Amanda sudah bersiap siap untuk pergi bekerja.Sekarang ini dia sedang memakai kasut.
Tiba tiba ada sebuah kereta mewah berhenti di hadapan rumah.Lucia melangkah keluar dari kereta.
Ergh,perempuan ni lagi.
Amanda menjeling gadis itu apabila Lucia melemparkan senyuman kepadanya.
"Morning,Amanda.You dah dapat kad kahwin tu?Isnin ni wedding day I.Hari ni I nak ambil dress.Jom ikut I.I belanja you dress untuk datang majlis I nanti."Kata Lucia dengan teruja.
"Siapa kata aku nak datang?Aku takkan datang wedding day kau.Kau kahwin jela.Perlu ke nak jemput aku bagai?Kau tak malu ke jemput pengkhianat macam aku ni datang majlis tu nanti?"
Dari dalam rumah,Fez hanya mendengar percakapan mereka berdua.Pengkhianat?
Fez tak faham apa yang dimaksudkan oleh Amanda.
"Janganlah cakap macam tu,Amanda.You bukannya pengkhianat.I cuma nak semua ahli keluarga kita datang.Barulah lengkap."
Amanda tersenyum sinis.
"Ahli keluarga?Aku ni ahli keluarga engkau ke?Tengok cara Asher dengan Mama layan aku pun kau dah tahu.Aku ni bukan ahli keluarga kau."Balas Amanda geram.
"Amanda."Panggil Lucia.Senyuman dibibir gadis itu sudah memudar.Dia tak suka Amanda cakap macam tu.
Amanda berdiri.Bibirnya tersenyum lebar.Ini yang dia suka.Dia suka tengok tiada senyuman di bibir Lucia.Lucia memang jenis yang happy go lucky.Susah nak buat dia rasa marah.
"What?Betullah kan?Memang ya,aku anak kandung Mama.Tapi,kau dapat lebih banyak perhatian dari dia berbanding aku.Kau tak perlu nak risau pasal aku.Aku masih boleh hidup walaupun keadaan aku macam ni.Aku tak hadap sangatlah nak jadi orang kaya."
Lucia menunduk.Dia tahu Amanda memang tak suka dengan dia dari dulu lagi.Tapi dia tak kisah.Dia tetap layan Amanda dengan baik.
Amanda terus melangkah pergi tanpa menghiraukan Lucia.Huh,puas hati dia.
------
Jam menunjukkan pukul 11 pagi.Tak lama lagi waktu rehat.Amanda pula masih sibuk mengira stok tayar kereta.
"Amanda,ada orang nak jumpa you kat luar."Tegur satu suara.Amanda menoleh.Kepalanya dianggukkan.
Siapa pula yang nak jumpa dia?Takkanlah Fez?Masih awal kot kalau nak hantar makanan.
Reaksi wajahnya bertukar menjadi muak apabila melihat Asher berdiri membelakanginya di luar bengkel.
Huh,ni mesti adik kesayangan dia tu mengadu.
Kakinya melangkah mendekati Asher.Dia berdiri di sebelah lelaki itu.
"Kau nak apa?"Soal Amanda.Dingin.Sejak dibuang dari keluarga,dia dah tak takut nak bercakap dengan Asher dengan nada yang sebegitu.
Dia bukannya ahli keluarga mereka lagi.Jadi,apa yang dia nak takutkan?
"Aku nak kau datang majlis kahwin aku nanti.Jangan buat Lucia sedih."
Amanda berdecit.Perasaan dia selama ini Asher ada ambil kisah ke?Tak kan?
"Jadi?Kalau dia sedih,ada kaitan dengan aku ke?"Soal Amanda sambil memeluk tubuh.Asher merenung gadis itu dengan tajam.
"Asher,kalau nak kahwin tu,kahwin jelah.Tak payah nak libatkan aku sekali.Aku tak ada kaitan pun dengan majlis tu.Nak kumpul satu keluarga konon.Kau pernah ke layan aku macam adik selama ni?"
Asher mengetap giginya.Ayat terakhir yang disebut oleh Amanda membuatkan rasa marah di dalam dirinya membuak buak.
"Pergi baliklah,Asher.Buang masa aku je layan kau."
Amanda terus melangkah pergi.Sejujurnya,dia muak nak tengok muka Asher,Lucia dan Mama.
YOU ARE READING
UNLUCKY
Romance"Kau dah rosakkan rancangan kita!Kita dah gagal Amanda!Ini semua disebabkan kau!"Kata seorang lelaki.Mata kelabunya tajam merenung gadis itu. Hanya disebabkan satu kesalahan dia dihalau oleh keluarganya. Dia hilang tempat bergantung. Tunangnya,yang...