Fez mengeluh berat.Dia sudah dibuang kerja.Nak tak nak,dia terpaksa cari kerja baru.Bukan senang nak cari kerja sekarang ni.
Kedengaran pintu rumah dibuka.Lelaki itu segera menoleh.Amanda?Gadis itu mahu ke mana?
"Kau nak pergi mana?"Soalnya.
"Aku nak beli barang sikit."Nafi Amanda.Dia bukan nak beli barang.Sebaliknya,dia mahu mencari kerja.Setidaknya,dia tak menyusahkan Fez.
Fez mengambil wallet miliknya.Dua keping not 100 dolar dikeluarkan.Dia melangkah menghampiri Amanda lalu menghulurkan duit itu kepada gadis itu.
"Nah,gunalah duit ni."
Amanda membesarkan matanya.Kepalanya digeleng.
"Eh,aku ada duit lagi.Kau simpanlah."
Fez menarik tangan Amanda lalu meletakkan duit itu pada tangan gadis itu.
"Guna je."Katanya sebelum kembali memasak di dapur.Amanda tergamam.Kenapa lelaki itu baik sangat?
Dia memandang kearah Fez sebelum keluar dari rumah.
Dia rasa ada kerja kosong berderkatan kawasan ini.Beberapa hari lepas,dia ternampak kedai mencuci kereta yang mencari seorang pekerja.Dia rasa masih ada kekosongan.Lebih baik dia ke sana.
------
Fez membuka pintu rumah.Dia mengerut dahi tatkala melihat Scott berdiri di hadapannya.
"Mana Amanda?"
"Amanda?Dia keluar.Kenapa?"Soal Fez.Kenapa Scott tiba tiba cari Amanda?Lagipun,dia bukannya kenal sangat Amanda tu.
Scott suka dia ke?
"Tak ada apa.Telefon aku bila dia dah balik nanti."Balasnya sebelum melangkah pergi.
Pelik.
Fez hanya mengangkat bahunya.Dia masih tertanya tanya.Kenapa Scott nak jumpa Amanda?
YOU ARE READING
UNLUCKY
Romance"Kau dah rosakkan rancangan kita!Kita dah gagal Amanda!Ini semua disebabkan kau!"Kata seorang lelaki.Mata kelabunya tajam merenung gadis itu. Hanya disebabkan satu kesalahan dia dihalau oleh keluarganya. Dia hilang tempat bergantung. Tunangnya,yang...