untuk terus melangkah.

125 22 0
                                    

bagaimana jika;

dibanding teruskan sahaja melangkah?
aku terperangkap di sini tanpa arah?

mengimbau segala memori,
mengenangnya;
lagi dan lagi?

bagaimana kalau aku harus mati?
hanya untuk menelan secebis realiti?
bahawa yang hadir harus akan pergi?

mungkin sahaja,
setelah bermalam
bermandikan tangis
baru akan kusedar—

       walaupun kisah kita terpisah,
       aku harus gagah melangkah.

hidup harus aku teruskan.

mungkin katamu benar,
usah kecewa kerna kita harus
meninggalkan semua ini.

sebaliknya,
tertawalah kerna kita telah
tinggal bersama selama ini.

akan aku teruskan hidupku,
                 denganmu—
mahupun tanpamu.

dan itulah yang terbaik.

—ael

seinfiniti angkasa.Where stories live. Discover now