jawapan di luar pintu. (tapi engkau buat tak tahu).

102 14 0
                                    

menahan tetamu
yang mahu pamit
cuma cinta semu
yang mahu sakit

kau cuma melukakan
hatinya
dan dia—kamu

ada beza menunggu
dengan membuang waktu
ada beza menanti
dengan menipu diri

seperti anak kecil
yang cuba menangkap
cahaya mentari
dalam balang kaca

mana mungkin
engkau mampu
genggam angin
yang berlalu?

—ael haiym

seinfiniti angkasa.Where stories live. Discover now