selamat datang ke kota tak dicerita.

96 14 28
                                    

di sini
mentari mencuri cerah.
rembulan menggali lelah.

pepohon hijau
membuahkan benih risau
dan bunga mekar
disiram guruh gementar.

keping-kepingan diri
melaung-laung di pasar pagi,
menjual puisi-puisi basi
dan emosi-emosi lesi.

yang gugur dari langit
cuma suara-suara bingit.
yang tumbuh dari bumi
cuma bisik-bisik alami.

"kau belum cukup!"
"kau belum hidup!"

hujung kota?

ha! ha! ha!

di hujung kota
cuma seorang lelaki sepi.

dia diam di rumah usang
diam dia di tanah gersang.

dia mahu lari
tapi kaki digari.

—ael

seinfiniti angkasa.Where stories live. Discover now