"Kau tak payahlah masak.Hari ni aku belanja kau makan tengahari."Kata Scott sambil menyandar di sofa di rumah Fez.Scott mengeliat sedikit.Rasa mengantuk pulak.
"Aku kena masak.Lepasni aku nak hantar makanan ni dekat Amanda.Kau nak ajak aku makan dekat mana?"
Scott mengerutkan dahi.Hantar makanan dekat Amanda?
"Ha?Hantar makanan dekat Amanda?Tiba tiba je kau jadi prihatin.Tak pernah pernah kau macam ni.Kau suka dia ke?"
Fez tersentak.
Scott mula tersenyum.
"Aku memang dah lama suka dia.Tapi,aku tak nak cakap.Lagipun,aku..."
Fez sengaja tak nak cakap perkataan di hujung ayatnya.Amat perit untuk dia menyebutnya.
"Aku tak nak dia menyesal nanti.Lagipun,kitorang baru je kenal tiga bulan lepas."Sambung Fez.Scott mengeluh.Hanya dia saja yang tahu kisah silam Fez.
Hari ini hampir seharian Amanda menyumpah.Ini semua gara gara Asher dan Lucia.Nak kahwin tu,kahwin jelah.Perlu ke ajak dia bagai?
Diorang tu memang tak guna.
Yang si Lucia tu mengada sangat apahal?
Ke Lucia tu sengaja nak buat dia sakit hati?
Amanda melangkah masuk ke dalam rumah.Kelihatan Fez sedang mengelap rambutnya menggunakan kain tuala kecil di tangannya.
"Hm?Awal kau balik?Kenapa tak call je aku?"Soal Fez.Biasanya,gadis itu akan menelefonnya jika dia sudah pulang.
"Boss tutup bengkel awal hari ni.Aku memang nak call kau tapi ada kawan aku offer nak hantar aku balik."Balas Amanda.Fez mengangguk.
"Tadi Mama kau datang."
Amanda tersentak.Langkahnya terhenti.
"Dia kata kalau kau tak datang majlis tu,kau faham fahamlah sendiri."Kata Fez perlahan.
Amanda faham maksud ayat itu.Matanya dipejam rapat.
Fez hanya merenung tubuh Amanda yang membelakanginya itu.Dia tak tahu apa yang dimaksudkan oleh Puan Lionar.Tapi,nampaknya kata kata Puan Lionar membuatkan Amanda terdiam.
Mesti ada maksud disebalik ayat itu.
------
Amanda meraup wajahnya dengan perlahan.Dia masih bingung.
Apa yang Lucia nak semua diturutkan.Mama dengan Asher memang sanggup buat apa apa saja untuk Lucia.
Apa yang istimewa sangat dengan Lucia pun dia tak tahu.
Apa yang dia tahu adalah Lucia seorang yang baik hati.Lucia tak pernah memulakan pergaduhan antara mereka berdua.Hanya dia saja yang sentiasa mahu bergaduh dengan gadis itu.
Lucia memang beruntung.
Kalaulah dia dapat layanan yang sama daripada Mama.
Dia ingat lagi bila Mama berikan hadiah hari jadi kereta jenis Lamborghini kepada gadis itu.Itulah kereta idaman Lucia.
Dia pula?
Dia hanya mampu bermimpi untuk mendapat hadiah seperti itu.
Hidupnya sekarang ini agak menyenangkan daripada semasa dia masih duduk di Villa.
Sekurang kurangnya tak adalah dia asyik kena marah dengan Mama dan Asher setiap hari walaupun dia tak buat apa apa.
Tidak ada orang yang pernah memberi kasih sayang kepadanya sehinggalah dia bertemu dengan Edrian.
Lelaki itu mengajar erti kasih sayang kepadanya.Hidup mereka bahagia sehinggalah dia dibuang dari Smith.
Amanda menghela nafas berat.
YOU ARE READING
UNLUCKY
Romance"Kau dah rosakkan rancangan kita!Kita dah gagal Amanda!Ini semua disebabkan kau!"Kata seorang lelaki.Mata kelabunya tajam merenung gadis itu. Hanya disebabkan satu kesalahan dia dihalau oleh keluarganya. Dia hilang tempat bergantung. Tunangnya,yang...