kamu bersandar pada kerusi malasmu.

103 14 14
                                    

seperti masa pergi
waktu pagi
di atas meja
menghirup secawan kopi.

seperti masa pulang
waktu petang
di atas sofa
melabuhkan sekujur diri.

seperti masa diam
waktu malam
di atas katil
menahan segaris tangis.

sudah terlalu berteguh
sudah selalu berkukuh

berkeras
menanggung beban
di atas
pundak sendirian.

sayang,

tangan kamu cuma dua.

ke sini,

akan aku ceritakan perihal
seorang manusia indah;
iaitu dia yang tetap cekal
meski sering dituduh lemah.

—ael haiym

seinfiniti angkasa.Where stories live. Discover now