lelaki jalanan mencari teduhan.

119 20 1
                                    

di balik kelabu yang kurasakan,
akhirnya aku mengerti sesuatu.

manusia itu
mengecewakan.

menyakitkan.

memeritkan.

aku yang memasang harap setinggi langit,
akhirnya tumbang serendah bumi.

bahkan, mungkin
lebih rendah lagi-

mungkin,
aku cuma lelaki jalanan,

tak punya rumah
untuk menumpang malam.
berkeliaran di kaki lima,
mencari teduhan dari jelingan purnama.

mungkin selama ini aku salah,

kisah ini
bukan tentang kita.
kisah ini
kisah engkau,
bukan tentang aku.

aku hanya sang peran tambahan
bermain di latar belakang.

-cuba menjadi bintang
namun cuma berakhir kesal.

terima kasih,
kerana menyedarkan aku akan itu;
perihal dunia ini
yang
serba serbi salah.

-ael

seinfiniti angkasa.Where stories live. Discover now