadiah.Fikir pasal keselamatan kau dulu.Kalau kau kena pukul,aku pasti aku juga yang kena nanti.Mesti si Asher tu tuduh aku yang aku upah orang untuk ugut kau.Tengok jelah nanti."Balas Amanda.Dia cuba meramal masa depan yang pasti akan berlaku sebaik saja Lucia pulang ke rumah.
"Janganlah cakap macam-"
"Dahlah aku nak balik.Dah tak ada mood aku nak beli barang sebab kau."Pintas Amanda sebelum melangkah pergi.Lucia mengeluh.Dia tak mampu nak buat apa.
-----
Petang itu,Fez pulang dalam pukul 3.Dia terkejut saat melihat lebam di dahi dan di pipi Amanda.Lebam itu disentuhnya perlahan agar tidak membuatkan Amanda berasa sakit.
"Apa yang dah jadi kat kau?Sampai lebam macam ni?"Tanya Fez.Adakah musuh yang gadis itu maksudkan menyerang gadis itu sewaktu dia tiada di rumah?
"Jangan risaulah.Tak sakit pun.Aku dah biasa kena.Tadi aku keluar.Lepastu aku tersempak dengan Lucia.Masatu dia hampir kena ragut so aku tolonglah.Tahu tahu jelah dengan perempuan tu.Lemah lepastu lembap.Dah tahu dia tu salah seorang dari Smith.Janganlah keluar sorang sorang."
Fez menghela nafas berat.Tubuh gadis itu dipeluknya.Kepalanya disembamkan pada leher Amanda.
"Aku tak suka tengok perempuan yang aku sayang macam ni.Kenapa tak suruh aku belikan tadi?"
"Aku lupa.Sorrylah.Lain kali aku suruh kau belikan."
Fez mendiamkan diri.Mereka masih dalam posisi yang sama.Tiada tanda tanda Fez ingin meleraikan pelukan diantara mereka.Biasanya Fez tak macam ni.Fez memang betul betul risau ke?
"Aku minta maaf Fez.Lain kali aku tak buat lagi.Janganlah macam ni."
Fez mengangkat wajahnya.Kepalanya digelengkan.
"Bukan pasal tu,Amanda.Tadi,aku tersempak dengan tuan rumah.Dah tiga bulan aku tak bayar sewa.Dia kata kalau tak bayar sewa esok,kita kena keluar dari rumah ni."Ujar Fez perlahan.Dia tak risaukan pasal di mana dia akan tinggal selepas ini.Tetapi,dia risau tentang Amanda. Gadis itu tak biasa hidup susah.
"Kalau macam tu kita pindah jelah dekat rumah yang Lucia bagi dekat aku.Kau nak?Bila fikir balik...sayang jugak kalau tak duduk dalam rumah tu.Lepasni aku ingat nak cari kerja lain.Aku tak nak-"
"Tak boleh.Aku tak benarkan kau pergi kerja.Oh ya,bila aku ingat balik.Masa dekat tempat kerja kau yang lama,kau kena sexual harrasment.Tapi,yang aku hairan...kenapa kau tak belasah je dia?Bukan ke kau pandai seni mempertahankan diri.Aku rasa kau lebih kuat dari aku.Ataupun kau memang suka kena raba?"Soal Fez.Dia mengungkit kembali kisah yang berlaku dua minggu lepas.Memang tak logik kenapa Amanda tidak mempertahankan dirinya sewaktu diraba.
"Aku memang tahu seni mempertahankan diri.Tapi,aku tak nak serang waktu tu sebab aku takut identiti aku terdedah.Aku biarkan je dulu dia raba aku.Bila aku nak serang,kau pulak tiba tiba muncul."Balas Amanda.Kemudian,bibirnya tersenyum.
"Pasal soalan kau tadi,aku memang suka kena raba.Lebih lebih lagi bila kau yang raba aku."Ujar Amanda perlahan.Fez menelan air liurnya.Dia lihat wajah Amanda seakan akan seperti ada maksud yang tersirat.
Amanda mendekatkan wajahnya dengan Fez.Bibir mereka berdua bertemu.Fez membalas dengan lembut.Tangan Amanda memulakan peranannya.Tangan kanan dan kirinya ingin membuka baju Fez namun Fez segera menangkap tangan gadis itu.
Ciuman terhenti.Fez memandang Amanda dengan tajam.
"A-Aku minta maaf.Aku tak boleh."Katanya dengan nada kesal sebelum melangkah keluar dari rumah.
Amanda hanya melihat kelibat Fez yang menghilang disebalik pintu rumah.Dia sangka Fez mahu meniduri dia selama ini.Tetapi dia silap.Lelaki itu nampaknya menghormati dia.
Ataupun lelaki itu mahu berhenti membuat perkara begitu?Yalah,sebelum ini dia adalah pelacur.
Amanda menggelengkan kepalanya.Dia yang bersalah.Dia tak patut bertindak sedemikian.Seseorang seperti Fez mesti belum bersedia.Dia tahu bukan senang nak berubah.
YOU ARE READING
UNLUCKY
Romance"Kau dah rosakkan rancangan kita!Kita dah gagal Amanda!Ini semua disebabkan kau!"Kata seorang lelaki.Mata kelabunya tajam merenung gadis itu. Hanya disebabkan satu kesalahan dia dihalau oleh keluarganya. Dia hilang tempat bergantung. Tunangnya,yang...