jiwa parasit,
membelenggu hari
membekukan hati.ia tumbuh terus teguh,
merantai sedih
dimeterai pedih.ia lahap tiada berpihak,
mengunci bahagia
merenggut kurnia.jiwa parasit,
diam ia dalam jiwa,
pegun ia tiada keluar,
teguh ia tiada ditawar.kerna ia sebetulnya,
jiwa yang kau jua beri nyawa.
penawar yang kau jua bawa.silakan,
hentikan ini semua.kalau kau masih ragu,
itu bukan kerna kau tak mampu.cuma kau,
yang masih tak mahu.—ael
YOU ARE READING
seinfiniti angkasa.
Poetryantologi puisi: seinfiniti angkasa. ayo ke sini, aku sudah siap bancuh secangkir kopi fikir dan beberapa keping biskut emosi. silakan, duduk di sampingku. di sana adalah semesta di sini adanya kita. ayo berbual perihal kamu dan harimu atau kita berb...