anjing malam melolong lagi,
serak ia melolong tak henti.meraung-raung memohon simpati,
berderam ia seperti mahu mati.lanang melintas menarik wajah,
bencikan ia, takut diterjah,
kerana kudu, tetap diredah.akhir tatkala malam sunyi.
anjing diam, tiada berbunyi.
tidurkah ia? atau sudah mati?—ael
YOU ARE READING
seinfiniti angkasa.
Poetryantologi puisi: seinfiniti angkasa. ayo ke sini, aku sudah siap bancuh secangkir kopi fikir dan beberapa keping biskut emosi. silakan, duduk di sampingku. di sana adalah semesta di sini adanya kita. ayo berbual perihal kamu dan harimu atau kita berb...